Saturday, October 20, 2012

Khamis26022009


Kelam kabut aku pagi tadi, terlambat bangun, sedar-sedar dah pukul 8 lebih. Pukul 5 tuh aku dah bangun mulanya tapi awal sangat kalau nak betul-betul bangun, so aku tidur semula. Biasalah tu kan? So tak mandi pagi aku harinih, sekejap aje aku dah kat dalam train. 

Macam best aje time pergi kelas masa rush hour, since aku punya kelas tuh dekat Midtown, kat kawasan orang kaya, macam-macam ragam orang yang aku nampak. Semuanya hebat-hebat, dapatlah jugak aku menumpang kehebatan diaorang tuh sebab kalau orang tengok aku, sure diaorang ingat aku kerja di area tuh jugak, dengan aku pakai overcoat, scarf, beg selepang, sebijik macam diaorang jugak. Cuma aku pakai jeans dan sneakers, itu aje yang membezakan aku dengan orang lain yang kelas-kelas tuh. 

Seronok jugak belajar harinih, ada presentation, ada belajar lagu, rasa sekejap aje 3 jam tuh. Sebelum bersurai, Cikgu kitaorang beritahu yang minggu depan onwards, kitaorang ada Cikgu baru sebab dia tak dapat dah nak mengajar di sebelah pagi. Alaaaa, tak best lah, aku suka Cikgu Nuria nih, dah 6 minggu dia mengajar kitaorang, dah jadi rapat gitu, semua orang suka dia. Now that dia akan mengajar di kelas lain, rasa macam hilang semangat gitu nak belajar. 

Sedih aje kitaorang jadinya, so lepas kelas, sembang-sembanglah dengan dia. Dia pun tak tahu macama schedule akan datang, mugkin dia mengajar kitaorang semula masa Unit 1.3 nanti (sekarang Unit 1.2), lagipun contract dia sampai June aje. 

Sebelum blah, masing-masing nak wish dia selamat, so berbaris lah kitaorang. Bila tiba giliran Michael (orang Swiss), dia buat style orang Spanish, cium pipi dua kali. Then Sham (Mamat Pakistan tuh) pun sama, dia buat style itu jugak. Then Larry, Mamat American tuh, pun sama. Terkelam kabut jugak aku, bila turn aku. Rasa macam kesian pulak kat Cikgu kitaorang tuh yang macam termalu aje bila dia sorong pipi dia tapi aku tak cium pun. Aku tak bersalam pun dengan dia, aku terus aje wish dia. Malaslah aku nak cium-cium, aku dah lah banyak dosa-dosa lain.

Habis kelas, macam biasa lah, aku ke Jackson Heights, lunch kat kedai Paki, then ke Forest Hills, ke internet cafe sejam, then mengopi sekejap sebelum masuk kerja. 

Since David off harinih so dia ada di apartment. Terpaksa aku urut King Mongkut lama sikit sebab dia tak payah nak rush-rush macam selalu. Cuma yang bosannya, lepas tuh dia melepak kat scotter kat kitchen, sama aku, sesambil tengok Discovery Channel. Bosannya sebab aku biasa tengok sorang-sorang, dia selalunya lepak kat bilik David biasanya.

Sampai aje rumah, terus aku memunggah barang-barang aku ke bilik aku yang baru. Banyak sampah sarap yang aku kumpulkan selama ini, nampak gayanya aku kena buang lah benda-benda yang tak perlu. Bagi aku, banyak barang nih melambangkan kemanjaan hidup, kalau boleh aku nak hidup aku biar ada benda-benda yang basic aje (basic maksud aku, ada duit sama laptop yang ada internet access), benda-benda lain tuh menyemak kan hidup aje. 

Sampai pukul 1 lebih aku membersihkan kedua-dua bilik, berkaparan barang kat bilik aku yang baru, nasib baik bilik nih besar. Esok lusa lah aku kemas-kemas kan bilik baru aku nih.

Dear Diary,

suka sangat aku dengar lagu Same Mistakes (James Blunt) nih, member kat Qatar yang kenalkan aku dengan lagu nih, liriknya memang terkena kat batang hidung itaorang berdua, itu yang bodoh jer bila dengar lagu tuh. Tapi, best pulak, itu yang asyik dok ulang dengar lagu tuh aje.




[James Blunt - Same Mistake]

So while I'm turning in my sheets
And once again, I cannot sleep
Walk out the door and up the street
Look at the stars beneath my feet
Remember rights that I did wrong
So here I go

Hello, hello

There is no place I cannot go
My mind is muddy but
My heart is heavy, does it show
I lose the track that loses me
So here I go

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

And so I sent some men to fight
And one came back at dead of night
Said "Have you seen my enemy?"
Said "he looked just like me"
So I set out to cut myself
And here I go

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

I'm not calling for a second chance
I'm screaming at the top of my voice
Give me reason, but don't give me choice
Cos I'll just make the same mistake again

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

And maybe someday we will meet
And maybe talk and not just speak
Don't buy the promises 'cause
There are no promises I keep
And my reflection troubles me
So here I go

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

I'm not calling for a second chance
I'm screaming at the top of my voice
Give me reason, but don't give me choice
Cos I'll just make the same mistake again

Oo oooooo ooo ooo oo oooo...

So while I'm turning in my sheets
And once again, I cannot sleep
Walk out the door and up the street
Look at the stars
Look at the stars, falling down
And I wonder where, did I go wrong