Aku memang decide tak nak ke mana-mana hari nih, sebab nak keluar terus aje masa Sembahyang Jumaat. Rasa macam lama dah tak melepak di rumah, hampir setiap hari aku keluar, kan? Lama dah tak bergolek-golekan atas tilam sesambil online. Memang pagi pun aku bangun tadi, lepas Subuh aku tak tidur dah. Tu dia, bersemangat konon. Cadang nak pergi jogging, nak buat laundry, nak bayar bill cellphone, benda-benda gitu lah. Tapi, satu apa pun tak jadi, aku sambung tidur, bangun semula dalam 10-30 gitu. Pasal aku nih kuat tidur sekarang nih? Lepas tidur, tidur.
Boring online, aku pasang lagu-lagu kat playlist aku. Aku dengar sebijik-sebijik lagu tuh. Almost every single song tuh mengingatkan aku pada member-member aku, pada event-event, pada masa-masa tertentu. Contohnya, masa aku dengar lagu Chasing Car (Snow Patrol), aku teringat masa kerja kat laundry Mr Yong kat Philadelpia dulu tuh, dalam setahun setengah yang lepas. Masa tuh aku baik dengan this one kawan, selalu kitaorang berYM-YMan. Masa dengar lagu Time To say Goodbye, aku teringat kisah masa selalu lagu tuh bermain-main di laptop aku, dalam bulan-bulan 9, bulan 10 tahun lepas. Pun aku teringat kat satu member nih yang selalu bersembang dengan aku masa tuh.
Kadang tuh aku mainkan lagu-lagu tuh dua tiga kali, sebab aku nak sambung mengenangkan kisah-kisah masa lalu, kisah all the people yang came into my life masa tuh. Where are they now? Mengapa kita tak macam dulu lagi? I guess, semua orang busy with their own life, mungkin masa tuh masing-masing tak ada commitment sangat, itu yang selalu jumpa online tuh.
Anyway, semua tuh buat aku rasa macam happy aje, syok mengimbau kisah-kisah lama nih, especally kalau ada macam theme song gitu. Bila pasang satu lagu, teringat kat sipolan, bila pasang lagu lain, teringat kat sipolanah.
Sesambil tuh aku layanlah jugak YM orang yang message aku, bertanya khabar gitu. Small things like that buat aku rasa happy aje pagi nih.
Pukul 12 baru aku keluar, pergi bank sekejap, masukkan another 500. Then aku naik subway, sambil fikir, ke mana aku nak turun? Last-last aku turun 42nd Stret/Time Square. Harini cuaca panas, ramai orang keluar, muka happy-happy semuanya. Lagipun hari ni startsnya Memorial Day Weekend. Isnin nanti diaorang cuti. Aku nak jugak tumpang happy orang sebab aku akan kerja dari pukul 10 sampai 6 petang, Sabtu, Ahad dan Isnin nanti.
Memanglah Friday hari yang aku menyampah sekali sebab tanda nya weekend dah sampai. Weekendlah aku tak suka, sebab kena kerja the whole day. So, aku nak cuba hibur-hiburkan hati aku, itu yang aku pergi merayap sekejap kat Times square tuh. Lagipun, aku nak check, manalah tahu ada apa-apa event kat situ yang aku tak tahu, takut nanti terlepas gitu aje kan? Tak ada apa sangat pun kat sana, so aku menapak ke kawasan Radio City/ Rockerfeller Center. Pun tak ada apa sangat, aku blah aje lah naik train ke Forest Hills.
Terasa lapar sesangat pulak so aku berhenti kat Jackson Heights, aku nak makan nasi beriyani kat kedai Pakistan tuh. Best, aku makan pakai tangan jer, aku tak peduli orang pun. Aku notice, kalau aku makan guna tangan, aku akan makan lebih banyak, compared to kalau aku makan guna sudu. Apa pasal hah?
Since makan kat situ, aku pun terikut-ikutlah cara orang Paki/India makan, lepas makan nasi biasanya diaorang minum teh panas. So aku order teh. The moment aku nak ke meja aku semula, ada orang tegur aku.
"Joe?", kata satu mamat nih.
Terkejut beruk aku dibuatnya, aku tenung muka dia lama-lama. Rupa macam orang Tibet/Nepal, tapi aku lupa kat mana aku pernah tengok mamat tuh.
"You, Malaysia?", dia tanya aku lagi, sambil senyum-senyum.
"Yes", aku jawab ringkas aje, kat mana aku pernah tengok mamat nih?
"Your name is Joe, right?", dia tanya aku lagi.
"Yes.... but who are you?", aku give up nak mengingatkan siapa mamat tuh.
"You don't know me? Fuck you man...we worked together last time", mamat tuh kata gitu.
"In Pittsburgh?.......", aku ingat yang masa kerja di Pittsburgh dulu ada this one budak Tibet, tapi lain sangat rupa dia. Dah lama tuh, baru lah mamat tuh beritahu aku yang dia dulu kerja sama aku di Hagerstown, Maryland, kat restoran Pak Tua.
"Sherink? Fuck you! You look different, man! You look old", aku kata gitu sambil tumbuk bahu dia. Betul, Sherink rupanya, budak Tibet (yang masa kerja dulu tuh, dia baru jugak sampai dari India, keluarga dia di Bangalore). Terus aku teringat balik kisah-kisah masa aku sama-sama kerja dengan dia dulu tuh, ada dalam 3 bulan kot, sebelum dia berhenti, sebab tak tahan dengan SiKecil dan Sirakus, memang orang Cina sama orang tibet selalu gaduh. Nak tergelak jugak bila ingatkan semua tuh. Ingat dak yang Sherink tuh dulu tak reti guna washing machine, puas aku mengajarnya, dia ingatkan nak basuh pakaian kat washing machine, kena basahkan pakaian tuh dulu sebab dia tak tahu yang kat dalam washing machine, akan ada keluar air. Then kisah dia tak pernah makan ikan, seumur hidup dia.
Tak lah lama aku sembang dengan dia sebab aku nak pergi Sembahyang Jumaat, dia ikut aku ke masjid sebab nak sambung bersembang. Sekarang dia dah jadi legal sebab dia punya permohonan asylum dah diterima, December nanti bini sama anak-anak dia akan datang Amerika, dia nak settle down kat sini.