Saturday, October 20, 2012

Jumaat06032009


Since mulai dari esok sampailah Ahad minggu depan aku akan kerja dari pagi (kecuali Selasa dan Khamis, aku kerja petang macam biasa, cuma ada kelas Spanish di sebelah pagi), so tadi aku melepak ajelah sepagian. Mamposlah aku minggu depan nih, terkejar-kejar lah sebab kena ada di Forest Hills pukul 8 pagi. Sure bertolak dari sini dalam 6-30 pagi gitu sebab aku nak breakfast sebelum masuk kerja. 

Lepas Sembahyang Jumaat terus lah aku ke Forest Hills, cuaca elok pulak harinih, nyaman aje. Since tadi sebelum keluar, aku dah makan sandwich sekeping, so aku mengeteh ajelah, melepak kat Secret Garden aku tuh. 

David balik lewat harinih sebab lepas kerja dia pergi minum/dinner sama kawan-kawan dia. So macam biasa, kalau David tak ada, kena lama lah sikit mengurut King Mongkut tuh. Masa aku nak angkat dia dari scooter ke katil, aku tengok yang towel alas bontot dia yang kat scooter tuh, kotor, bertompok-tompok. King Mongkut kata kesan kopi. Tapi bila aku balikkan badan dia, ada bau yang menusuk hidung aku, bau taik. "This is not coffee stain, Hal", aku kata gitu. 

So aku bersihkan lah, basahkan mana yang patut, kesat sana-sini. Rupanya ada selepet taik kering kat celah kangkang dia, yang bila aku kesat kuat sikit, King Mongkut macam menjerit sakit, kononnya. Taik yang dah kering, memanglah susah nak dicuci, harus dicungkil dulu. Dah habis cuci, masih ada bau semerbak, so mengexplorelah tempat lain pulak. Memang pun, kat bontot dia ada segerombolan taik yang tengah bergayut cemas kat bulu-bulu jubur dia. King Mongkut macam bengang aje sebab aku ambik masa lama nak bersihkan taik dia tuh. Agaknya dia malu kot, itu yang dia asyik tanya apa pasal tak siap-siap. Aku rileks aje membersihkannya, walaupun geli tapi aku fikir, kalaulah King Mongkut tuh berupaya, takkan dia suruh aku membersihkan bontot dia, kan? Masa-masa macam tuh yang selalu buat aku sentiasa berfikir, yang suatu masa nanti mungkin aku akan berada dalam situasi macam tuh. Mintak-mintak tak lah. 

Dah selesai semuanya, macam biasalah, urut dia, then buat catherter. Mulanya dia suruh buat catherter sebelum dia tidur tapi aku ingatkan dia pasal sebelum ini, 2 minggu lepas rasanya, yang sebab buat catherter lambat, itu yang dia terkencing merata-rata. 

Then bila dah siapkan dia, teruslah aku turun beli pizza untuk dinner dia. Sementara nak panaskan pizza, dia kata dia nak online sebab nak dapatkan alamat dan direction ke The Bristals, tempat assisted-living yang mak dia duduk tuh. Kitaorang akan ke sana esok, nak melawat mak dia. 

Aku kata aku ingat lagi macamana nak ke tempat tuh sebab dulu dah pergi sekali, dan aku percaya David sure ingat jugak. Tapi dengan King Mongkut nih, dia nak jugak suruh aku cari alamat tuh kat website The Bristals tuh. So kitaorang ke bilik dia, on kan pc dan mulalah googlekan website The Bristals tuh. Dapatlah phone number, then bila nak buka map ke tempat tuh, pc dia hang. Dua tiga kali aku cuba, bila bukak aje site tuh, kejung jadinya. Lepas tuh King Mongkut mulalah gelabah, kononnya tak tahu nak ke tempat tuh esok (sedangkan aku tahu, susah-susah nanti, talipun aje diaorang mintak direction, kan?), so dia suruh aku guna cellphone dia untuk menalipun kakak dia, nak tanya direction. 

Masa tu lah aku meroyan. Dah lama aku tak meroyan kat King Mongkut nih, tapi tadi tuh aku jadi bengang sangat. Aku terus tutup pc, aku kata kat dia, apa pasal dia suka sangat menyusahkan hidup dia (jugak hidup aku) sebab benda-benda simple macam tu pun susah sangat bagi dia. Aku kata, apa perlunya susah-susah menalipun kakak dia sebab kitaorang tahu macamana nak ke The Bristals tuh. Aku kata, dah genap setahun aku kerja kat situ, aku masih tak faham lagi dengan perangai dia yang bimbang sangat dengan benda remeh-temeh. Sampaikan aku kata yang itu pasal David selalu marah dia. Sampaikan aku kata, cari orang lain aje lah ganti aku sebab aku tak daya dah nak melayan kerenah bodoh dia tuh. Terus King Mongkut laju aje bawak scooter dia tuh ke dapur, selaju mulut aku yang pot-pet marah kat dia. Masa tuh aku dah tak fikir apa dah, bukanlah aku marah sangat cuma aku meroyan pasal perangai dia tu lah. 

Lepas pada tuh aku senyap aje, ada jugak aku rasa kesian kat dia tapi aku nak buat macamana kan? Selama ini selalunya aku pendamkan aje benda yang aku tak suka pasal dia tuh, sekali sekala kenalah aku hamburkan balik, at least dia tahu yang aku nih no-nonsense punya orang. Walaupun nampak macam remeh aje bendanya, tapi kalau lama-lama disimpan, elok jugak sekali sekala dikeluarkan. Biar dia tahu, biar dia sedar sikit.