"Ambillah uang ni, $500, aku hutang kamu", aku unjukkan Mus duit.
"Ngawor aja, mana kamu ada pinjam uang, mana kamu ada hutang", Mus jawab.
"Uang sewa kamar, uang telpon?", aku letakkan duit tuh kat depan dia, Mus tengah baring.
"Nggaklah, kamu udah bayarin uang telpon aku, udah, kamu nggak punya apa-apa hutang sama aku", Mus tolak duit tu kat aku, aku pun masa tu tengah baring-baring, meniarap, sambil baca magazines, papers Indo.
"Kamu jangan gitu sih, ambil lah uang ini, buat belanja pulang Indo. Pasti aku ada hutang sama kamu, kita udah lama kenal sih", aku tak puas hati.
"Justru, kamu udah nggak punya apa-apa hutang" Mus jawab balik.
"Iya, tapi kamu ambil ajalah uang ni, aku kasi kamu ikhlas, demi temen", aku dah rasa bengang dah sesikit.
"Koq banyak amat, kamu banyak uang?", Mus tanya.
"Nggak sih, aku nggak punya banyak uang, tapi ini memang aku mau kasi kamu", aku kata lagi.
"Ok, kalau gitu, kamu ambil $350, lagi $150 ni kamu tolong bayarin sewa kamar sebelum kamu pulang Indo nanti, untuk bulan Juli", aku bagi suggestion gitu.
"Masih banyak nih, udahlah kamu harus bayar dua telpon, sewa kamar lagi, kamu butuh banyak uang nanti", kata Mus lagi.
Memang aku tahu yang aku akan guna banyak duit untuk bayar sewa bilik dan jugak bil talipun aku sama Mus, at least sampai akhir July. Lepas tu nanti, tengok keadaannya lah, kalau aku dapat tamatkan service one of the phones, phone Mus tu rasanya. Pasal bilik sewa tuh, itu cerita lain, susah jugak sebab aku masih lagi kerja di Maryland nih. Macamana pun, itu benda kecil jer, kalau aku tak ada tempat tidur nanti, tidur kat stesyen bas Greyhound aje lah.
"Aku lagi mau pergi (nak keluar), mau muter-muter (jalan-jalan) benter, nanti pagi sebelum kamu berangkat kerja, bangunin aku. Jangan waktu kamu udah mau berangkat, tapi waktu kamu bangun, pasal aku udah nggak jumpa kamu lagi selepas ini", aku pesan sama Mus sebab aku nak ronda-ronda lagi, nak makan pun, dia dah nak tidur pasal esoknya kerja.
Aku buat macam the night before, aku jalan kaki aje ke city center, bila dah nak sampai, aku pergi kat area-area yang ramai orang masih lepak-lepak. Aku rasa macam tak sedap hati aje pasal Mus dah nak balik Indo 19 haribulan nanti dan aku tak dapat jumpa dia dah pasal aku kena balik ke Maryland semula.
Dalam beberapa tahun lebih aku kenal Mus, aku memang tahu dia baik hati orangnya, susah nak cari orang Indo yang sebaik Mus. Aku tak tahu sangat apa reason dia nak balik Indo tergesa-gesa, dia kata dia dah bosan di Amerika, lagipun dia nak kawin. Aku tak tahu pun dia ada awek atau calun yang menanti kat Indo, aku tak pernah tanya bebenda gitu tuh. Dia pun tak pernah tanya aku pasal kisah aku, masing-masing tak pernah tanya menanya. Sure dia ada hal penting yang buat dia terpaksa balik macam tergesa-gesa tuh.
Bayou pun sama, walaupun dia tak cerita apa-apa, tapi dia ada kata yang dia terpaksa balik Indo seawal mungkin. "Ada masalah", kata dia. Aku tak pernah tanya pun, pasal dia selalunya cakap macam bagus jer. Orang yang cakap macam bagus jer, mana ada problems kan?
So aku balik semulalah ke apartment Mus, dah pukul satu lebih dah waktu tuh. Serba salah pulak kalau aku nak tidur, nanti tak terbangun, tapi, kalau aku nak stay up sampai Mus bangun, bosan jugak. Then aku tertidur.Bila aku sedar, dah siang, dah pukul 6. Mus dah pergi kerja.
Bengang jugak aku sebab Mus tak bangunkan aku masa dia bersiap nak pergi kerja, dia selalu gitu, kalau aku suruh dia bangunkan aku, tak pernahnya dia bangunkan. Tak tahulah kalau aku tidur mati kot pasal letih, tu yang tak tersedar tuh.
Sedih jugak sebab aku tak dapat nak jumpa dia lagi nanti, aku tak sempat nak bersalam-salaman pun dengan dia, tak sempat nak mintak maaf lagi. Bila dah habis mamai, aku tengok yang duit aku kasi kat Mus tu masih ada kat lantai, sama cellphone dia sekali. Terasa jugak hati aku mulanya, tapi bila aku fikir balik, takkan Mus nak bawak duit banyak itu pergi kerja? Tapi pun, apa pasal biarkan aje duit tu di situ, dia tahu yang aku nak blah.
Aku serba salah macamana nak buat dengan duit $500 yang Mus tinggalkan tuh, kalau nak biarkan aje di situ, susah jugak pasal bilik dia tak berkunci, yang kat bilik sebelah tuh ada orang, bukanlah nak buruk sangka tapi kan, pasal duit, manusia selalu gelap mata. Puas jugaklah aku memikir kat mana nak taruk duit tuh, then aku ternampak Quran terjemahan kat rak. Aku dapat idea.
--------------------Selingan------------------------------
Ini cerita kakak aku masa sekolah dulu. Ada satu orang budak nih, dia duduk hostel, sekali tu waktu cuti, dia tak balik kampung. Mak dia kirim ajelah barang dari kampung, kirim kat kawan dia nih. Selain makanan, ada Quran. Tak ada duit pun. Benganglah budak nih sebab mak dia tak kirim duit.
So dia talipun rumah, mak dia kata, "Baca-baca lah Quran tuh. Baca-bacalah Quran tuh". Minggu depannya dia talipun lagi, mak dia kata, "Baca-bacalah Quran tuh, Surah Yassin tuh". Tak tahulah, tapi budak ni macam terpanggil nak baca Quran, so dia pun bukak Surah Yassin. Laaa, rupanya mak dia taruk duit kat dalam Quran tuh.
---------------------------------
So aku pun buat gitu jugaklah, aku taruk duit tu dalam Quran, aku taklah macam rasa macam tak sedap jer, sebab itu Quran terjemahan. Kalau Quran asli, aku tak rasa aku akan buat the same thing, takkan dalam Quran nak taruk duit pulak kan? Walaupun aku tahu, orang tu macam-macam kat helaian Quran tu ditaruk, duit lah, surat itu ini, dokumen itu ini. Macam-macam kan?
Quran tu, sama dengan cellphone, aku taruk kat sebelah bantal Mus, aku keluarkan sekeping duit tuh, biar Mus nampak. Kalau tak, takut dia mengamuk pulak nanti, takut dia fikir yang bukan-bukan pulak nanti. Yang aku ambik balik duit yang aku kasi kat dia tuh. Itu yang aku julurkan keluar sekeping duit dari Quran tuh.
Then aku teringat yang aku tak ada kasi apa pun kat Mus. Then aku teringat yang T-shirt aku nak kasi kat member aku tuh, ada 6. Dua tuh, NYPD (New York Police Department) punya t-shirts, lain-lain kaler. So aku bukak balik kotak yang aku dah tutup tuh, aku keluarkan satu. Aku fikir, tak apalah, member aku tuh bukan tahu, lagipun, kalau kotak tu tak sampai jugak nanti kat member aku, rugi aje kan? Lagipun, kat orang lain aku kasi 4 jer, takkan kat member aku tuh nak kasi sampai 6 helai, kan? Might as well aku ambik satu, kasikan kat Mus. Buruk siku rupanya aku nih. Oklah, memang kena pada tempatnya sebab Mus dulu tu masa kat Indo, dia polis. So sesaui sangatlah t-shirt tu untuk dia.