Aku ke Greyhound Station nak beli ticket balik ke Maryland petang tuh, terpaksa ambil yang paling last, pukul 4-45 pm sebab aku cadang nak merayau-rayau sikit lagi. Aku balik semula, aku singgah di rumah Nani, sembang-sembang sambil makan rojak, makan pastel. Laki sementara/pacar dia pun ada so lama jugaklah aku di rumah diaorang. Bila aku kata yang aku mungkin akan balik Philadelphia, cari bilik sewa yang lain nanti (selepas July), Nani terus offer bilik kat rumah dia tuh.
Memang dari dulu dia ada suruh aku menyewa situ jer, tapi aku tak nak, pasal mahal sangat. Dia bayar sewa $650 jer, tapi bilik tu dia nak taruk dua orang, $200 seorang. Mana boleh. Tapi kali ini dia kata dia mintak $200 jugak tapi kalau ada orang nak masuk, dia akan terima. Aku fikir, kalau mahal macam tu, tak ada orang yang nak, so kalau aku sewa situ nanti, sure aku seorang jugak sebilik. Tengoklah macamana.
Aku ada jugak kata yang aku mungkin nak simpan barang aje di situ, bayar bulan-bulan. Business simpan barang pun laku jugak kat sini, ramai orang Indo yang kerja restoran di States yang lain, untuk save duit, diaorang simpan barang aje kat rumah orang, bayar $30 sebulan. Tapi dengan Nani, dia mintak $50. Memang Nani tu cekik darah. Cekik darah pun aku tak kisah sebab daripada bayar sewa bilik, dah banyak dapat save duit kalau just bayar untuk simpan barang kan? Lagipun, kat rumah Nani, walaupun ada orang sewa bilik nanti, aku anytime jer boleh datang kalau nak tumpang tidur (walaupun tidur di lantai, atas kerusi yang disusun tiga), bayar aje dia $10 , sure dia nak.
Sebelum blah, aku ajak Nani temankan aku ke kedai orang Indo, aku nak beli barang. Nani memang kaki kecek, dia dapat diskaun sebab dia pun ada hantar barang jualan kat kedai tuh. Aku beli 6 bungkus tempeyek, tempeyek ikan bilis, kacang, tempeyek campur. 6, sebab Nadi pun nak jugak, bukan Bayou aje.
Then aku teringat yang aku tak talipun pun Yanti, dia tahu yang aku ada turun Phila sebab the day before aku blah, dia ada talipun dan aku kata yang aku nak datang rumah dia. Yanti pun mulalah bercerita, dia sekarang ni dah kerja balik semula dah, kerja kat kilang kertas, tapi bukan sebagai kuli. 3 minggu aje dia kerja ikut ajen, terus disuruh jadi pekerja tetap. Sebab kerjanya bagus. Iyalah tuh. Dia kerja malam, dari jam 12 sampai 9 pagi. Petang dia masih pergi kelas Bahasa Inggeris, dari pukul 6 sampai 10 malam. Ara pulak dah beli kereta, kerja di New Jersey, tak mudahlah fikir aku dalam hati, dah ada dua kereta diaorang nih, itu pun Yanti kata dia nak beli kereta jugak sebab dia susah nak pergi kerja, terpaksa tumpang ajen kerja dia yang lama, sedangkan dia pekerja tetap, dan ajen tu hanya boleh hantarkan geng-geng kuli yang lain aje.
Yanti pun cerita pasal diaorang sekeluarga dah gaduh dengan satu keluarga lain yang menyewa di situ, keluarga Martin/Wati, dulunya memang kawan baik diaorang sangat. Aku dengan Martin sama Wati tu, kira oklah, cuma aku tak suka cara diaorang selalu sindir aku, kejap-kejap, "Apalah orang Malaysia ni, apalah orang Malaysia ni...." Itu bab-bab yang aku tak suka tuh. Diaorang macam bagus jer. Aku tak surprised sangat dengar yang diaorang gaduh sebab dulu tuh, ada orang kata, hanya aku sorang jer yang serasi duduk dengan keluarga Yanti tuh, orang lain memang tak boleh tahan lamanya.
Aku kasi $20 kat Ita pasal awal July nanti dia punya birthday, aku tak tanya dia nak apa sebab last year dia mintak wireless phone sebagai birthday gift, tapi aku tak belikan, aku kasi duit jer.
Aku terus ke Greyhound bus station, dah tak rasa malu dah aku bawak beg platik merah berisi 6 bungkus tempeyek, dah dua kali buat gitu tuh. Orang balik dari kampunglah katakan.
Ada aje tak kenanya, bas lambat sejam dari yang dijadualkan, aku dah panik dah mulanya pasal aku kena naik bas yang menghala ke Detroit nanti, kena tukar bas. Takut tak sempat nanti sewaktu sampai di Washington DC.
Masa nak naik bas pun ya amatlah diperiksanya, mengalahkan nak naik flight lagi. Dahlah beg dibuka satu-satu, masa nak cek badan, semua barang yang dalam pocket disuruh keluarkan, lepas tu, bukan aje disuruh angkat tangan, biasanya angkat tangan dan disuruh depangkan tangan tuh aje. Ini tidak, tangan tuh disuruh angkat tunjuk arah langit. Nak kira bulu ketiak orang gamaknya.
Sebab bas tu dah terlewat, driver tu terus pecut arah Baltimore, kebetulan tak ada yang nak singgah di Wilmington, Delaware (seharusnya singgah di situ dulu).
Adalah dekat sejam di Baltimore, dalam hati aku dah fikir yang aku terpaksa cari alternatif lain untuk ke tempat aku sebab bas pasti akan dah berlepas nanti, bas yang aku naik tu banyak tempat lain nak berhentinya. Nasib baik diaorang terror, diaorang suruh tukar bas, siapa yang kena berada di Washington DC before 9, naik bas lain. Bas tu akan terus ke DC tanpa berhenti di mana-mana bandar lain.
So aku sampai DC sejam lebih awal dari waktu sepatutnya aku sampai. Pelik jugak kan, mulanya aku lewat sejam, lepas tu, awal sejam. So aku ada 2 jam di DC, tak pergi mana-mana pun, takat pergi minum jer, makan sandwich. Dari DC, aku terpaksa ambil bas yang menghala ke Ohio, sampai tempat aku dah pukul 11-30 malam.
Sambil tunggu teksi, aku sembang dengan satu orang nih yang baru keluar penjara, dia tengah nak buang baju dia yang ada tulis DOC (Department of apa bendanya, Correction kat?) kat belakang baju tuh. Aku kata kat dia, kalau aku, aku simpan baju tu buat kenang-kenangan. Dia gelak jer, dia kata kalau dia simpan dah ada belasan baju dah.
Aku pun teringat yang kalau aku sedari dulu simpan t-shirts waktu aku kerja restoran, dah ada 5 dah. Rasa rugi pulak aku buang aje semua t-shirts tu dulu, teringat pulak yang waktu aku lari masa kerja di Poughkeepsie, New york dulu tuh, aku tinggalkan aje baju tu kat pondok talipun.
Melompat-lompat Bayou bila dia tengok ticket kapalterbang dia, July 26th, (aku yang belikan guna duit aku dulu) Singapore Airlines, JFK New York-Changgi Singapore-Denpasar,Bali. Mus punya pun sama jugak, cuma June 19th, Singapore Airlines, JFK New York-Jakarta.
Aku punya tak tahulah bila. Entah-entah aku dah tak naik kapalterbang dah nanti seumur hidup aku. Sesuatus.