Sunday, September 23, 2012

Emangnya Gue Pikirin?


22052005

Seseminggu dua ni sejak Sherink berhenti kerja, macam-macamlah keadaannya kat tempat kerja. Mulanya aku sama Bayou bengang jugak pasal kitaorang berdua aje yang terpaksa handle restoran tuh. Masih tak dapat orang baru, sebab aku selalu terdengar Pak Tua menalipun MakCik Jenny. Pak Tua bukan mainlah "baik"nya dengan aku, dia tak banyak sangat perhati kitaorang kerja, dia macam biarkan aje aku sama Bayou.

Bayou ada cakap yang mungkin Pak Tua kena marah dengan Richard sebab Sherink berhenti. Itu hari masa Richard ada, dia selalu tanya aku sama Bayou, apa pasal Sherink selalu muka masam aje. Kitaorang apa lagi, api-api kan lah. "Don't keep any secrets", kata Richard. Lagilah aku sama Bayou senyum-senyum. Saja jer nak kasi Richard tu penasaran.  

So dalam seminggu tuh, selalulah bertukar-tukar jaga kedai tu antara Pak Tua, Richard (yang baru balik dari Texas) dan bini Richard yang terpaksa turun dari NYC. Seronok jugak kerja dengan bini Richard, baik orangnya, jenis macam tak kisah aje. Mulanya aku macam segan jer nak layan dia, tapi bila dah termula bercakap dengan aku, asyik sembang ajelah kerjanya. Kebetulan masa weekdays tak berapa sibuk. Pak Tua tak ada pulak tu, ke NYC. Bini Richard nih all-American Asian, itu yang buat seronok bersembang dengan dia tuh, tmbah-tambah bila dia ada minat yang sama dengan aku. Kat Malaysia dulu aku suka tengok theatre shows, yang English punya. Yang geng-geng Ida Nerina, Zahim Albakri, Jit Murad, Jo Kukathas, Hans Isaac etc. Kecur air liur aku bila dia kata dia selalu tengok Broadway shows, MammaMia! sama The Phantom Of The Opera dah berkali-kali dia pergi tengok. Aku terus berangan-angan nak tengok both shows kalau ada kesempatan. "Tickets are very expensive, are you sure?", dia tanya aku bila aku kata yang one day aku nak pergi tengok. Amboi, ingat orang macam aku nih tak boleh dan tak layak ker tengok Broadway shows?

Tak lama aku sembang dengan bini Richard tuh, aku boleh tahu yang dia ni macam one desperate housewife jer, she longs for her husband to be with her. Dan dia tak puas hati dengan Pak Tua, dengan Mak Tua. Dia kena marah aje kerjanya, kata dia. Biasalah kan, mana ada orang yang suka in-laws. Dia kata Pak Tua sama bini dia cerewet sangat kalau pasal jaga anak diaorang yang masih kecil tuh. Ada jer lah pantang larangnya. Aku katalah yang kitaorang selalu jugak tengok Pak Tua selalu bergayut kat talipun sebab bini dia selalu mengadu pasal bini Richard. Bini Richard duduk sama bini Pak Tua di NYC dan Richard cuma dia jumpa dia dalam 3 bulan sekali aje. Aku pun biasalah kan, macam bagus jer, adalah kasi aku punya pendapat, 


Last weekend aje semua ada di restoran, Richard sama bini dia, adik dia Hector, Pak Tua. Bini dia pun sama. Punyalah bengang kitaorang pasal dah lah
kawasan kerjanya sempit, diaorang asyik dok cerita pasal kitaorang. Sikit-sikit terkeluar nama Bayou, kejap-kejap terkeluar nama aku, dari mulut diaorang.

Aku memang dah plan dengan Bayou nak suruh dia beritahu diaorang yang aku akan berhenti sama Bayou nanti, akhir July, InsyaAllah. Itupun kalau aku boleh survive sampai masa tu. Kalau ada hal lain yang buat aku terpaksa blah dulu, itu lain cerita. Bayou kata yang sebelum dia blah nanti, akan diceritakan 
semuanya apa yang dia tak suka, biar Pak Tua sama Richard tahu sikit bagaimana keadaan sebenarnya di situ. Memanglah diaorang tengok kitaorang ni macam happy sesangat kerja di situ, gelak memanjang.

Diaorang kata aku sama Bayou memang akrab. Memang akrab pun, nanti akhir July, bila Bayou berhenti, aku pun akan berhenti jugak, Bayou nak ikut aku ke Philadelphia nak lepak sama aku for a few days sebelum dia berangkat balik ke Indo. Aku don't mind kalau bab-bab gitu tuh, cadangnya nak rileks seseminggu dua sebelum aku buat keputusan nak ke mana pulak selepas itu. 

Pak Tua dan kroninya tak tahu yang plan kitaorang gitu, sebenarnya aku ajelah harapan diaorang untuk terus kerja di situ. Bini Richard yang kata gitu, diaorang assume aku akan kerja di situ for a few more years, diaorang ingat aku tengah pulun nak kumpul duit so that kalau aku balik Malaysia nanti, aku boleh goyang kaki, main telor aje.

Diaorang tak tahu yang kedua-dua orang harapan diaorang akan blah begitu aje nanti, come what may.

"Emangnya gue pikirin", aku kata kat Bayou bila dia tanya aku, what if diaorang counter-offer, diaorang pujuk aku suruh kerja, even kalau aku kata aku nak berhenti sebab aku terpaksa balik ke Philadelphia sama Bayou nanti? What if diaorang kasi aku seminggu cuti ker macam tu, then suruh aku datang balik kerja?

"Aku kerja ini pun kerna temanin kamu aja sampe akhir Juli, kalo nggak, udah lama aku kabur. Kamu kira aku senang kerja di sini?, aku jawab gitu kat Bayou.

"Gimana kalo mereka nggak benarin kamu berhenti? Pak Tua kan udah baik amat sama kamu, aku perhatiin", Bayou tanya aku.

"Baik? Itu lakonan semata. Baru sekarang sih dia kelihatannya baik amat. Pasti kerna susah mahu cari anak baru (pekerja baru), kerna itu dia kelihatannya baik. Coba nanti kalo udah punya anak baru, waktu sibuk umpamanya? Eleh, aku udah tahu Pak Tua, serakahnya keterlaluan, yang bikin aku kesal, dia seolah-olah nggak percaya sama kita. Itu bikin aku kesal banget", Bayou faham maksud aku sebab dia pun selalu jugak cakap gitu.

SiKecil sekarang pun aku tengok dah macam ok aje, tak adalah nak marah-marah aku tak tentu hal kalau kat restoran tuh. Aku suspect dia kena marah dengan Richard atau Pak Tua sebab selalu kacau aku. Sebab aku ada termengadu pasal dia kat bini Richard ituhari. Oooppsss.Walaupun dia lagaknya macam tokey lagi, macam sedara Pak Tua kononnya. Kat rumah pun, sebab aku tak ada urusan apa-apa pun dengan dia, tak ada peluang langsunglah dia nak tunjuk lagak, aku buat tak tahu jer. Aku masuk bilik pun cuma untuk tidur, masuk lagi waktu nak tidur besoknya. 

So, kerja dah elok, tempat tinggal pun dah ok, semuanya pun dah macam ok, apa ke jadahnya aku nak berhenti kan? Entahlah aku nih, memang gitu kot, cepat bosan. Macam yang aku cakap kat Atenah tuh, susah aku bosan, senang lagilah aku bosan. Bukan aku takbur, tak lah. Memang aku jenis gini, sejak dulu lagi. Nak buat macamana kan? Itu yang aku rasa aku kena ada orang yang patut "tendang aku dari belakang" (kick me from behind) tuh, kalau ada nanti, barulah aku kena ubah cara fikir aku nih, jangan nak ikut sedap jer buat sesuatu tuh. Tak apalah, sementara aku masih sorang-sorang nih, aku buat something ikut cara aku dulu lah. Nanti kalau aku dah buat keputusan untuk ada side-kick, aku kenalah ubah sikit cara aku, tak nak lah kena tendang memanjang aje nanti kan? 

Dan semenjak dua menjak ini pun, aku macam rasa dah ada kelainan sikit dengan diri aku. Dulu aku rasa macam tak tenang jer, rasa ada jer benda yang tak kenanya. Puas aku pikir macamana nak bagi hidup aku kat sini exciting sikit. Sikit jer, tak banyak. Manalah ada istilah "exciting" dalam hidup seorang Bangla kan? Since aku bukan pure punya Bangla, aku hanya Bangla jadian, aku rasa aku boleh mengexcitingkan hidup aku. Macamana tuh? Hidup di sini tak ada apa yang menariknya, dah lah gitu, mundane jer life aku. 

So aku kenalah fikir macamana nak buat biar hidup aku ni, or at least apa yang aku buat di hari mendatang, menarik sikit. Lemah otak aku kalau tak ada benda yang kena fikir. 

Sejak last week, aku dah janji yang kalau pagi-pagi, sebab aku bangun awal, aku nak pergi jogging lah barang sesetengah jam, saja nak lapangkan fikiran, nak tengok keadaan luar sikit. 

Then, aku dah "cuba repair" Sembahyang aku, adalah benda yang tak kenanya kan, itu pasal pikiran rasa macam tak tenang jer. Jawapannya memang ada kat situ, kat bab-bab Sembahyang nih. 

Aku pun dah tak nak excited sangatlah pasal internet atau blog nih, kalau aku balik kerja aku tak nak terus terkam laptop. Paling teruk pun, aku akan on kan dulu laptop, then buat apa-apa hal yang patut. Lepas tu barulah surf. Taknaklah buat macam dulu, balik rumah aje terus terkam laptop, kalau ada sesiapa yang tanya apa-apa, macam tak nak jawab jer. Rasa nak bagi pelempang jer kalau orang sibuk tanya benda-benda remeh. Diaorang ni tak tahu the meaning of quality time agaknya.