Saturday, October 20, 2012

Sabtu07032009 (iii)





















David ke gym sebelum kitaorang bersiap untuk ke The Bristals, tempat mak tiri dia (mak King Mongkut) tinggal. Kitaorang bawak bekal tuna salad sama bagles sebab mak King Mongkut nih tak suka makan kat dining hall kat old-folks home tuh. Dia suka makan kat dalam apartment dia. Ini kali kedua kitaorang ke sana, the last time kitaorang melawat dia, dalam 7 bulan lepas kot.

Sembang-sembang gitu lah sama mak King Mongkut, tengok gambar lama-lama dia, ada dalam sejam kitaorang melepak kat situ. Macam biasa, David tuh ada jer mengutuk mak King Mongkut tuh, on the way balik. Ada ajelah benda yang tak kena nya, yang bagi aku, tak ada apa sangat. Iyalah kan, orang tua, memanglah banyak cekadaknya kan?

Kitaorang sampai Forest Hills dalam pukul 2, lepas menguruskan King Mongkut nak berak, kitaorang tengok dvd filem That's The Way I Like It, filem perbuatan Singapore. David suka sangat film tuh, dia dah dua tiga kali tengok, siap dia order online lagi, beli dvd film tuh, jugak cd lagu-lagu dari film tu.

Film tahun 1999 kalau tak salah aku, kisah di Singapore, tahun 1977, masa zaman Saturday Night Fever dulu. Aku tak kenal pun pelakun nya tapi bila aku tengok cover cd, banyak nama penyanyi yang aku tahu, nama-nama macam Najip Ali, Chris Vadham. Tak ada lah best mana pun film tuh, biasa aje, macam drama swasta TV3 jer rasanya, itu yang aku tak faham apa pasal David suka sangat. Ada sebut Batu Pahat, Keluang, JB, Cameron Highlands. Ada satu scene tuh, tergelak besar aku bila ada tunjuk iklan Ribena kat tv, aku ingat lagi iklan tu tuh.

Lepas buat catherter kat King Mongkut, aku mintak blah ajelah pukul 5 tuh, dah tak ada apa nak buat pun dah. Since besok kitaorang tak akan ke mana-mana, David tanya aku kalau-kalau aku nak masuk kerja pukul 11 (instead of pukul 10), so aku setuju aje lah.

Since aku dah lama tak merempit and since aku pun ada banyak masa, so aku decided untuk jalan-jalan sebelum balik ke rumah. Cuaca pun nyaman. Aku turun di canal Street, Chinatown. Dari situ aku menyeberang Brooklyn Bridge, dah lama aku bercadang nak menyeberang bridge tuh tapi tak pernah kesampaian. Dah sampai ke hujung jambatan, di Brookyln, aku cuba cari subway untuk balik ke rumah tapi tak jumpa. Tanya orang, semua kata diaorang tak tahu subway paling dekat, so aku jalan aje lah, sampailah ke Manhattan Bridge. terpaksalah aku menyeberang jambatan tu pulak untuk ke Manhattan, kat sana banyak subway stations. Gambar-gambar kat atas tuh yang aku snap semasa menyeberang kedua-dua Manhattan Bridge dan Brooklyn Bridge.

Keletihan aku dibuatnya sebab banyak berjalan, so sampai aje di rumah, lepas lepak-lepak sekejap, lepas dinner (makan salad yang aku beli kat kedai Spanish), terus ajelah tidur.