Sunday, September 23, 2012

Future's So Bright, I Gotta Wear Shades

08052005


Tadi, tengahari tadi, aku ada nampak a group of 4 Asians, yang aku agak, kalau tak Cambodians, surenya Filipinos. Aku tak rasa diaorang tu Indonesians mulanya pasal aku tengok gayanya macam lain sikit dari Indons, a little stylish and trendy sikit budak berempat tuh. Masa diaorang lalu depan restoran tuh, aku terperasan yang diaorang macam cakap either Malay atau Indon. Mungkin jugak bahasa Tagalog pasal ada a few Malay words yang sama dengan bahasa Tagalog (contoh: nangka, mahal, gulai, salamat). 

Then, masa restoran dah nak tutup, ada pulak 3 orang perempuan yang sebijik macam orang Melayu, cara pakai tudungnya. Dari restoran tu aku jeritlah, aku kata,"Belacan, belacan". Tapi diaorang tak dengar, atau mungkin diaorang tak faham. 

Then aku tengok budak muda 4 orang tu pergi kat table yang tempat makcik 3 orang tu duduk. Diaorang tak makan, duduk rehat-rehat ambil angin jer, lepas sakan shopping menyopping. Terus aku tunjuk kat Bayou, aku kata, "Mereka persis orang Malaysia (Melayu) sih". 

"Bener, aku yakin itu pasti orang Malaysia", kata Bayou. 

"Nggak mungkin sih, orang Singapore kali", aku kata. 

"Mahu taruhan nggak? Aku udah kenal cara pakaian orang Malaysia", kata Bayou. 

Sebab dah nak tutup pun restoran tuh dan tak ada apa dah nak buat kecuali tunggu waktu aje, aku buat isyarat tangan kat one of the guys masa diaorang dah nak keluar. Aku panggil dia. Macam panik jer budak tuh, in his early 20's kot, budak college gayanya. "Oghang maner?" aku tanya bila dia datang kat depan counter tempat aku berdiri. 

Lama baru dia jawab, "Malaysia". 

"Dok maner sini nih?", aku tanya lagi.

"Oghang Malaysia ker?", budak tu macam terperanjat jer.

"Ha ah", aku jawab pendek jer, aku senyum. "Buat aper sini nih?, aku tanya dia balik. 

"Dok Virginia, datang sini jalan-jalan. Ini semua oghang Malaysia ker?", dia tanya sambil tunjuk Bayou, tunjuk Sherink. 

"Taklah, dia oghang Indo, yang ini oghang Tibet tapi dari India", aku jawab sambil tunjuk Bayou sama Sherink. 

"Betul ker oghang Malaysia ni? Macam tak percaya jer, dari Indo ker?", dia tanya aku balik. 

"Betul, dari KL. Kat Malaysia kat maner?", aku tanya dia.

"Subang Jaya", jawab that guy. 

Tapi itulah, Pak Tua tak boleh langung tengok aku senang, terus disuruh aku kemas-kemas kan barang-barang di dapur. Tak sempatlah aku nak sembang banyak dengan budak tu. 

-------------------------------------------------------

11052005


Hari nih aku off. Tak ada apalah sangat yang aku buat harini nih, aku keluar pun dah pukul 12 tadi. Itupun sebab lapar. Aku naik teksi pergi mall, panas betul harini, aku pakai jacket pulak tuh. Sampai aje terus aku pergi RadioShack, pergi bayar phone bill. Aku bayar untuk 2 bulan sekali, senanglah tak payah susah-susah nanti kalau lambat bayar. Mus saja tak nak bayar kot bill pasal bulan depan dia dah nak blah, might as well matikan servis talipun sekarang. Aku tak dapat contact Mus sebab telephone kitaorang, dua-dua atas nama Mus, so dia punya service pun dipotong jugak sementara. 


Lepas tu aku ke Arby's, makan fish burger sama fries. Lepas tu terus aku tengok wayang, cerita The Interpreter (Nicole Kidman sama Sean Penn). Mulanya nak tengok Crash (Sandra Bullock, Matt Dillon) tapi filem tu main lambat sikit, buang masa jer nak tunggu. Ada 5 orang jer termasuk aku yang kat panggung filem tadi tuh, masa beratur nak beli ticket punyalah ramai orang. Diaorang buat booking tickets filem Star Wars yang main 19 haribulan nanti. Tak main lah aku filem-filem Star Wars nih, seumur hidup aku tak pernah pun tengok filem-filem gini. Even masa aku kecil-kecil dulu. Ini dah tua-tua gini lagilah aku tak nak tengok. 



Ok jugaklah The Interpreter tuh, walaupun ada jugak aku terlelap dalam lima minit gitu, ngantuk dan memang seronok tidur dalam panggung. Lama-lama jadi seronok pulak cerita tuh pasal locations filem tu dibuat di NYC, ada aku ternampak papan tanda Jackson Heights, tempat-tempat yang so very familiar dengan aku. Masa tunjuk bangunan United Nations dari atas, aku rasa aku boleh agak kat mana exact location bangunan tempat Consulate Of Malaysia.



Lepas tengok wayang, aku terus masuk Sears, kejap jer aku capai t-shirt Polo satu ($49, tapi perbuatan Peru, lantaklah), jeans satu ($59). Memang niat aku nak beli pakaian pun, dah lama tak beli seluar baju yang ada rega sikit. Takat t-shirts Fruits Of The Looms yang $5 tiga helai tu memang selalulah aku beli. 



Lepas tu aku masuk kedai jual sunglasses, Sunglasses Hut, aku sembatlah Coyote punya brand, $79. Tah apa pasal aku beli yang itu walaupun banyak yang lawa-lawa, yang murah-murah. Mungkin sebab yang itu mula aku tengok dan terus berkenan kot? Aku ni, kalau shopping tu gitulah, selalu beli benda yang mula-mula aku tengok, jenis orang tak sabar. Atau memang jenis orang yang tak suka buang masa nak pusing sana-sini dulu baru beli. Tak sabar dengan tak suka buang masa tu lebih kurang sama jer makna dia kan? 



Masa aku cuba pakai sunglasses tu tuh, aku rasa sedih jugak bila tengok kat mirror tu tuh. Iyalah, cerminnya besar. Sedih bila aku tengok that sad tired-looking man in the mirror. What has America done to him? Tak apalah, he has that sunglasses to hide behind. 



Aku pun tak tahu apa pasal aku menggatal-gatal nak beli sunglasses. Lebih mahal dari jeans pulak tu harganya. Kalau duit tu aku beli underwear, sure penuh satu bag. Itulah aku nih, yang $5 ada, tak nak beli. Nak beli yang mahal kononnya. Pakai pun bukan selalu sangat nanti tu, kan ker off sehari seminggu jer? Entah-entah tak sempat pakai dah patah, aku tahu sangatlah aku nih, tak reti jaga barang. Tak tahulah, mungkin sebab aku tengok semua orang sekarang ni pakai sunglasses pasal sekarang dah panas dah, aku pun nak lah ada jugak sunglasses. 



Kalau beli yang mahal, aku ada rasa konfiden sikit, kalau pakai sunglasses murah, sure aku akan rasa macam muka tak sudah jer, pasal sunglasses murah. Kalau sunglasses mahal, aku rasa muka aku yang tak lawa boleh jadi lawa. At least to me. 



Pagi tadi aku baca TheStar Online, aku baca satu article pasal foreign workers yang kerja jadu kuli buruh kasar kat Malaysia. Banyaklah gambar-gambar Bangla, Nepalese, Filipinos. yang aku perasannya, aku tengok, ramai yang semua sunglasses taruk kat kepala. Aku pun nak buat gitu jugaklah agaknya. Sunglasses taruk kat kepala, ataupun pakai cap, taruk kat cap, macam sesetengah orang tuh, yang aku rasa, malu nak pakai sunglasses. Barulah kelas aku nantikan, barulah betul-betul gaya Bangla, sunglasses taruk kat kepala. 


Sebenarnya gini, selain dari shopping untuk melepaskan tension kat tempat kerja, dengan keadaan aku yang masih serba salah samada nak berhenti secepat mungkin atau tunggu sampai Bayou balik ke Indonesia nanti, aku ada reason lain jugak sebenarnya.

[Note: Entry edited, ada kawan/pembaca blog nak kebetulan akan berada di Washington DC, nak sangat jumpa aku. Aku setuju nak pergi jumpa dia, bini orang, anak dah ada 2 pun]



Lepas shopping tu aku lepak kat luar mall tu ajelah, saja ambik angin sambil duduk-dukuk kat bangku. Aku rasa macam lain jer, macam happy, konfident jer. Tah apa pasal aku pun tak tahu. Ramai jugak orang yang lepak-lepak sambil makan minum kat luar. For the first time aku rasa macam fikiran aku lapang gitu, aku rasa macam aku dah capai sesuatu, cuma aku fikir, apa yang aku dah capai? 



Entahlah, aku rasa seronok aje sebab aku rasa, walaupun aku dalam keadaan yang serba kekurangan, sebenarnya aku taklah teruk sangat. Aku boleh menghappykan diri aku, aku boleh jadi macam orang lain jugak, lepak-lepak macam tak ada apa nak fikir. Memang aku tak ada fikir apa pun, aku selamba, tenang aje lepak-lepak kat situ sama orang lain. Yang aku fikir masa tu sikit jer. Aku fikir, kelas sebenarnya aku ni nih boleh lepak sesama Mat Salleh. Lawa lagi pulak tuh sebab pakai sunglasses mahal        



Bila dah bosan melepak, barulah aku talipun teksi, masa tu cellphone aku dah boleh guna balik dah. Driver teksi tu tipu aku agaknya, aku belum pernah tengok driver tu tuh. Biasanya, kalau 2 orang yang naik teksi tuh, tambangnya share, tapi kali ini dia tetap mintak aku full fares, $10. Aku jeling ajelah dia, aku tahu dia ingat aku tak perasan, macamana pun aku kasilah juga tips, $2. 



Keluarga Pak Tua ada datang dari New York, so bisinglah bunyi suara budak-budak, walaupun diaorang di ruang tamu diaorang. Aku lepak kat spot aku itu ajelah, kat garage yang dijadikan hall untuk kitaorang tu tuh. Tengah sedap-sedap surfing, tak ada connection pulak, signal hilang. "A network cable is unplugged", keluar message kat laptop aku. Aku boleh agak dah, sure budak-budak tu yang cabut cable router yang kat bilik komputer Richard tu tuh. 



So tak dapatlah aku nak update blog etc, ada dekat 3 jam aku lepak gitu-gitu aje sambil dengar lagu, sambil tunggu Bayou balik kerja. By the time aku dapat online semula, aku dah ngantuk teramat.