Saturday, October 20, 2012

Isnin02032009


Aku tidur lewat jugak malam tadi pasal nak tengok snow yang paling lebat dan tebal untuk musim ini. Siap aku pasang webcam lagi tapi tak lama tuh tenggelam webcam aku dek salji, aku taruk cam tuh kat tepi tingkap. Dalam pukul 3 baru aku tidur rasanya sebab aku jadi malas lah pulak nak keluar ke mana-mana esoknya (hari nih), might as well aku tidur lewat.

[Ini gambar-gambar sekitaran rumah sewa aku yang aku ambik ambik lepas bangun tidur tadi]



Aku brunch kat Cafe Spanish, makan omelette, aku kalau masa snow lebat, kalau sejuk-sejuk, aku selalu ke cafe tuh. Best makan home fries/omelette masa sejuk-sejuk tuh, berasap jer mulut. Aku ada lah dalam 3 jam sebelum pergi kerja so aku naik F train (instead of N train, yang express tuh). Train tuh ada masalah pulak, so tukar naik G train kat Smith Street.

[Ini gambar masa kat train station (subway). Nampak macam jauh aje Manhattan tapi dalam 10 minit dah sampai dah ke kawasan bangunan tinggi-tinggi yang kat background tuh]




Sebelum ke internet cafe, aku jalan-jalan ambik gambar snow kat Secret Garden aku kat Forest Hills tuh. Then spent about an hour kat internet cafe. Aku dapat this one email dari satu orang nih yang dulu ada advertised kerja kat internet. Kerja sebagai caregiver, jaga orang tua, yang kaya, yang duduk at Central Park West. Kerjanya 8 jam sehari, 5 days a week, tapi gajinya best. 

So ituhari aku ada hantar email, itu yang anak dia balas tuh, tanya lebih details pasal aku. Aku macam serba salah aje, nak teruskan "berbincang" atau nak stop kat sini aje. Menarik offer tuh, gaji bagus, kerja 5 hari seminggu, kat Central Park West pulak tuh, berjiran dengan Madonna, Yoko Ono, Bette Midler, just to name a few. Memang dulu aku selalu berangan nak kerja kat apartment orang kaya, kat Central Park area, kan?

Masalahnya, aku macam tertakut aje dah nak buat benda lain selain dari apa yang aku buat sekarang nih. Kerja jaga King Mongkut tuh dah setahun aku buat, diaorang pun dah percaya aku, aku pun dah macam serasi. Nanti, dibuatnya kerja jaga PakCik kaya tuh tak serasi dengan aku, ha, mampos aku kan? Buatnya PakCik tuh menghambasahayakan aku, ha, mampos aku kan? Buatnya PakCik tuh mati (dia dah tua), ha, mampos jugak aku kan?

Lagipun macamana aku nak beritahu King Mongkut dan David? Itu yang buat aku asyik fikir aje harinih, baik buruknya, samada nak teruskan kerja jaga King Mongkut atau ambik aje kerja lain yang lebih bagus. Aku fikir jugak, aku even proposed kat PakCik tuh, waktu kerja etc, so that aku tetap akan bekerja jaga King Mongkut, dan jaga PakCik tua tuh di sebelah pagi. Kalau dia setuju, itu baik sangat dah tuh. Ataupun aku kerja jaga King Mongkut weekends aje (apa lah alasan aku nak kasi kat diaorang nanti nih?) dan jaga PakCik tua tuh weekdays. Aku rasa itu yang paling bagus sekali.

Tapi, aku ada kelas Spanish kan, dua kali seminggu? Argggh, persetankanlah kelas Spanish tuh, offer kerja tu lagi best. Tak pun aku ambik kelas petang, Instituto Cervantes tuh ada kelas petang, dari pukul 6 sampai 9 malam (kalaulah aku decide nak kerja weekends aje kat apartment David).

So, aku balaslah email PakCik tuh, aku ceritakan situasi aku, mintak-mintak dia tak ingat aku nih tamak, nak kerja sampai dua tempat. Aku bukannya tamak sangat cuma aku kesian lah kat King Mongkut tuh, dah setahun aku jaga dia kan? Tengoklah macamana nanti, I'll keep you guys posted. Aku nih, dalam mengutuk-ngutuk King Mongkut tuh, aku sebenarnya macam dah takut nak berhijrah cari kerja lain. Dah setahun aku kerja, aku macam tenang aje kan? Kalau ada pun aku meroyan, itu biasalah kan, bukanlah aku namanya kalau tak meroyan, kan? Hidup aku kena sentiasa ada drama kan? Ekekekeke.On second thought, aku rasa aku nih dah kena Stockholm Syndrome. Itu aku tak nafikan tuh.

[Eh, taruk gambar yang aku ambik tadi, di sekitaran apartment diaorang]














David off rupanya harinih, dia malas pergi kerja sebab snow lebat, lagipun semalam diaorang balik lewat dari dinner sempena birthday mak David tuh.

Tak habis-habis kitaorang sembang pasal ekonomi US yang semakin teruk nih, bengang jer David bila aku kata yang Dow Jones akan turun sampai kosong. Last week aku dah kata yang Dow Jones akan turun bawah dari 7000 points tapi masa tuh diaorang gelakkan aku. Harinih turun dekat 300 points.

"Looks like it's going to 5000 level", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

"Don't laugh, Joe. Don't laugh", kata David. Aku katalah yang bagus jugak share turun sebab boleh diaorang beli masa harga rendah sebab lambat laun harga akan naik balik semula. Aku perasan yang aku suka kalau Dow Jones ker, NASDAQ ker, S&P ker, turun, especially kalau berdentum turunnya. Aku tak suka kalau Dow Jones rally. Walaupun aku tak ada main shares tapi aku suka kalau stock markets turun. Entah, mungkin sebab aku jeles kot? Evil sangat aku nih kan? Eh, tak jugak, sebab kalau aku ada trading account, stock markets turun ker, naik ker, aku peduli apa sebab aku sure main Options kan?

Lambat aku tidur malam nih sebab balik tadi train tersangkut-sangkut, banjir kat subway sebab snow lebat. Dekat pukul 11 baru aku sampai rumah, biasanya dalam 9-45 malam aku dah sampai. Kelam kabut lah masak nasik goreng, then terus bukak-bukak buku Spanish, kena berlatih lah sikit sebab esok CikGu baru yang mengajar, sure dia suruh perkenalkan diri sorang-sorang.