Entah apa pasal aku rasa Isnin cepat betul berlalu, kejap aje dah malam. Lepas balik kerja terus aku online macam biasa, sempat jugak aku tulis entry kat bawah tuh. Terus aku mandi, nasib baik SiKecil dengan SiRakus tengah sembang sambil potong rambut Pak Tua, so dapatlah aku guna bilik air dulu.
Biasanya kalau balik kerja diaorang guna bilik air dulu, lamanya nak mampos. Diaorang ni jenis yang bawak kerusi masuk bilik air, sambil berak, sambil baca majalah/papers. Kerusi tu sebagai tempat berteleku agaknya. Atau tempat taruk paper/magazines yang dibaca.
Sherink kasi aku $150 suruh beli 40 keping phone cards untuk dia menalipun ke India. Bayou kasi aku kertas kecil yang ada tertulis details pasal ticket kapalterbang dia nak balik Indo. Dia suruh aku tanya kat travel agent harga ticket yang paling murah, dia nak balik bulan 8 atau 9 nanti. Dia kata kalau harga murah, dia nak balik naik First Class, saja macam nak balas dendam, nak puaskan hati setelah bertahun-tahun jadi hamba di Amerika nih..
Aku call taxi, tak sampai 5 minit dah datang, tak sempat aku nak bersiap apa, terus aku capai apa yang patut. Very unpredictable betul taxi service sini nih, kadang tu dekat sejam menunggu, kadang tu tak sampai dua tiga minit.
Sampai di Greyhound Station, aku lepak ajelah pasal memang tak ada orang, officenya tutup pun, aku kena beli ticket di Washington DC nantinya. Aku ke McDonald dulu, makan fries, minum kopi. Sambil baca USAToday.
Pukul 11-15 bas ke Washington DC bertolak, adalah 6 orang passengers. Aku cuba-cuba lelapkan mata tapi tak boleh pasal driver tu macam orang mabuk jer bawak bas, kiri kanan, kiri kanan. Aku punyalah letihnya, tak ada tenaga rasanya, muka pun berminyak jer. Mata merah.
Sampai Washington DC terus aku tanya ticket ke New York, bas seterusnya pukul 6-30 am. Tak kuasa aku nak tunggu kat bas terminal tu sampai empat lima jam, aku beli aje ticket ke Philadelphia, bas pukul 4-30 am. Kena tukar plan lah sikit, memang rencana aku nak ke New York dulu baru ke Philadelphia. Ini aku terpaksa ke Philadelphia, esok lusa baru ke New York.
Aku cadang nak cari bangku nak tidur aje, tapi kat ticketed waiting room tu penuh dengan orang bangsa Spanish. Aku ke satu lagi waiting area yang ada restoran. Ramai orang hitam, seram jugak aku dibuatnya. Sebab aku dah segar jugak, aku bukak laptop, aku nak tulislah apa-apa yang patut. Sambil dengar lagu yang aku sempat download itu hari.
Tak sempat 5 minit, ada orang tanya aku, "Where are you travelling tonight, Sir?" Berderau darah aku, aku ingatkan siapa sebab aku kan kat Washington DC, yang tanya aku tu berpakaian seragam, nak kata security, bukan. Pundeklah, yang aku menggatal bukak laptop tu apa pasal? "I'm going to Phialdelphia, Sir", aku jawab gitu sambil seluk jacket aku nak ambil passport sama ticket, nak tunjukkan kat officer tu tuh. Rupanya officer tu PMWDC (Police of Metropolitan Washington DC), dia suruh aku duduk kat bahagian dalam sikit sebab kalau aku di luar kawasan menunggu tu, takut ada orang grab aku punya laptop. Memang aku seram jugak sebenarnya sebab banyak mata-mata orang hitam yang memandang aku. Kat Washington DC punya terminal memang ramai orang hitam, itu semua orang tahu. Terus aku pindah kat bahagian dalam sikit.
Sampai Philadelphia dah pukul 7 lebih, on the way to subway station, aku masuk Kinko's sekejap nak surf the net. Iyalah, awal lagi kan?, Mus kerja, aku pun tak ada tempat nak di tuju, either rumah Nani (mak saudara kawan aku Andy S) atau rumah Yanti.
Tried calling Yanti sama Nani tapi tak ada yang jawab, tidur lagi memasing tu gamaknya, so aku decide nak ke rumah Nani ajelah, nak goncang pintu rumah dia. Bila aku nak belok aje ke arah rumah Nani, aku nampak ada one perempuan sama anak kecil, diaorang datang ke arah aku. Rasa-rasanya kenal siapa diaorang tapi belum sempat aku cuba nak ingat, perempuan tu tanya, "Mau ke mana Mas?"
"Mau ke rumah Nani, Nani yang bikin jualan rujak, pastel tu", aku jawab, sambil cuba nak ingat di mana aku pernah tengok perempuan tu tuh. "Cik ni siapa? Di mana kita pernah ketemu?", aku tanya dia.
"Laaa...koq lupa, saya dulu menyewa di rumah Nani", dia jawab gitu.
"Oooo....pantasan......", baru aku teringat.
Perempuan tu, Regina, mintak tolong temankan dia pergi Cingular office pasal phone service dia dah disuspended. Macam apa aku kata dulu, talipun memang benda yang paling penting bagi Indons di sini.Aku mulanya agak keberatan pasal aku letih, mengantuk yang teramat sebab dalam perjalanan tadi nya, aku cuma dapat tidur dalam sejam lebih. Waktu dari Washington DC ke Wilmington, Delaware. Dari Wilmington ke Phila, aku langsung tak tidur pasal kat luar dah cerah.
Tapi sebab dia buat muka kesian, ada anak lagi tuh, dan aku pun rasa macam bersalah jer kalau kena kejutkan Nani untuk tumpang tidur di rumah dia, aku pun kata ok aje lah dengan Regina tuh. Lagipun dia kata sekejap aje.
So aku tinggalkan barang-barang aku di rumah dia, ajak dia naik train subway aje tapi dia kata lebih cepat kalau naik bas. Kawan dia kata gitu, lebih senang kalau pergi naik bas aje. Dekat sejam tunggu baru aku terperasan yang bas service ada buat detour pasal jalan-jalan kat situ sedang diupgrade. Aku terus ajak dia naik subway, terpaksa dukung anak dia, Agung, sebab lambat sangat jalannya.
Sampai di Cingular office, aku explainlah apa yang patut, Regina nak downgrade dia punya service pulak, murah sikit dia kena bayar tiap bulan. On the way balik, aku ke Sprint untuk bayar bill sambil mintak detailed-transactions phones aku sama Mus. Geram aku, patutlah service dipotong sementara, tak ada pun record yang menunjukkan aku ada buat payment $100 dulu tuh. Nasib baik aku ada bawak receipt, tak sampai 5 minit phone aku dah ok balik dah. Officer tu even janji yang kitaorang entitled to 15% discount pasal kesalahan teknik tu tuh.
Agung merengek-rengek lapar, nak makan. Since aku pun lapar jugak, aku ajak Regina masuk Dunkin' Donut. Masuk aje, Agung menangis, "Nggak mau, nggak ada mainan. Nggak mau, nggak ada mainan", ditarik-tarik Regina ajak keluar. "Sabar aje lah", kata aku dalam hati. Kalau anak aku tuh, dah aku cubit dah. Tapi itu anak orang.
Aku ajak Regina balik aje lah, nanti singgah di McDonald dekat kawasan yang ramai orang Indo duduk tuh. Jenis kemut jugak gayanya Regina tuh, dia kata tak nak makan apa-apa, so aku order makanan (fish burger) untuk aku sama Agung aje lah. Tapi masa makan tuh, aku tengok dia yang lebih-lebih makannya, Agung pun makannya tak seberapa. Pasal kesian, aku share lah fries aku dengan dia. Service phone Regina masih belum ada walaupun dah sejam berlalu, so dia suruh aku talipun customer service. I did. Tak ada jugak service. Dia ajak aku balik semula ke Cingular office, tanya and tunggu di situ.
Apalah orang Indo gitu tuh, tak ker bangang? Aku yang masa tu dah ke tahap bengang dan bosan, teruslah jawab, "Habis kalo besok pun massih nggak ada signal, mau tidur di sono?". Aku suruh dia tunggu aje lah sampai service phone dia ada semula. Kalau besoknya masih tak ada, then baru pergi semula ke office Cingular tuh.
Bila Regina tanya aku nak ke mana seterusnya, langsung aku kata aku nak ke NYC. Aku kata yang aku akan datang malam nanti untuk ambil beg aku.Sempatlah jugak aku pergi bank, masukkan duit barang sesedolar dua. Lepas tu aku ke satu travel agent di Chinatown. Tokeynya orang Indo, pekerjanya ada jugak orang Indo.
Dah dapat sesikit info pasal ticket yang Bayou suruh aku cari tuh, terus aku naik bas Cina ke NYC. Mulanya aku tak nak pergi pasal dah dekat 12 tengahari, lagipun aku letih dan mengantuk sebab belum tidur. Tapi bila aku fikir yang kalau aku ke rumah Nani pun sure tak boleh tidur (sure dia akan ajak aku ke mana-mana temankan dia sebab "lu pinter Inggeris"), dan sementara tunggu Mus yang balik kerja malam, lebih baik kalau aku ke NYC jer, bukannya mahal naik bas Cina, $20 pergi balik.
Ada juga aku terfikir untuk ke Atlantic City, boleh lepak tepi pantai. Tapi aku tak nak nanti sure terjumpa orang Indo yang sure ada yang aku kenal, nanti diaorang ingat aku ke sana macam diaorang jugak, berjudi.
Sampai aje di Chinatown NYC, aku terus ke Malaysian Restaurant yang aku selalu pergi makan tuh (kalau aku turun NYC). Makan Nasi Goreng Indonesia sama Kangkung Goreng Belacan. Minum ABC.
Lepas tu aku merayap kejap cari telephone cards yang Sherink suruh beli tuh, aku beli 5 keping. Tak sempat nak pergi jumpa MakCik Jenny, MeiMei dan Tina, another Malaysian yang jadi agen kerja tuh. Tak apalah, anytime aku pergi pun diaorang masih ingat aku kot.
Then aku ke Times Square, turun di 42nd Street Station. Dalam sepanjang perjalanan kat terowong menuju Port Authority Bus Terminal, aku asyik dok perhati orang jer, masing-masing jalan laju jer. Kat New York, when you walk, you really walk. Bermacam-macam benda lah yang masuk balik kat otak aku, aku tengok buskers yang tengah nyanyi, aku jadi sedih. Aku tengok bangku kosong, aku jadi sedih. Aku pernah dulu lepak di bangku tuh. Aku tengok yang homeless yang gaya muka baik, aku kasilah a dollar or two each. Walaupun aku dah tak macam dulu, tapi aku masih macam trauma lagi. Masih teringat benda-benda lama.
Bila dah keluar dari building tu baru aku rasa lain sikit, iyalah, tengok lampu merelip-relip walaupun hari masih siang. Masa tu terus aku lupa benda-benda sedih, kaki aku pun laju aje jalannya. "I'm in New York, I have to be like other New Yorkers. In New York minute, I have to have that New York state of mind", kata aku dalam hati.
Amboi, amboi, amboi. Mudahnya Bangla sekor nih lupa diri (coma ?)
Letih jugak aku jalan-jalan sana sini, tapi semuanya di persekitaran Times Square tu aje. Seronok jugak menengok orang, macam-macam characters. Gorgeous semuanya. Kecuali aku. Tak tahulah but I can never get enough of New York City. Itupun baru kawasan di situ aje, belum lagi tempat-tempat lain. Itupun aku yang dalam serba serbi keBanglaannya. Belum lagi aku macam orang lain yang tak ada cacat celanya. Yang aman damai hidupnya. Entahlah, but the thought of being in New York City pun dah buat aku rasa yang aku ni (walaupun tak macam orang lain, walaupun dalam serba kekurangan) tak lah kurang hebatnya jugak.
Tak sedar dah malam pun dah, aku terus ke Chinatown pasal nak naik bas pukul 8. Tunggu punya tunggu, bas tak ada jugak. AhSo yang jual ticket tu pun marah-marah pasal semua orang bengang kat dia, janji bas akan datang pukul 9, sampai pukul 10 pun tak ada. Nak naik bas yang lain, ticket dah beli so aku terpaksa tunggu jugaklah. Sejuk pulak memalam, angin kuat, kepala aku dah rasa pening. Lapar pun sama. Tak pernah lagi aku tak tidur sampai selama gitu.
Rupanya bas rosak, dan diaorang tak ada bas lain untuk bawak passengers ke Phila sebab semua bas dah bertolak ke Washington DC dengan Boston. Terpaksalah kitaorang tunggu sampai dekat pukul 2 pagi baru ada bas. Aku masa tu dah berpinar-pinar, rasa nak muntah, takut jer kalau aku tak sempat sampai ke apartment Mus.
Kat dalam bas, sebab bergoyang sangat (bas tu dibawak laju) aku semakin rasa nak pitam. Rasanya nak suruh jer driver tu drop me off kat mana-mana so that aku boleh ambik angin, fresh air. Sampai Philadelphia, aku terus ambil cab, suruh berhenti kat Dunkin Donuts yang tak jauh dari apartment Mus.
Cashier tu orang Indo, aku kenal dia gitu-gitu aje, kasi dia tips $2, dulu dia pernah kasi aku donuts free, kesian pulak dia kerja tengah-tengah malam gitu. Nasib baik masa aku talipun Mus, dia dah bangun untuk bersiap-siap pergi kerja, so aku taklah menyusahkan dia sangat. Lepas sembang-sembang kejap, dah makan ubat, Subuh etc, aku terus aje lah tidur. Aku demam.