Saturday, October 20, 2012

Khamis05032009


Malu aku kat kelas tadi, tau dak Dear Diary? Cikgu baru nih dia mengajarnya cepat dan laju, lagi pulak tuh dia ada banyak styles mengajar. One of them tadi tuh, main game. Kitaorang dibagi dua groups, 7 orang setiap group. Then dia panggil one from each group, dia akan tanya soalan, dan kitaorang kena lari ke whiteboard tulis jawapan tuh. Siapa cepat dia dapat satu point untuk group dia. 

Aku punya lawan, Larry yang terrer tuh, so memanglah kalah aku. Aku tengah terkial-kial nak pikir, Larry dah tulis jawapan dia. Betul pulak tuh. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi ketiga-tiga kali, aku kalah. Aku tak menyumbangkan point pun, walaupun sebutir, untuk group aku. Aku tengok, Mamat Pakistan, Sham sama Michael macam bengang jer kat aku. Diaorang penyumbang banyak points untuk group kitaorang. 

Lepas tuh, masa buat soalan quiz, aku pun banyak tak dapat jawab. Aku macam lost betullah kali nih pasal banyak grammar yang aku blur. Kertas quiz yang Cikgu aku kasi tuh aku tenung aje, not knowing what to do, let alone nak jawab. Orang lain aku tengok, laju aje, lagilah gelabah aku jadinya. 

Masa break, masing-masing tanya, siapa yang nak sign up untuk next class, 1.3 nanti. Sorang-sorang kata diaorang tak dapat nak join dah sebab masing-masing ada plan lain. Sally kata dia kena cari kerja, Sham kata dia nak ke Argentina (dia nih dah lama tak kerja tapi orang kaya gayanya), Minah Iran tu kata dia mungkin ada hal lain, Minah Vermont tu kata dia nak balik Vermont. Michael pulak, bulan Mei dia mungkin pindah ke Spain, Minah Taiwan tu pulak kata yang dia mungkin akan mula kerja, Minah Korea tu pun tak sure lagi, Minah Turki tu pulak kata dia mungkin nak pergi travel. 

So yang tinggal, hanyalah aku, Larry, Maria Makcik Italidan Ginger, magazine editor tuh. 4 orang. Entah-entah diaorang batalkan kelas nanti kot kalau tak ramai students. Tapi aku tengok, kelas-kelas lain, tak lah ramai mana pun students nya, kelas kitaorang aje yang paling ramai. Atau mungkin jugak nanti akan ada students baru yang dulu pernah ambik kelas then berhenti buat sementara. Aku pun ada rasanya macam nak berhenti sekejap sebab rasa macam laju lah sangat pulak, tak tercath-up lah dengan benda yang kitaorang belajar nih. Rasa nak break sekejap for one session (5 weeks), sementara tuh bolehlah aku belajar sendiri dengan lebih detail apa-apa yang aku dah belajar tuh kan? Iyalah, macam laju sangatlah kitaorang punya lessons, banyak benda-benda yang bertitiran. Tapi, nanti kalau break, takut terus terbreak lama. Ataupun langsung aku tak sentuh pun buku-buku aku, terus lupa gitu aje. Aku nih nak kena selalu dimotivate, baru boleh bergerak. Takat nak buat sendiri, memang payah. Tengoklah macamana nanti, sayang pulak rasanya nak surrender gini nih, aku bukannya orang lemah kan? 

Habis kelas, masa aku nak turun ke Tingkat 1, aku bertembung dengan Minah Iran sama Minah Turki tuh. Diaorang ajak aku ke Admin, nak komplen pasal Cikgu tuh mengajar cepat sangat, jugak pasal Cikgu tuh banyak ajar grammar sedangkan kitaorang nak banyakkan belajar bercakap. Rupanya bukan aku sorang yang gelabah, diaorang pun sama, sampaikan nak pergi report kat Admin lagi tuh. Minah Iran tu kata yang dia dah hilang interest dah nak belajar. Minah Turki tu pulak kata yang Cikgu tuh macam tak suka mengajar kitaorang sebab kitaorang lembab. Aku perasan yang tadi kat kelas tuh, Cikgu tuh macam bengang aje bila kitaorang tak reti nak jawab. Dan bila habis aje kelas, Cikgu tuh yang cepat-cepat keluar. Masa Nuria mengajar dulu, walaupun dia mengajar slow, tapi kitaorang dapat ingat apa yang diajar, dengan Cikgu baru nih belajarnya macam air lalu. Tapi, aku kesian lah jugak nanti kat Anna tuh,iyalah kan, kalau dia dapat tahu yang students dia buat komplen kat Admin pasal dia kan? Entahlah, aku pun tak tahu macamana nih, ikut aje lah mana yang bagus. Dan aku buat keputusan yang aku nak melipatgandakan sikitlah buat revision, orang lain boleh takkan aku tak boleh, kan? Masalahnya pulak, minggu depan, start dari this Saturday pun, aku akan kerja pagi (sebab Mamat Caregiver sorang tuh nak pergi cuti), mungkin sampai 12 jam kot, macam dulu sekali tuh. Tak ada masa lah pulak nanti tuh. 

Andrew, Mamat yang nak beli ticket konsert aku tuh, dia suruh aku tunggu dia kat lobby hotel dalam pukul 1-30 pm. Aku sampai situ pukul 1-15 pm, dia talipun aku, katanya on the way ke hotel. Malu lah pulak aku melepak sorang-sorang kat lobby tuh so aku keluar, aku tunggu dia kat depan Wachovia Bank. Mamat Puerto Rico rupanya Andrew tuh, sebijik macam Marc Anthony rupa dia. Dia ajak aku melepak minum kopi so aku ikut aje lah. Rupanya masuk Waldorf-Astoria Hotel, hotel lama yang terkenal tuh, yang buat aku tersengih sorang-sorang bila memikirkan yang aku tak sangka, walaupun aku nih seorang Bangla yang merempat, tapi dapat jugak menjejakkan kaki ke hotel yang terkenal tuh. Biasanya aku lalu aje di sebelah hotel tuh, waktu pergi balik dari kelas. 

So sembang-sembanglah dengan dia nih, umur sebaya aku, dia tak minat sangat music, dia lebih suka tengok wayang. Boleh jadi member aku Andrew nih gayanya sebab laju aje kitaorang bersembang sesambil mengopi tuh. Then aku beritahu dia yang bulan awal May nanti aku nak pergi konsert this group pulak. So aku tanya dia, tahu dak pasal group tuh, terus dia kata, "We call it UBeCuarenta" (nama group tuh in Spanish). Dia nih kerja kat Times Warner, since dia Latin, dia cuba-cuba cakap Spanish dengan aku, dia kata dia pun ada mengajar Spanish kadang tuh. 

Sampai pukul dua setengah sembang barulah aku mintak diri. Aku terus ke Forest Hills, ke Pinang restaurant. Makan Nasi Goreng Tomyam, habis aku makan walaupun mulanya nampak macam tak berapa best sangat, nampak macam nasi goreng yang aku masak aje. Sesambil tuh, sembang dan tengok tv dengan tokay restaurant tuh. Ramah pulak bini tokay tuh harinih, dia yang banyak tanya aku, biasanya laki dia aje yang selalu sembang dengan aku. Terhappy aku bila tengok stock market menjunam sampai 300 points, itu yang aku tunggu sampai pukul 4 (closing bell) melepak kat restoran tuh. Tokay tuh kasi aku bubur cacar yang ya ampunlah punyalah sedapnya. So aku tapau bubur pulut hitam. Happy aku rasa bila tokay tuh happy aje tengok aku happy-happy aje makan kat restoran diaorang tuh.

David balik aje kerja, terus dia kasi aku duit $100, duit dia kalah bet semalam. Mulanya aku tak nak terima, aku kata aku main-main aje, tapi dua tiga kali dia desak aku suruh ambik so aku ambiklah. Tak lama lepas tuh King Mongkut pulak kasi aku another hundred, yang bila aku tanya, dia kata itu dia punya bet. Aku tak tahu pun dia nih bet jugak, dia nih aku tak heran langsung, apa aje kata adik dia tuh, semuanya dia ikut, so adik dia kalah bet, dia pun kalahlah jugak. Aku nak guna duit tuh untuk bayar bill talipun sama beli metro card aje lah.