Dah letih pusing-pusing di sekitar Times Square dengan Fifth Avenue, aku masuk kat Bangunan Reuters, NASDAQ, aku dah tengok dah dulu tuh, macamana trading activities serta live reports pasal financial dibuat. Saja jer, lagipun, kat luar panas sangat, aku rasa kulit aku macam menggelupas sebab kena panas. Itu yang aku masuk kat bangunan yang ada aircond.
Cadangnya nak ikut tour yang naik double-decker bus tu tuh, saja nak pusing-pusing sekitaran NYC nak tengok ajer dari dalam bas, sebab aku dah letih jalan. Tapi sebab ramai orang, aku rasa kekok jugak sebab aku sorang-sorang, buat malu jer jadi kera sumbang dalam bas tu tuh.
Aku terus ke Malaysia Restaurant sebab lapar sangat dah. "Table for one, Sir?", tanya waitress tuh.
"Ha ah, satu orang saja", saja jer aku jawab in Malay. Aku memang tahu, yang kat meja depan tu biasanya keluarga tokey tu selalu lepak makan, kebetulan masa tu diaorang ada.
"Lu olang Malayu? Mana mali?", one of the guys tanya aku.
"KL", aku jawab ringkas aje.
"Sini apa bikin? Cuti?", dia tanya lagi.
"Taraklah tokey, saya sini kilija, kilija restoran. Olang Cina punya", aku jawab gitu. Aku order nasi goreng ikan masin, kangkung belacan sama cendol. Boleh tahan masakannya, tapi sebab panas sangat kat dalam tuh, penuh orang, aku makan cepat-cepat sebab aku tahu tokey tu sure akan bengang kalau aku lama-lama di situ, table for 4 tapi aku sorang aje. Rugilah dia kan? Aku faham sangat benda tuh, aku kan ker kerja restoran?
Aku tak ke mana-mana dah lepas makan tuh, terus ke tempat bas yang nak ke Philadelphia. Sempat aku tidur kejap dalam bas tu masa tunggu bas bertolak, sedar-sedar driver tu bangunkan aku sebab kena tukar bas yang lain. Kacau aje. So lepas tu aku sambung balik tidur dalam sepanjang perjalanan ke Philadelphia yang selama sejam setengah tu.
Aku rasa letih sangat, rasa lemah seluruh tubuh aku, tak tahu pulak ke mana nak dituju pasal Mus pun belum balik kerja lagi. Malaslah aku menalipun Yanti atau Nani untuk lepak di rumah diaorang, so aku masuk cyber cafe kat Chinatown kejap.
Then aku dapat idea macamana nak habiskan masa buang duit sementara tunggu Mus balik. Aku masuk satu klinik Cina yang pernah aku masuk sebelum ini. Kebetulan acupuncturist yang bertugas hari tuh ada, so aku mintak nak buat treatment lah. Bukan sakit apa pun, saja jer nak buat tune up sikit pasal badan aku dah lama dah tak diservice. Dulu aku pernah buat akupuncture treatment di klinik tuh, saja nak cuba-cuba. Aku masa tu buat kat depan jer, kat bahagian depan body aku aje, dari muka sampai kaki ditusuk jarum kecil (ada ker jarum besar?) , macam jarum peniti.
Tapi kali ini aku nak buat the whole body, nak buat depan belakang. Bila acupuncturist tu tanya aku, aku katalah yang aku ada lower-back pain, aku tak kata pun yang aku kadang-kadang pening-pening lalat. Yang lainnya tak ada apa pun, takat letih-letih, tak ada selera nak makan, bebenda gitu lah.
Dia suruh aku bukak seluar. "But why?", aku tanya dia. Dulu masa first time buat treatement tuh tak ada pun disuruh bukak seluar. Dia tahu aku macam segan-segan gitu, dia tutup pintu, dia buat pura-pura sibuk. Aku pun bukak lah seluar, ish, besarnya kemaluan aku rasanya. Ada ker sampai suruh kena buka seluar, tinggal underwear aje. Nasib baik t-shirt tak disuruh bukak so aku bolehlah menutup kemaluan aku sikit, taklah terasa sangat kebesarannya kemaluan aku tuh.
Dia suruh aku meniarap, orait lah tuh. Tapi aku fikir jugak, karangnya pasti aku disuruh terlentang pulak, sabar jer lah. Dia taruk some kind of minyak, dia urut pinggang aku, keras ya amat tangan dia. Sampai ke bontot dia sapu minyak tuh, apa ke jadahnya, kata aku dalam hati. Biarlah, aku berubat, nak buat macamana kan?
Masa dia cucuk jarum kat kaki aku tuh, tersentak aku kejap pasal aku boleh rasa macam darah bergerak jer. Dia terjentik kuat kot jarum tuh, tu yang aku rasa geli jadinya. Tak banyak jarum yang dia taruk, sambil dia jentikkan jarum tu kat badan aku, aku bilang, adalah 8 batang aje semuanya, 4 kat kaki dan 4 kat pinggang. Dulu sampai 15 batang, apa pasal kali ini 8 aje? Tak apalah, kata aku dalam hati, makin banyak jarum, makin geli nanti, makin sakit.
Aku tak tahu apa yang dia buat seterusnya sebab aku meniarap, aku biar aje. Tapi aku boleh rasa yang dia sambungkan jarum-jarum tu kat satu machine, aku nampak wires yang berjurai bila aku cuba-cuba toleh. Alamak, dia buat treatment guna elektrik, kata aku dalam hati. Dulu tuh tak ada guna machine pun, just setakat masukkan jarum dan dibiarkan panas guna satu alat yang macam heater untuk panaskan badan dan jarum. Kali ni siap dengan wires, siap dengan mesinnya sekali.
Bila dia on kan heater untuk panaskan jarum/badan aku, dan machine tu jugak, berpeluh aku jadinya nak tahan geli/sakit. Jarum tu berkemut-kemut kat badan aku. Bukan kemut sikit, kemut kuat. Tak macam dulu tuh, tak ada rasa apa langsung. Panik lah jugak aku sekejap, bila dia kata dia akan tinggalkan aku dalam keadaan begitu selama 20 minutes. Semakin lama jarum tu semakin panas, aku gelak aje lah pasal nak tahan geli, kadang tu rasa sakit jugak. Berpeluh aku dibuatnya, rasa nak panggil acupuncturist tuh suruh dia cabut all the wires yang kat badan aku, tapi aku cuba tahan jugak. Malu wei kalau itu pun tak boleh nak tahan.
Aku jangkau seluar aku yang kat atas kerusi, aku ambil cellphone aku, saja nak snap gambar-gambar. Semuanya gambar tu nampak bontot aku, so tak dapatlah aku masukkan dalam blog nih. Nanti orang kata aku jual bontot pulak, payah.
Dah selesai treatment untuk bahagian belakang, aku disuruh menelentang pulak, lantaklah, kata aku dalam hati. So lah the besarnya kemaluan aku rasanya. Tak banyak jugak jarum yang dijentik masuk kat badan aku, kat muka pun tak ada satu jarum pun. Mungkin sebab sebelumnya dia tanya kalau aku ada rasa pening-pening, aku jawab, tidak. 3 batang jarum kat perut, dua kat tangan kiri, dua kat tangan kanan, 2 kat kaki kiri dan 2 kat kaki kanan. Masa dia sambungkan jarum-jarum tu kat machine tu baru aku dapat tengok apa yang dia buat. Aku rasa macam buat experiment science masa kat lab kat sekolah dulu pulak. Sebijik macam tuh.
Bila dia on kan machine tuh, sama heater, aku rasa nak meraung. Tangan kanan aku menggelepar, bergerak-gerak. Tangan kiri tak sangat, kaki pun takat berdenyut-denyut jer. Tapi tangan kanan tuh denyutannya kuat, menggelepar macam ikan yang baru ditangkap. Nak kata macam ikan yang tinggal nyawa-nyawa ikan, tak pulak, tak menggelepar kuat sangat. Ini, macam ikan yang baru ditangkap, macam ikan yang tinggal nyawa-nyawa ikan.
Aku luruskan ajelah kedua-dua tangan aku, sambil tu aku cuba nak analyse, aku cuba buat andaian, apa pasal tangan aku boleh berdenyut-denyut kuat gitu tuh. Tak tahulah aku apa pasal, mungkin boleh dikontrol guna machine tu kot. Aku rasa nak tergelak aje bila aku tengok kedua-dua tangan aku bergerak-gerak, kaki aku pun sama. Sebijik macam Matrix, macam dalam filem lain, bila hero/orang jahat ditaruk some kind of chips (memory chips ker aper ker) kat otak diaorang bila dia nak sedar, badan dia, tangan dia, seluruh anggota dia bergerak-gerak. Sebijik macam tuh. Lain betul treatment yang dia buat kat aku kali ini.
Itu yang aku fikir, kalau begini caranya, aku kena fikir banyak kali sebelum datang buat treatment lagi nanti. Dalam 20 minit aku ditinggalkan kat bilik tu sorang-sorang, aku dok perhati ajelah tangan sama kaki aku bergerak-gerak gitu tuh, ralit pulak jadinya. Peritnya tak boleh nak katalah bila semakin lama sebab jarum tu jadi semakin panas. Kulit aku pun jadi sakit jugak sebab heater tu satu arah aje, arah ke perut, walaupun ke bahagian-bahagian lain pun terasa jugak. Kalau lamalah dibiarkan, aku rasa adalah benda yang jadi macam jagung bakar.
Aku ingat dia nak charge aku $80 sebab dulu aku buat treatment kat one side jer dia charged $40. Tapi dia charge aku sama, $40 jer, ish, kalau macam ini, boleh datang lagi nanti kalau ada kesempatan, taklah mahal rupanya.
Aku terus aje ke apartment Mus, dia letih baru balik kerja, aku pun letih sengal-sengal badan. So kitaorang sembang ajelah sambil baring-baring. Lain gayanya Mus sama Bayou - Bayou excited sangat sebab nak balik Indo, Mus pulak macam nak tak nak jer. Itu yang aku tanya dia, kalau tak nak balik, jangan balik, nanti menyesal. Dia katalah yang dia terpaksa balik, dia nak kawin, umur dia dah lewat 30an aku rasa.
Mus tak setuju bila aku kata aku nak teruskan bayar sewa bilik dia tuh sebab kalau aku turun Philadelphia, aku ada tempat nak dituju. Dia suruh aku cari bilik lain pasal awek yang menyewakan rumah tu, dia tinggal di apartment tu jugak. Sombong orangnya. Aku kata dengan Mus yang aku tak ada pilihan lain, lagipun susah sebab aku cuti beberapa hari aje, malaslah aku nak cari bilik lain, nak pindah barang lagi. Tengoklah akhir July nanti, kalau dah confirmed semuanya nanti yang aku berhenti kerja, aku mungkin cari bilik lain.
Sebab letih, kadang-kadang terlelap masing-masing, bila tersedar, sambung lagi. Itu ajelah kitaorang, bila aku betul-betul sedar balik, dh pukul 10 lebih. Aku kasi Mus nasi goreng yang aku tapau sebab aku tahu dia tak boleh nak keluar makan dah, esok dia kerja, kena bangun pukul 4 pagi.
Aku bersiap-siap mandi, etc, aku keluar nak cari makan. Cadangnya nak ke McDonald jer, tak jauh dari apartment Mus. Tapi, aku rasa segar pulak baru bangun tidur, baru mandi, so aku jalan ajelah ke arah city center. Malas naik subway, cepat sampai. Jalan kaki pun ok jugak, sambil menghirup udara malam, boleh melayan perasaan lama-lama sikit kan? Aku buat berani jer jalan malam-malam sorang gitu tuh, memang itu kebiasaan aku, jalan sorang-sorang tengah malam buta. Sempat singgah kejap kat Kinko's, saja jer nak check emails kononnya.
Dah dekat pukul 12 dah masa aku sampai Penang Restaurant tuh, dah tak berapa ramai orang dah, restoran tu bukak sampai pukul 1 pagi kalau hari-hari biasa. The only restaurant kat Chinatown yang bukak sampai lewat malam gitu. Aku order roti canai sama mee kari, aku suruh buat sikit jer tapi punyalah banyak yang diaorang kasi, penuh mangkuk. Sampai berpeluh-peluh aku makan, sebab sedap sangat, panas pun satu hal. Sedap jugak roti canai cicah dengan kuah mee kari rupanya.
Tapi, walaupun sedap, aku makan tak habis pun, separuh mangkuk jer, sebab aku hirup kuah tu sampai kering. Waiter tu nak tapaukan untuk aku tapi aku kata tak payahlah, aku sure tak makan punya nyer. Harga semuanya $10-80 so aku tinggalkan $15 kat atas meja. Lepas tu aku merayau pusing sana pusing sini kat city center, bila dah rasa macam tak ada orang jer, baru aku jalan kaki balik ke apartment Mus.