Dear Diary,
Kau tahu aku ada periksa Spanish, Khamis ni kan? So kau tau yang aku kelam kabut nih nak membuat pemerepare-ran untuk exam tuh kan? Walaupun tak ada lah penting apa nya pun exam tuh, sekadar untuk memuaskan hati aku aje, tapi sebab aku nih dikategorikan sebagai student yang agak bengap, so aku kena berusaha kuat sikitlah. Mana lah tahu kot-kot result periksa tuh nanti membuktikan yang I'm not that bengap after all.
So Dear Diary,
aku tak ada masa nak buat update. Jugak aku sibuk pasal nak mencari bilik sewa, aku nih kan ke illegal, susah nak menyewa kat mana-mana, diaorang semua nak kan legal papers. Tapi itu masalah lain yang aku rasa boleh aku tangguhkan untuk menangani nya buat masa ini sebab aku masih ada masa sampai hujung bulan.
Eh Dear Diary,
kau beritahu peminat-peminat aku jugak, pesan kat diaorang, jangan lah lari sebab aku tak buat update untuk sesehari dua nih, ok? Beta berjanji yang Beta tidak akan membubarkan blog ini, sebab Beta ada kepentingan Beta tersendiri *Mode baling selipar kat sapa-sapa yang lari* (Mamposlah tempias kes politik Perak)
Vale Dear Diary,
adiós a todos, hasta pronto y buena suerte a mí.