16052005
Sabtu lepas, aku jumpa lagi Melayu. Young couple, baya-baya aku agaknya, with 2 kids. Tengahari tuh, aku ada terperasan one guy yang tengah tolak stroller, muka dia macam muka Melayu. Nak kata Spanish, beralus jer gayanya. Nak kata orang Asia lain, pun beralus jer gaya dia. Macam gaya orang Melayu. Beralus aje buat sesuatu.
A few minutes later, ada one girl datang order makanan. Ada gaya-gaya Cina, ada gaya-gaya Melayu, ada gaya-gaya Filipino. Perempuan tu punya English ok, sahih bukan Filipino, jauh sekali Indonesian.
Aku sambil layan tu, tanya-tanyalah dia, saja nak dengar dia cakap, so that aku boleh detect dan agak dari mana asal dia. Bila dah confident, sambil menyeduk sayur, aku tanya dia, "Where are you from?".
"Malaysia", jawab dia, the way dia jawab tu very patriotik, bersemangat gitu.
"Melayu ker?", aku tanya dia sambil senyum. Tergamam dia sekejap.
"Dari Malaysia? Melayu?", dia tanya aku balik. Sembang-sembanglah kejap dengan dia sebab dia pun order banyak makanan, dan orang lain pun tak ada, taklah sibuk. Dia tunjukkan kat aku meja diaorang duduk makan, kat tepi dinding yang betul-betul mengadap tempat kitaorang, cuma agak terlindung sikit, so aku tak dapatlah tengok suami dia yang mana satu.
Dah lama tu, baru aku curi-curi toleh, aku intai-intai, memang lelaki yang aku nampak sebelum tu pun. Aku ni memang ada instinct Melayu lah, aku boleh detect mana-mana Melayu. Malu jugaklah aku kerja sebab aku tahu, walaupun diaorang tak tengok aku pun, yang diaorang ada pandang-pandang arah aku kerja. Sedih jugak rasanya.
Dah lama tu bila diaorang dah nak siap makan, aku lambailah perempuan tu, aku panggil dia datang kat tempat kitaorang. Dia beritahu suami dia (terlindung dari dinding, aku tak nampak suami dia), dia buat isyrat yang aku lambai-lambai. Tak tahulah, tapi bila lama dia buat gitu, aku rasa macam suami dia tak nak jumpa aku jer, for I don't know what reason. Dalam fikiran aku dah teringat benda yang bukan-bukan. Dia malu nak jumpa aku kot, atau dia takut aku yang malu kot. Atau dia memang tak nak jumpa aku kot.
Aku dah mula rasa lain, dah rasa sedih, aku kata kat Bayou, "Nggak apalah, mereka nggak mahu ketemu aku mungkin, nggak apa-apa sih". Tak lama kemudian, suami perempuan tu datang, baik jer gayanya, sebijik macam Melayu baik. Bila dia dah dekat , aku hulur tangan nak bersalam. Nak tergelak jugak aku sebab aku bersalam macam Melayu, lepas salam, tangan tu diunjuk ke dada. Penuh adab sopan Melayu aku ni rupanya.
Sembanglah dengan that guy, dah 8 tahun duduk Amerika, dekat Baltimore. Baik orangnya, sebijik macam aku cakap dengan Melayu jer rasanya. Laaa....memang dia Melayu, dan aku pun Melayu.
Bila dia mula tanya macamana aku boleh tercampak kat Amerika, sambil mata dia pandang keadaan restoran tuh, aku dah rasa tak sedap dah. "It's a long story, kau ada internet tak?", aku tanya. That was a very dumb question to come out from my mouth. Nasib baik aku tak tercerita apa-apa, I was thinking of giving him my blog address.
Lepas tu kitaorang tukar-tukar phone number, he gave me his email address jugak. I did not give him mine sebab email address aku ***perantau@mindless.com macam kasi hint aje kan. Kalau dia googlekan nama tuh, macamana?
Sebab ada orang datang nak makan, aku tak boleh nak terus sembang dengan that guy, so he left, tapi aku ada kata, "I'll give you a call".
Dalam sesepuluh minit lepas tu, perempuan tu datang lagi, sambil dukung anak, dia tanyalah aku itu ini. Aku rasa macam orang kat penjara jer, iyalah, dia berdiri kat luar, aku kat dalam, ada adang pemisah. Aku lupa apa yang aku sembang dengan dia, sebab aku banyak jawab samar-samar bila dia tanya aku, kat mana sebelum ini, dah lama ker di sini, questions like that. Dalam hati aku, one of these days aku nak talipun diaorang. Tapi hati aku tak sedap jugak, kalau aku ceritakan kisah aku, aku yang akan jadi susah sebab diaorang tahu aku kerja di situ. Aku tak nak orang kesian kat aku, I know that for sure.
Entahlah, tengoklah macamana keadaannya nanti, aku rasa nak contact diaorang lah, nak buat kawan. Sebab diaorang macam orang baik jer, baya-baya aku pulak tu.
Esok, 17052005 aku akan ke washington DC untuk bertemu "peminat".