Saturday, October 20, 2012

Rabu18022009


Dah puas melepak kat bilik, baru aku teringat yang nak pergi ambik result exam Spanish aku yang dah keluar Isnin lepas. Nak tunggu esok pun boleh sebenarnya, saja jer lah nak dijadikan alasan untuk keluar. Aku, kalau tak ada sebab untuk keluar, aku tak akan keluar nya lah, asyik dok melingkar kat katil aje kerjanya. Nak pergi buat exercise pun malas seju-sejuk nih, nak tunggu cuaca panas sikitlah, dalam seseminggu dua kot cuaca akan berada dalam high 40's, low 50's gitu.

Aku sampai aje Times Square (saja jer turun kat situ, jauh sikit berjalannya) snow shower pun turun. Pundeks tul, aku dah lah tak pakai topi. So menumpang kejap kat depan kedai yang ada canopy. Macam kambing jer rasanya ekekekeke. Termenumpang tuh, tertengoklah barang-barang yang dijual, kat kedai elektronik tuh. Hampir aku terbeli Spanish/English Translator, macam dictionary tapi dia boleh menconjugate Spanish verbs, itu yang buat aku teruja nak beli tuh. Tak mahal, $40 jer, so aku terus lah nak beli, tapi sebab Translator tuh hanya ada satu, dan itu pun for display purpose aje, Tokay tuh suruh aku beli Translator yang lain, yang lebih kepada Dictionary. Aku tak nak, aku tetap nak kan yang kat dalam kaca display tuh. "Pendejo" (stupid,idiot) kata tokay kedai sambil merungut apa tah. Geram aku, dia ingat aku tak tahu makna perkataan tuh, so terus aku blah aje. Selamat lah $40 aku.

Paper exam kitaorang tak ada pulak CikGu kitaorang tinggalkan untuk kitaorang ambik, cuma result aje yang dikasi. Aku dapat 8 out of 10. Kira dapat double 4 flat (4.00) lah kan? Ekekekeke. Ada yang dapat 9 (out of 10), rasanya Mamat Pakistan tuh dapat 9.5 Oklah dapat 8, aku tahu yang aku banyak buat silly mistakes, aku tak check pun aku punya jawapan sebelum hantar dulu tuh. Kalau tak, sure aku boleh dapat 9 jugak kot?

Hujan dah agak sidang so aku jalan kaki ajelah kat 5th Avenue, menghala ke Bryant Park. Aku tahu yang kat Park tuh sekarang nih ada Fashion Week yang glamer sangat tuh, yang ramai artis berkumpul. Tu dia, di sepanjang jalan, di sekeliling area tuh, penuh dengan kereta polis. Sebijik macam keadaan masa aku Sembahyang Jumaat kat Brooklyn College ituhari, penuh dengan kereta polis, kononnya nak bersedia kalau-kalau ada kekacauan lah kot?

Aku pusing seround kat kawasan show tuh, saja nak tengok orang-orang fesyen lah kononnya. Kemain lagi lah, penuh dengan bapok-bapok yang fesyen pakaian diaorang mengalahkan fesyen perempuan lagi. Jenis yang jalan catwalk tuh, yang beg (handbag) taruk kat siku (macam perempuan), yang bila berjalan, pandang bawah tapi mata asyik dok menjeling orang. Ramai geng-geng gitu tuh. Aku tak sempat lama walaupun aku cadang nak jadi paparazzi, nak ambik gambar artis-artis yang datang.










Alamak, nak terberak pulak, so terkemut-kemut aku berjalan ke Port Authority Bus Terminal, nak cari tandas. Tak payah aku cerita lah Dear Diary, insiden seterusnya, besar kemaluan aku nanti kalau orang tahu, ekekekeke. Ker ini balasannya sebab aku selalu mengutuk King Mongkut yang selalu terberak atas wheelchair tuh?

Terus aje lah aku ke Forest Hills, itupun puas berfikir yang nak makan kat mana lah, nak makan apa lah for lunch. Ikutkan hati nak makan tuna sandwich aje tapi bila difikir yang aku dah lama tak ke Pinang Restaurant sebab tokay dia balik Malaysia, terus lah aku ke situ. Masa tuh dah pukul 3 so memang tak ada orang pun. Semua staff baru aje yang ada, macam bengang jer aku sebab tak mendapat layanan macam selalu, sebab diaorang tak kenal aku dan aku tak pernah nampak diaorang, orang baru.

Aku makan mee goreng India. Aku tengok yang waiter tuh muka macam Melayu aje, sah lah orang Indo, so aku tegur dia. Memang pun, Indo Pribumi, sebijik macam Melayu, kulit sawo matang gitu. Macam Jawa Tanjung Karang.  So bersembang dengan budak tu jer lah aku, dia baru 2 minggu kerja di situ, baru sampai dari Miami Beach, dulu kerja di situ selama 4 tahun, kerja kat American restaurant. Cashier tu pun orang Indo jugak, perempuan.

"He's my father's friend, take good care of him", kata anak tokay tuh kat Ramon budak Indo tuh. Aku tak pernah sembang dengan anak tokay tuh sebelum ini, so aku tanya dia, mana perginya waiter Cina Malaysia yang dulu tuh, yang tua dan gempal tuh. "I have to let him go, we received lots of complaints from customers", kata anak tokay tuh. Aku tengok, anak tokay tuh, cara dia cakap, sebijik macam American, tak ada gaya orang Malaysia pun. Iyalah, dia tuh lahirnya di sini, dan tak ada gaya macam Cina Malaysia pun.

So aku sembang semula dengan Ramon. Dia yang banyak tanya aku, kerja kat mana, sewa kat mana, berapa sewa, itu ini. Dan banyaklah yang dia cerita pasal kerja kat restoran tuh, yang dia kata, buat dia rasa macam nak berhenti aje.

"Jangan keburu, kamu baru nyampei, kerja dulu. Udah lama, udah tahu kondisinya New York, itu baru kamu cari kerjaan lain. Jangan mudah mahu kabur, mending kamu kerja di sini aja duluan, juragannya baik sih. Kalo kamu dapat juragan Cina Talu, gak bisa nyantei, harus kerja setengah mati. Aku dulu kerja rumah makan seperti kamu, aku tahu gimana", panjang lebar aku menasihat Ramon. Aku terfikir, dulu masa aku jadi macam dia, masa kerja restoran, selalu dan gitu jugak aku mencurahkan rasa hati aku kat customer. Sekarang, bila keadaan macam nih, aku dengar aje lah.

"Anak-anak dapur bilang, Juragannya rewel sih", kata Ramon.

"Kagak, aku udah lama kenal Juragan nya, dia baik aja sih. Gak tahu lah kalo sama pegawei nya dia rewel, tapi aku sering bercanda sama Juragan kamu, aku lihat dia baik aja orangnya", aku kata gitu.

Banyak lagi lah yang kitaorang sembangkan, Ramon suruh aku contact dia kalau ada kerja macam aku nih. Kesian aku menengoknya, mungkin sebab aku anggap dia tuh Melayu. Dah lah dia menyewa kat apartment orang Jews yang sewanya $700 sebulan.

"Lihatlah nanti, susah-susah kamu menyewa di tempat aku menyewa aja, sewanya cuma 500 aja", aku kata gitu.

"Mahu deh!", kata Ramon.

Aku rasa dia tak ada masalah pasal dia ada legal papers, dia dapat asylum, so senanglah nak cari kerja yang legal. Cuma dia tak berapa faham sangat keadaannya di New York nih.

"Gapapa, aku sering makan di sini, nanti ketemu lagi", aku kata gitu lepas betukar-tukar phone number. Sampai pukul 4 lebih baru lah aku blah dari restoran tuh, sempat lah berak seround lagi kat restoran tuh walaupun masa sampai tadinya tuh aku dah melepas seround. Aku sakit perut ker? Apa yang aku makan semalam? Oooo, ayam goreng kot? Semalam aku goreng ayam 3 ketul, sebab nak cepat, aku angkat ayam tuh dari kuali tuh cepat sangat kot, masih merah-merah lagi, masih liat lagi dagingnya. Aku nih memang tak senonoh orangnya.

Kat luar hujan lebat so aku redah aje lah. Jangan lah demam pulak nanti, aku nih dah makin uzur, kena hujan sikit aje dah nak demam.

David balik kerja lambat jugak lagi harinih, pukul 7 baru sampai rumah. Macamana pun dia yang tolong aku kemaskan dapur (masa tuh aku sibuk menyiapkan King Mongkut yang nak beradu), so tak la aku balik lewat dari biasa.

Balik kerja aku makan biskut aje for dinner, kena tidur awal sebab esok ada kelas Spanish. Hmm, balik semua lah macam minggu-minggu lepas, tak ada masa sangat nak melepak-lepak. Sebab aku dah plan yang kali ini aku nak belajar lebih rajin sikitlah, aku tak puas hati ada orang yang dapat result lagi bagus dari aku. Bukan sorang dua pulak tuh.