Jumaat
Cadangnya kan, sempena pindah ke bilik baru, bersemangat baru lah kan? Semalam tuh cadangnya hari nih nak pergi jogging sebab lama dah tak jogging, at least berlari-lari anak kat playground. Tapi itulah, janji tinggal janji aje, sedap pulak sambung tidur kat katil bertilam King size tuh, what with bantal baru yang masih gebu dan sedap dipeluk tuh.
Dalam bilik masih berkaparan lagi masa aku keluar tuh, aku keluar awal sikit sebab nak Sembahyang Jumaat kat Jackson Heights. Tuan rumah aku kata yang Mamat Turki tuh setuju nak menyewa di bilik aku yang dulu tuh, dia nak masuk Selasa depan, so Tuan rumah aku sibuk mengecat bilik tuh.
Lepas Sembahyang terus aku ke Forest Hills, aku ke 75th Street, ke Restaurant Pinang. Tokay tuh dah balik dari Malaysia dah seminggu dah, sembang dengan dia aje lah sebab masa tuh tak ramai orang makan, dah lewat dah pun, dah dekat pukul 3 petang. Best dia kata balik Malaysia, rasa macam tak nak balik US semula dah. Siap dia kasi aku try salad betik yang dia cuba buat, yang dia belajar masa balik Penang. Lepas tuh dikasinya aku rasa ikan yang dalam daun pisang, apa ker nama benda tuh, otot-otot kot? Dia kata dia nak start jual dua-dua tuh kat restoran dia.
David balik awal harinih, biasanya Jumaat memang dia balik kerja awal. Kitaorang tengok tv aje mulanya, tengok Business Channel. Resah dah Amerika sekarang nih, Dow Jones asyik tuurn aje, minggu depan entah-entah turun ke below 6000 points kot, dekat sangat dah tuh.
Since aku siapkan King Mongkut awal jugak, dan since tak ada apa rancangan tv yang best, David suruh aku balik awal, pukul 8. Aku tak dinner pun pasal tadi aku ambik late lunch kan? Takat makan pisang aje sebijik. Then for like 2 hours, aku bukak buku Spanish yang aku baru terjumpa balik (masa mengemas semalam tuh), buku yang aku beli masa mula belajar Spanish dengan Mamat kat Union Square dulu tuh. Buku tuh senang sikit, step-by-step punya buku.
Rasa best pulak duduk kat bilik besar nih, rasa lapang aje, fikiran pun jadi lapang. Cuma satu aje, aku boleh dengar tv kat bilik Minah tuan rumah tuh sebab di sebelah bilik aku aje. Itu yang aku macam malu sikit nak berbunyi, ntah-ntah dia boleh dengar bunyi dari bilik aku kot? Nanti kalau diaorang konkek sure aku boleh dengar jugak kot? Kena cari gelas lah macam nih, buat style masa aku student dulu, pekap kan gelas kat dinding sambil dengar Mamat Morocco flat-mate aku, mengongkek Minah Dublin. Ekekekkekeke
Sabtu
Tak jadi lagi nak ke mana-mana harinih, David malas keluar sebab dia nak ke gym. Lagipun tak ada tempat nak pergi, balik-balik pergi Roosevelt Field Mall. Biasalah, moncong aje King Mongkut sepanjang pagi. Besok pun tak ke mana-mana gayanya sebab esok snow turun, cuma malam aje gamaknya diaorang akan ke apartment nenek David for dinner. Jangan lah aku disuruh datang jugak, esok hari aku habis kerja pukul 5 kan?
Aktiviti macam biasalah bila David ke gym, aku bersihkan King Mongkut, angkut dia ke katil, then aku buat kerja mana yang patut. Lepas tuh baru lah urut dia. Sejam lebih aku mengurutnya tadi tuh. Lepas tuh dia suruh aku registerkan dia kat a few websites yang berkaitan dengan Insurance, Health etc. Semua info dia, passwords, benda-benda private tuh, semuanya aku tahu. Passwords bank account pun aku tahu, apa tah lagi lah passwords emails, benda remeh-remeh gitu. Files kat laci dia pun aku tahu, pendek kata kalau aku nak buat dajal kat King Mongkut tuh, senang aje.
Aku lunch sama King Mongkut aje sebab lepas balik dari gym, David terus pergi hantar kereta untuk diservice. Sementara tunggu David balik, kena mengurut King Mongkut tuh lagi. Sabar jer lah. Then David tanya, nak tengok dvd filem apa, dia ada bootleg copy film Slumdog Millionaire, Lakeview Terrace and a few others. Kebelakangan nih David selalu beli pirated dvds aje sebab dia malas pergi tengok wayang.
So kitaorang tengok Slumdog Millionaire, since aku dah lama tengok film tuh kat panggung, banyaklah yang diaorang tanya aku, sebab tak clear subtitles film tuh. Memang tak best pun tengok dvd, itu yang aku kata kat David yang film tuh lagi best kalau ditengok di panggung.
"Oooo, I'm exhausted!", kata David. Diaorang kan ker jenis yang tengok filem bodoh-bodoh, filem lawak, so bila tengok cerita yang serious gitu tuh, itu yang tercungap nafas tuh.
Pukul 4-45 pm berhenti sekejap sebab diaorang kata nak break, nak tarik nafas. So aku terus buat catherter kat King Mongkut. Aku mintak nak blah pukul 5 sebab dah tak ada apa nak buat dah, nak sambung tengok dvd tuh pun aku malas sebab aku dah tengok filem tuh. Tapi kalau ajak aku tengok kat panggung wayang, aku rasa aku nak sebab banyak jugak adengan-adengan, benda kecik-kecik yang aku tak berapa faham first time aku tengok filem tuh dulu tuh. Aku pun baru terperasan yang lagu Paper Planes (MIA) nih rupanya dari filem tuh.
I fly like paper, get high like planes
If you catch me at the border I got visas in my name
If you come around here, I make 'em all day
I get one down in a second if you wait
Sometimes I think sitting on trains
Every stop I get to I'm clocking that game
Everyone's a winner, we're making our fame
Bonafide hustler making my name
All I wanna do is (BANG BANG BANG BANG!)
And (KKKAAAA CHING!)
And take your money
Pirate skulls and bones
Sticks and stones and weed and bongs
Running when we hit 'em
Lethal poison through their system
No one on the corner has swagger like us
Hit me on my Burner prepaid wireless
We pack and deliver like UPS trucks
Already going hell just pumping that gas
All I wanna do is (BANG BANG BANG BANG!)
And (KKKAAAA CHING!)
And take your money
Aku terus aje lah balik, esok aje lah aku keluar, rasanya esok nak pergi tengok wayang lah pulak. Asyik gini jer hidup aku nih, bosan nak mampos, besok aku kena merempit lah. Tak kira lah snow-snow pun.
Masa dalam train aku baca Village Voice yang minggu lepas, masa aku scan-scan list concerts, ternampaklah satu iklan concert nih, yang akan dibuat di Kodak Theatre Times Square, awal May nanti. Group dari UK, aku dah 3 kali tengok group nih, kat Dublin, kat Edinburgh, dan sekali kat Stadium Negara, lebihkurang 10 tahun lepas kot. Aku ingat lagi, depan seat aku Yasmin Yusuf sama geng dia, punyalah menggedik diaorang tuh masa tu.So, aku nak pergi lah nanti, tak mahal rasanya tiket sebab bukannya besar sangat pun concert hall tuh. Lagipun group tuh bukannya terkenal kat US nih (setahu aku lah), but they were hugh kat negara-negara lain dulu tuh. Aku tak nak kasi tau dulu lah lah group apa, diaorang asal dari Birmingham,UK.
Plannya nak memasak sebab dah jadi kebiasaan yang Sabtu adalah hari menurun ke dapur. Tapi termalas pulak nak beli bahan-bahan nak masak (sedangkan masa dalam train tadinya aku dah plan nak either masak kurma atau masak lemak ikan) so aku singgah kedai Mexican, beli sardin. Lama dah tak makan sardin, terung yang aku beli ituhari masih belum busuk kot, bolehlah buat kari sardin + terung. Aku terbeli pisang tua (yang dah nak buruk, yang kulitnya dah hitam) sebab tiba-tiba teringat nak makan cekodok pisang.