Tak dapat aku nak bayangkan betapa siksanya aku yang akan terpaksa bekerja setiap hari selama hampir 3 minggu tanpa ada satu hari pun day off, kecuali setengah hari setiap friday sebab aku nak Sembahyang Jumaat. Bayou asyik dok gelakkan aku, dia kata lain kali lebih baik jangan hutang cuti macam masa aku ke NYC sama Philadelphia, akan siksa jiwa raga. Tapi nak buat macamana, terpaksalah aku lalui jugak. Tak apalah, aku pergi kerja nak pakai underwear ketat-ketat biar tak lanjut, tak labuh sangat telor aku sebab kena banyak berdiri.
Sherink sebenarnya ada offer aku kalau aku nak ambil cuti dia, kalau aku nak off sehari nanti, ambil cuti dia aje, tapi bayar sehari gaji kat dia. Aku buat-buat tak nak pasal aku rasa aku boleh kuatkan semangat aku untuk kerja setiap hari, lagipun kalau off sure aku kena keluarkan duit nak ke sana sini. Aku nak cuba tengok, selama 3 minggu aku kerja nanti, berapa sen aje yang aku belanjakan. Takat untuk beli chewing gum sama rokok aje kot. Aku macam dulu jugaklah, sebungkus rokok tahan seminggu, itupun sebab orang lain pun hisap rokok aku.
Weekend lepas memang sibuk, banyak pulak tour buses yang singgah kat Factory Outlet tuh, ramailah yang datang makan kat restoran tuh pasal fast service. Kalau nak beratur kat fast food yang lain, sure lambat dapat makanannya, itu pasal aku perasan yang kalau ramai orang kat food court tuh, kat tempat kitaorang ramai orang datang kerumun makan. Sekejap jer dah lengang, kitaorang tibai habis, masa tu dah tak pandang kiri kanan dah.
Dan biasanya masa tu jugaklah Pak Tua akan jadi tak keruan, dia jadi tamak, semuanya nak ditolong. Kononnya. Dahlah tak reti English, patutnya kadar lah diri tu tuh. Patutnya tolong angkat makanan aje, tolong itu ini yang patut aje. Ini tak, dia nak tolong serve jugak, aku tahulah, dia nak cedok semua orang, dia tak nak tengok queue panjang takut orang pergi tempat lain.
So, benda yang smooth jadi masalah besar. Bila ada hal tuh, dia diamkan ajelah, itu yang aku sama Bayou nak tergelak jer tuh. Lagi satu, masa tu jugaklah dia perhati betul-betul kerja kitaorang, masa tu lah dia nak marah ker, apa ker. Eleh, bangsa Cina tanah daratan yang bangsat tuh, mana dia fikir yang kitaorang ni ada perasaan. Sebab dia pun tak ada perasaan. Dan suaranya pulak, mintak ampunlah, bukan main kuat lagi, the whole food court tu boleh dengar.
Itu yang buat kitaorang malu tuh, sebab orang lain pandang semacam jer kat kitaorang, diaorang ingat kitaorang ni pun perangai tak senonoh macam Pak Tua jugak.Tapi insiden hari tuh betul-betul buat aku marah, buat aku betul-betul sakit hati.
Tengahari tu aku lapar sangat, pasal pagi tu aku tak makan apa pun. Breakfast yang diaorang sediakan, hanyalah tepung yang diuli, direbus dan dipotong kecil-kecil. Kemudian direbus lagi sekali, kuahnya air panas gitu aje. Mee soto gayanya.
So aku pergi beli kat kedai makan sebelahan, aku beli jacket potato, aku beli 3, incase Bayou sama Sherink nak. Aku simpan kat dapur aje lah makanan aku tu, pasal orang lain makan di dapur jugak hari tuh, biasanya aku makan kat depan tapi sebab sibuk dan ramai orang, jadi macam menyibuk aje kalau aku makan kat depan.
Aku suruh Bayou sama Sherink makan dulu pasal diaorang makan masakan SiRakus dan SiKecil yang ditugaskan menyediakan makanan untuk kitaorang. Bayou, dia makan daging/ayam (tak sembelih). Kebetulan hari tu diaorang masak sup daging kat periuk khas diaorang, periuk tu ditaruk atas meja sama dengan makanan orang lain. Entah macamana, SiRakus sendukkan daging dia tu kat dalam one of our pirings (yang ada jacket potato tuh), untuk Sherink.
Sherink pulak, memang bangang, dah berapa kali aku kata yang aku tak makan daging, dia buat tak tahu jer. Dan sebab aku yang belikan jacket potato tuh, dia pun macam mengalah aje lah, dia makan yang kecil sekali, kira macam nak kasi yang bagus/besar aje lah kat aku sebab aku yang belanja dia.
Masa aku makan tu, aku selamba ajelah, lepas bukak sikit kertas pembalut, sambil berjalan lagi, aku terus makan sebab jacket potato kalau dah sejuk memang tak sedap. Aku rasa lain jer, aku tengok macam ada daging ricih kat potato tuh. Aku tanya Bayou, aku tanya Sherink. Diaorang gelak aje, diaorang kata aku lahap aje makan.
"Eh, lu jangan makan, itu ada daging", kata Bayou. Sambil senyum-senyum kat Sherink.
"Benaran?", aku terus berhenti kunyah.
"Daging sih, gayanya gitu", kata Bayou lagi.
Aku bukak pembalut potato tuh, aku tengok ada daging, memang sahih ada daging, daging yang dipotong kecil-kecil.
Aku bengang betul jadinya, malu pun satu kat Bayou sama Sherink pasal selama ini aku bertahan dari makan daging, senang sangat kena tipu gitu. SiRakus sama SiKecil memanglah tak tahu apa-apa, diaorang pakai bantai aje, Pak Tua pun sama.
Aku terus ke dapur, aku tanya SiRakus, guna bahasa sign language. Dia angguk-angguk kepala jer. Lagilah aku bengangnya, entah dia faham apa aku tanya, atau tidak. Rupanya dia masukkan ricihan daging tu ke dalam bungkusan jacket potato tuh.
"Aku berhenti kerja ajalah Bayou", aku kata kat Bayou, sedih jer.
"Aku nggak salahkan lu sih, mereka ni memang udah keterlaluan", kata Bayou.
"Aku, kalo mereka bohongin aku lain, aku nggak apa-apa sih, aku boleh terima. Tapi kalo mereka bohongin pasal makanan gini, aku marah, aku nggak mahu", aku jawab balik.
"Udahlah, kamu tahanin aja, kita keluar barang (berhenti serentak) aja nanti bulan September, berapa bulan aja lagi. Masa lu nggak kasihanin aku sih", kata Bayou.
"Aku udah nggak mahu fikirin itu semualah Bayou, itu kamu punya masalah, aku udah nggak mahu fikirin lagi lah. Pokoknya aku udah nggak betah, aku mau kabur aja kalo nanti udah gajian", aku kata gitu.
"Tenang aja, nanti malam kita telepon SiTogak, nggak elok kabur gituan, nama kamu jelek nanti", Bayou nasihat aku.
Lepas pada tu aku dah macam rasa lain, apa yang di kepala aku masa tuh hanyalah plan macamana aku nak berhenti kerja, macamana aku nak blah gitu jer, macamana aku nak keluar dari rumah tu dengan barang aku. Berat surenya, laptop 2, beg dua. Masalahnya aku tak ada cuti, kalau aku ada cuti, senang ajelah, panggil teksi, blah. Ini, sure diaorang lain akan tahu yang aku nak berhenti, nanti ada pulak yang cuba nak halang.
Macamana pun, aku tak kisah sangat dah, aku cuba bayangkan apa akan jadi seterusnya pada aku. Apa yang aku nak buat seterusnya. Aku boleh bayangkan yang aku balik duduk sama Mus, mungkin aku cari kerja kilang, mungkin aku ke NYC jumpa Makcik Jenny balik. Aku fikir aku nak rileks dulu seseminggu dua, lepas tu kalau tak ada kerja kilang di Philadelphia, baru aku turun NYC semula.
Begini jadinya, kata aku dalam hati. Tak dapat aku nak pecahkan rekod paling lama aku kerja restoran, 5 bulan setengah tuh. Tak apalah, 4 bulan pun dah kira ok dah. Terus aku teringat apa yang aku tulis kat blog aku. Aku nak cuba tahankan biar lama sikit kerja di sini, kumpul duit. Paling tidaknya sampai nanti Bayou balik ke Indonesia, bulan 9.
Ke mana janji-janji aku yang nak kuatkan semangat? Ke mana janji-janji aku yang aku harus ada sekurang-kurangnya $10,000 by early September? Ke mana
janji-janji aku yang aku harus bertahan dulu di sini sementara tunggu that another Bangla kawan aku tuh, yang akan, InsyaAllah, datang Amerika bulan 9 nanti. Aku harus kumpul duit, sekurang-kurangnya untuk mencantikkan bank statement kawan aku tuh, biar senang dia nak apply visa nanti. Aku kena ada duit untuk buat persediaan dua ekor Bangla yang akan beronggeng nanti.
Ke mana janji-janji aku?
Tapi, bila aku kenangkan yang kalau aku keluar pun atas alasan makan daging tuh, aku rasa lega lah sikit. Aku ada reason yang kuat sebenarnya. Mungkin bagi Bayou, Sherink dan yang lain-lain, itu macam reason yang tak boleh pakai aje, tapi bagi aku, benda tu sensitif sangat.
Malam tu sebelum balik kerja, sempat aku sama Bayou talipun Richard (SiTogak) yang berada di Texas. Aku tak ceritakan semua apa yang buat aku tak suka kerja di situ, aku cuma kata yang aku nak berhenti pasal aku bengang diaorang tipu aku, diaorang main-main dengan aku. Benda lain aku tak cerita pun, tak nak lah aku mengadu-ngadu dengan dia pulak. That one reason alone dah good enough, fikir aku. Bayou sebenarnya suruh aku cerita semua apa yang kitaorang, aku, dia dan Sherink tak suka kat situ tuh pasal dia punya English is not as good.
Susah jugak nak kasi diaorang ni faham yang aku betul-betul particular pasal makanan, dah berapa kali aku cakap, buat tak tahu jer. Even Richard pun macam tak percaya yang aku boleh jadi bengang gitu. Kalau tak "suka" daging, jangan makan, buang aje, kata dia gitu tuh. Entah apa Richard cakap kat talipun dengan bapak dia, Pak Tua, lepas tu dia kata kat aku yang diaorang mintak maaf sebab tak tahu. Tak tahu? First day kerja aku dah beritahu.
Tapi dengan Pak Tua memanglah, lepas tu, riuh rendah lah kat dapur dia pot pet dengan SiRakus sama SiKecil. Bayou yang faham sikit Mandarin/Cantonese kata kat aku yang Pak Tua marah pasal kitaorang macam memilih sangat makanan. Kat tempat lain (restoran lain), makanan untuk pekerjanya lebih teruk. Well, hello, jacket potato tuh aku beli kat tempat lain lah. Aku diamkan ajelah, waktu tu aku dah cakap dengan Bayou yang aku tak nak fikir ke depan sangat dah.
Ok, aku tak akan berhenti sebab diaorang dah mintak maaf. Tapi, kalau ada apa-apa lagi sekali nanti yang buat aku marah, aku akan blah. Aku cakap kat Bayou yang aku akan "review" keadaannya setiap 2 minggu, pasal gaji kitaorang dibayar 2 minggu sekali. Kalau ada benda yang tak kenanya, aku akan tunggu sampai gaji, dan blah. Malas dah aku fikir ke depan sangat dah. Yang buat kitaorang bengangnya, Bayou yang dah 3 tahun kerja di situ pun masih lagi Pak Tua buat macam budak-budak. Sabar orangnya siBayou tuh, kalau aku , tak akan bertahan sampai selama itu tuh.
Pak Tua marah dengan Bayou sebenarnya pasal a few other things, tapi takat marah kat belakang aje lah. Pak Tua sama SiRakus dan SiKecil, kalau sembang, sure sembang pasal kitaorang, Cina dua ekor tu memang kaki jilat, no doubt about it.
"Aku mahu pulang Juni atau Juli ajalah kalo gini, nggak mahu tunggu sampe September", kata Bayou.