Saturday, October 20, 2012

Khamis05022009


Harinih tak best aje rasanya, macam-macam yang buat aku rasa tak best, macam-macam benda yang kasi mood aku jadi tak bagus. Dari pagi sampailah malam aku rasa tak best, sebab benda kecik-kecik, remeh-remeh gitu aje sebenarnya. 

Aku keluar rumah nak pergi kelas dalam pukul 8 gitu. Aku bangun pagi jugak benarnya tapi masa habis gitu aje sambung cari news pasal politik Perak tu lah. I left the house feeling geram, bengang dan sedih. Pundeks tul UMNO nih. 

Sejuk betul hari nih, sampai menggelatuk aku dibuatnya, itupun aku pakai a few layers of shirts, sweater, jacket semuanya, scarf pun aku balut sampai telinga. Tapi tak pakai topi, sebab takut "rosak" rambut, kan ker aku baru lepas gunting rambut semalam? 

Kat subway station, masa aku nak beli metro card aku, ada orang tua nih, mabuk gayanya, tanya aku apa tah. Aku tak layan aje, aku tak dengar pun dia tanya aku sebab kedua-dua telinga aku ada wayar cellphone aku. Bila dia jerit kata,"You motherfucker!", baru lah aku tanggalkan headset aku, aku tanya dia, apa dia nak. Dia nak duit, so aku seluk pocket, kasi sedollar. Itu satu hal yang buat mood aku tak bagus.

Then beli metro card pulak, sebab card aku dah expired, itu lagi satu tak best sebab terbanglah $81 untuk beli monthly card tuh. 

Sampai Rockerfeler Center, aku mengopi dulu, kat deli yang aku pergi ituhari, tak tahan aku perut kosong, sejuk pulak tuh. Mulanya aku order pancakes, then tertengok pulak sample western omelette, so bila aku nak tukar makanan yang nak diorder, mamat yang kerja tuh bengang aje. Takut kena marah, aku orderlah pancakes. Ingatkan macam pancakes kat MacDonald's tapi pancakes yang dibuat sendiri, besar mengalahkan lempeng lagi, macam mertabak jadinya. Bukan sekeping, tapi 3 keping pulak tuh. Tengok pancakes yang berminyak tuh, terus perut aku jadi kenyang, terus jadi tak berselera nak makan. Nak menghabiskan sekeping pun tak terdaya, dan masa aku nak buang pancakes tuh, mamat sama cashier kat deli tuh perhati aje aku. Tak sedap hati aku jadinya sebab tentu diaorang ingat aku tak suka pancakes tuh. Memang aku tak suka pun tapi kalau boleh aku tak nak diaorang tahu yang aku tak suka, tapi nak buat macamana. Itu jugak buat mood aku tak berapa best tadi tuh.

Then singgah kat Sprint kat 5th Avenue, nak bayar bill cellphone/internet. Seratus lebih. Itu pun buat mood jadi tak best sebab habis lagi duit aku. 

Kat kelas, Cikgu Spanish kitaorang kata yang minggu depan ada exam sebab minggu depan kelas terakhir untuk Unit 1 kitaorang belajar nih. Dan sepanjang belajar harinih, aku semakin kelam kabut jadinya sebab ada a few things yang aku lupa dan tak tahu, benda-benda basic yang sepatutnya kacang aje bagi aku. Dan aku tengok, orang lain bukan main improve lagi diaorang punya Spanish, aku jugak yang tergagap-gagap. Dan bila one of them kata yang online course yang Cervantes Institue tuh buat is very useful, terus aku pergi register. Selasa lepas aku dah registered tapi untuk Unit 2 yang akan datang. Unit 1 aku tak register pun, sebab sayang nak bayar $ 25 kononnya. 

Now that aku dah registered, aku kena habiskan belajar semua lessons kat Lesson 1 tuh sebelum exam minggu depan. Ayoo, revisions lain tak buat, buku pun ada dua yang nak dibaca, mana aku ada masa nak belajar semua nih? Tertakut aku jadinya mengenangkan semua tuh. Aku tahu yang aku taklah sebodoh mana,tapi aku nih jenis gitu lah orangnya. Panik dan saspen orang pandai tak sama dengan panik dan saspen orang bodoh,kan? Aku ingat lagi masa aku kat (U)ITM dulu, bila nak exam aje, aku lah yang panik nya, sedangkan aku antara orang yang pandai. Sampaikan kawan aku kata, yang orang pandai nih, panik dia sebab macamana nak score. Lulus sure lulus nya lah, cuma takut tak dapat nak dapat high marks aje. Tapi orang bodoh, diaoranag tak panik sangat pun, panik gitu-gitu aje, panik takut tak pas. Aku tak tahu lah keadaan aku sekarang, panik takut tak pas ker atau panik takut tak dapat nak score high mark?

So mood aku jadi tak best aje lah lepas tuh, mengenangkan yang aku kena pulun sikit lah belajar Spanish, dalam seseminggu nih. Terus kansel plan nak pergi merempit akhir minggu nih.

Habis kelas terus aku ke Forest Hills, macam Selasa jugak, aku makan tuna sandwich, sesambil melepak kat internet cafe. Cadangnya nak melepak sejam aje, lepas tuh nak ke library dalam sejam. Tapi sejuk pulak kat luar nak jalan ke library, so aku melepak kat internet cafe tu lah sampai 4-15 pm, then terus ke apartment David/King Mongkut. 

Mood aku jadi lagi tak best bila King Mongkut masa dia menalipun mak, adik dia, diaorang macam tak faham, sebab apa aku tak boleh kerja hari Selasa dan Khamis 2nd week of March tu nanti. Geramlah aku jadinya, yang aku bersetuju nak kerja pagi seluruh minggu tuh, diaorang tak fikir pun. Apa kata kalau aku tak nak kerja di sebelah pagi? Ingat aku nih apa, boleh disuruh datang kerja bila-bila masa diaorang perlukan aku? Aku pun ada lah hal aku sendiri, kan?

So itulah benda-benda yang buat mood aku tak best sepanjang harinih.