Saturday, October 20, 2012

IsninSelasa2324022009


Isnin

Walaupun dekat 5 jam melepak, rasa sekejap jer malam semalam tuh, dah masuk Isnin lah pulak. Bersemangat aku bangun awal tadi sebab cadangnya nak ke Beacon Theatre, nak pergi beli ticket konsert Bryan Adams. Tapi bila aku bukak craigslist, tengok-tengok konsert tuh dah lama sold out nya. Bergetar jantung aku jadinya bila dapat tahu yang tickets dah habis dijual.

So mula lah aku cari-cari iklan yang nak jual tickets, ada a few tapi semuanya yang jauh-jauh, yang hanya accept PayPal. Kecuali satu nih yang jual a pair of tickets, aku counter offer, aku offer mahal sikit dari yang dia nak jual tuh, so tak lama lepas tuh terus aku dapat email dari dia, Andy namanya, dia setuju nak jual tiket-tiket tuh kat aku. Nampak gayanya aku kena jual tiket yang lagi satu tuh, senang aje nanti, pasang iklan kat craigslist. Nasib baiklah tiket tak mahal, tak sampai dua ratus pun untuk both tickets, tapi seatsnya kat tengah, bukan kat depan sangat. Tak kisah, concert hall tuh bukannya besar sangat pun, sure nampak jelas nanti tuh.

Lepas berkali-kali bertukar balas email, Andy confirmed kan yang dia akan talipun aku malam hari Selasa 3 March nanti, dia suruh aku jumpa dia kat Union Square, untuk ambik ticket dan bayar. So, settle lah masalah nak dapatkan tiket untuk konsert tuh. Senang jer dengan aku nih kan? Now, aku kena jual lah pulak satu ticket tuh, itu mudah aje nanti tuh. 

So tak jadi lah keluar akhirnya sebab berjam-jam jugak habis waktu nak menyettlekan masalah tuh. Spent the rest of the afternoon tengok tv kat internet, tengok Amazing Race, Big Bang Theory, The Price Is Right pun aku tengok jugak. Pukul 3 lebih baru aku keluar pergi kerja, sampai Forest Hills pun ngam-ngam aje. 

King Mongkut kata dia dah dapat dah orang yang nak kerja Selasa dan Khamis minggu kedua bulan depan. Dua-duanya Spanish. So hari Isnin, Rabu dan Jumaat ajelah aku kerja dari 8 pagi sampai 8 malam kot, atau mungkin lebih awal. Dapatlah duit lebih sikit nanti tuh, oklah, cukuplah untuk buat bayar kelas Spanish yang akan datang, Unit 1.3 sebab kalau bayar awal dapat 25% discount. Nampak gayanya setiap bulan kena bayar duit kelas Spanish, sebab kelas nih hanya untuk 5 minggu setiap Unit. Setiap lima minggu kena register, Unit 1 masih ada dua level lagi nih, sampai July nanti. Lepas tuh Unit 2 pulak, 4 levels jugak, 5 minggu setiap level. How I wish aku dah di level atas-atas sekarang nih, tak sabar rasanya nak reti cakap Spanish betul-betul. Sekarang nih takat cakap faham sendiri aje.

Balik kerja aku tak online sangat pun sebab lepas aje dinner terus aku buat Spanish homeworks yang banyak lah pulak tuh. Tak sempat apa-apa pun aku terus tidur, give up aku kalau nak buat homewoks yang susah-susah nih, berapa kali aku cuba dengan cd tu pun masih tak dapat jugak nak tangkap buah butir apa yang diaorang cakap, laju sangat. 

Selasa

Aku terlewat masuk kelas tadi, dah lah pukul 9 baru bertolak, train lambat pulak tuh. Masa kat 5th Avenue. masa nak lintas jalan, ada pulak orang tanya aku. Tanya in Spanish. Dalam tergagap-gagap cakap Spanish tuh, aku rasa puas hati sebab diaorang faham apa yang aku cakapkan. Orang Guatemala tuh tanya macamana nak ke satu Guatemalan office yang kat 48th Street. Since tempat tuh dekat aje, senanglah aku nak mengexplain nya. Terbangga aku sekejap dengan keterreran aku. Itulah, memang tak sia-sia langsung aku belajar Spanish nih. 

Sesak nafas aku kat kelas tadi tuh sebab diaorang pandai semuanya, aku sorang jer (ada lah dua orang lain yang bengap sikit dari aku) yang tergagap-gagap bercakap. Diaorang cakap laju aje, panjang aje kalau buat ayat. Aku jer yang bila ditanya, jawab setakat mampu aje. Orang lain, ditanya satu soalan, jawapannya panjang lebar, which is good lah kan for learning purposes. 

Yang buat aku tak puas hati nya, class participation pun dikira dalam markah exam keseluruhannya. Aku tak aktif sangat kat kelas, so rendah lah markah aku nanti nih. Tapi tak apa lah, aku akan berjuang sedaya aku, walaupun aku lembab tapi ada perkembangan yang memberangsangkan.

Aku singgah kat Jackson Heights untuk lunch kat kedai Paki tuh, habis licin aku makan nasi lauk kari ayam tuh, lapar sangat ker aku? Lepas tuh aku meround sekejap kat Roosevelt Avenue, kat kawasan yang penuh dengan orang Amerika Latin tuh. Aku asyik dok baca papan tanda, nama kedai, segala macam signs yang semuanya dalam bahasa Spanish tuh. Banyak yang aku faham, yang aku tahu, yang selama ini aku tak tahu apa pun. Semangat nak tahu lebih banyak lagi, terus membuak-buak. Sekarang nih, kat dalam train, masa pergi dan balik kerja, aku asyik menggodek Translator aku jer lah kerjanya, dalam sesehari adalah dua tiga puluh perkataan baru yang aku cuba ingat.

Ada dalam sejam aku melepak kat internet cafe kat Forest Hills, sebelum masuk kerja. Sempat jugak tuh mengopi kat cafe sekejap. 

Masa kerja, kebetulan pulak aku simpan cellphone kat pocket seluar, tuan rumah aku banyak kali cuba call aku. Tak pernah-pernah aku jawab call kalau masa kerja tapi tadi tuh dekat 10 kali ada missed calls, so aku talipun balik tuan rumah aku. Rupanya Ramon budak Indo tuh ada datang bawak kawan dia budak Turki, diaorang nak tengok bilik yang nak disewakan tuh. Diaorang nak tengok bilik yang aku duduk sekarang nih, so itu yang tuan rumah aku talipun, nak mintak permission aku. Terus aku kata aku tak nak sapa-sapa masuk bilik aku, "kamar aku lagi berantakan, lagipun di kamar ku ada uang, nanti kecurian", aku kata gitu. Sebenarnya aku malu lah nak kasi orang tengok bilik aku sebab macam kapal karam aje keadaan dalam bilik aku tuh. Kalau diaorang kasi tahu awal-awal, bolehlah aku kemaskan bilik aku tuh dulu, kan? 

So bila sampai aje rumah, terus aku tanya tuan rumah aku, bila aku boleh pindah ke bilik yang besar sikit tuh, bilik baru aku. Bilik tuh masih belum dibersihkan lagi, barang-barang mamat Bangla tuh masih ada lagi. Aku beritahu yang aku kena pindah paling lewatnya Jumaat sebab weekend aku kerja dari pagi. Dan budak Turki tuh sure akan masuk weekend nih jugak.

Tuan rumah aku beritahu yang sewa bilik aku tuh dinaikkan jadi $550, so with me bayar $700, berapa aje yang dia bayar, kan? Untung sangatlah dia, bayar dua tiga ratus aje dapat bilik yang paling besar. Patutnya dia kasi lah aku diskaun sikit sebab aku yang cari penyewa bilik tuh. So, budak Turki tuh akan datang lagi Jumaat nanti, yang hopefully by that time aku dah pindah ke bilik baru tuh. 

Aku dah bersemangat nak pindah nih, walaupun kena bayar $700 tapi aku rasa oklah, besar gak bilik tuh, boleh taruk katil kelamin ekekekkeke. Esok nak kena membeli belah lah sikit, nak beli bantal, sarung tilam, benda-benda gitu tuh. Nak beli bunga pun jugak nih, seseminggu nih sure sibuk aku menyantikkan bilik. Bilik baru, kena lah ada semangat baru, kan?