Friday, October 12, 2012

21052008


Pagi tadi hujan lebat jugak, tapi tak lah selebat semalam. Aku keluar dalam pukul 11 gitu, aku cadang nak ke Elmhurst Avenue, nak cari satu restoran Indo yang letaknya kat situ. Tuan rumah aku kata, kat Elmurst tu lah tempat ramai orang Indo tinggal, memang aku tak pernah ke sana pun walaupun aku lalu kawasan tuh setiap hari. 

Just one station selepas Jackson Heights, cuma arah ke lain sikit. So aku turun kat Jackson Heights lah, jalan-jalan sekitar Little South America tuh. Makin bersemangat jadinya aku untuk cepat-cepat belajar Spanish sebab macam seronok pulak rasanya kalau aku dapat fasih bahasa Spanish nih, dapatlah aku selalu lepak kat Jackson Heights tuh nanti as a Spanish speaking guy kan? 

Dalam sesejam kemudian aku terus jalan ke arah Woodside, terjumpa lah Masjid Jackson Heights yang rupanya dah beberapa tahun pindah ke situ dari tapak asal kat kawasan Little India on 74th Street. Hampir tersesat aku dibuatnya asyik jalan aje ikut kaki, so sebelum tersesat barat, aku terus naik subway ke arah Forest Hills. Sesat pulak dibuatnya bila aku tak tahu nak naik subway nombor berapa. Terpaksa berpatah balik ke Times Square, dari situ baru naik F train ke Queens. 

Since aku ada banyak masa, aku singgahlah kat Elmhurst tuh, dan the moment aku keluar dari station, hujan pun turun. Aku redah aje lah, dari jauh aku ternampak Penang Restaurant (cawangan Queens), bersebelahan dengan banyak restoran Asia yang lain. Lama aku cari akhirnya jumpalah jugak MinangAsli, restoran Indo tuh. Kecik aje restorannya, ada 4 meja aje. Aku makan lontong sayur. 

On the way balik ke station, ternampak lagi satu restoran Malaysia, Coco namanya. Best pulak sebab sekarang aku dah banyak pilihan tempat untuk makan. Kopaklah aku nanti asyik makan kat luar aje nih. Bila lah agaknya aku nak berkecimpung di bidang memasak kat rumah nih? Dari sehari ke sehari aku plan nak masak aje, tapi itulah, tak pernah kesampaian. 

Aku tak berapa selesa sebenarnya nak memasak kat rumah sebab dapur tuh bersebelahan dengan bilik tuan rumah, dan dia nih selalu memasak, malulah aku kalau dia tertengok aku masak. Iyalah, aku bukannya pandai sangat pun. Lagi satu, bill gas sure akan naik kalau aku start masak, aku rasa tuan rumah aku lebih suka kalau aku tak masak kot? Fridge pun satu hal, tak ada space aku nak taruk barang aku kat dalam tuh, penuh dengan orang lain punya barang. Memang banyaklah sebab-sebab yang menyebabkan aku lebih suka makan kat luar aje.

Ada dalam 2 jam aku kat library sementara nak tunggu masuk kerja, too bad aku tak bawak laptop. So melepak baca apa-apa yang patut aje lah. Termengantuk aku jadinya so aku mula lah cari cubicle untuk cuba lelapkan mata. Then aku ambik satu buku nih, nak pura-pura buat macam baca buku lah kononnya. Aku ambik buku Phoolan Devi, The Bandit Queen Of India. Terus hilang mengantuk aku baca buku tuh, nampak gayanya aku kena pergi library tu lah setiap hari, nak kasi cepat-cepat habiskan baca buku tebal pasal kisah Phoolan Devi tuh. 

Hari nih ada 3 kali aku bengang kat Hal, pasal cerewet dia tu lah. Tiga-tiga kali dia perasan aku bengang sebab biasanya kalau aku terbengang, termarah, aku akan buat senyap, ala-ala moncong gitu. Lantaklah, biar dia sedar sikit yang dia tuh cocky sangat. Apa yang aku perasan, dengan David pun dia selalu jugak ala-ala bertekak gitu, tapi dia mengalah biasanya. Cuma dengan aku, aku tak dapatlah nak mengalah, aku kena ikut ajelah kata dia. Yang aku dapat buat, hanyalah memoncongkan muka. Itu aje.