Friday, October 12, 2012

17052008


Biasanya lepas balik kerja, kalau Sabtu dan Ahad, aku berhenti singgah either kat Times Square atau Rockerfeller Center. Tapi tadi, aku tak berhenti mana-mana pun sebab aku nak jalan-jalan kat neighborhood aku aje. Iyalah, I've been neglecting kawasan nih kan semenjak dua menjak nih, asyik merayap kat Manhattan aje kerjanya.
Kebetulan pulak aku tersalah naik train, dan dah malu nak turun balik, aku berhenti di 9th Avenue, dalam 15 blocks ke rumah aku jauhnya. Boleh tahanlah, lenguh gak telor tadi tuh jalan kaki.
Mula tuh lalu kat kawasan banyak Jews nih, takut gak rasanya, especially lepas insiden yang baru lepas tuh.


Then singgah sekejap kat Restoran Redang Island, restoran Malaysia yang tempat aku selalu makan tuh. Order sambal petai udang, since udangnya ditaruk 4 ekor aje dan petainya sampai satu packet, aku jalan kat area tuh nak cari shrimp ball, nak campurkan sekali dalam sambal tumis tuh, boleh tahan lama sikit.




[Ini gambar Chinatown di kawasan dekat rumah aku tuh, tak adalah dekat sangat, dalam 10 minit jalan kaki gitu. Biasalah kan, Chinatown memang sama aje kat mana-mana, kotor dan tak teratur] 



Tapi, dah terbeli barang tuh, terbanyaklah pulak belinya. Laici tin, longan, nangka [nasib baik tak beli tepung tadi tuh, aku dah berangan-angan nak buat cekodok nangka], macam-macamlah barang Asia. 



Ini gambar masjid tempat aku selalu Sembahyang Jumaat, masjid Turki, walaupun letaknya kat kawasan orang Cina.