Sabtu
Lambat aku bertolak pergi kerja harinih, pukul 8 lebih. Dah plan nak kasi alasan baik (train lambat kononnya) kat diaorang pun. Mengopi sambil makan pound cake (banana cake) kat dalam train aje. Sampai Forest Hills dalam 9-20 am, so sempat breakfast untuk kali kedua kat bakery Korean tuh, minum teh sama makan croissant.
Ingatkan diaorang nak keluar ke mana-mana harinih pasal semalam tuh David kata nak ke mall harinih, itu yang dia pergi potong rambut malam-malam, hantar baju ke dry cleaner pun semalam jugak sebab tak nak habiskan masa harinih buat benda-benda tuh semua. Tapi, last-last tak jadi, entah pasal apa, David macam malas pulak keluar, dia nak ke gym aje lah kata dia.
Muncung aje King Mongkut. Semalam tuh dah siap sediakan semua pakaian dia, itulah, ingatkan harinih nak merempit. Sementara David ke gym, aku punggah King Mongkut ke katil, then aku buatlah kerja yang patut, bersih-bersihkan apa yang kena dibersihkan. Lepas tuh baru lah aku mengurut King Mongkut tuh.

Lepas lunch kitaorang tengok dvd filem Dan In Real Life (Steve Carrel), kisah satu American family kat Rhode Island. Ok lah cerita tuh, kisah satu keluarga bahagia. Ngam-ngam pukul 5 aku habis kerja harinih, aku tak nak stay up until 6 sebab tak ada nak buat apa sangat dah pun.
Since harinih Valentine's Day, so aku tak singgah kat mana-mana pun lepas balik kerja tuh sebab aku tahu, semua kedai makan sure sibuk. Aku terus balik rumah aje lah. Memanglah aku dah cadang tak nak makan kat luar kan, tapi plan tuh akan hanya start minggu depan, aku masih ada sehari dua untuk buat style aku. Lagipun, aku ada terfikir, apalah nak "curtail" sangat habits aku yang suka melepak makan kat luar kan? Tak ada fun lah macam tuh kan? Duit bukannya boleh dibawak mati, kan?
Aku melepak aje lah sepanjang malam, tak buat apa sangat pun. Sejak lepas habis exam Khamis lepas, aku langsung tak sentuh buku-buku Spanish aku, aku tak dengar sepatah haram pun podcast kat cellphone aku. Dulu, saban waktu aku dengar podcast lessons kat cellphone, sambil ulang-ulang cakap apa yang diajarkan dalam lesson tuh. Nak lupakan lah pasal Spanish lesson nih untuk seseminggu nih, sebelum kelas mula semula Khamis minggu depan.
Ahad
Macam semalam, aku tak mandi pagi (terlewat bangun), terus aje pergi kerja. Masa nak tunggu train, aku nampak Minah Mexican [gambar bawah] nih, kesian aku menengoknya. Bayangkanlah, dia kena bawak benda tuh naik train, untuk dijual. Insaf kejap aku, susah-susah pun kita, ada lagi orang yang lebih susah. Seteruk mana pun kerja kita, ada lagi orang yang kerja lebih teruk. Aku terfikir, yang aku tak sanggup buat macam yang Minah tuh buat, menjaja makanan macam tuh. Breakfast dalam train jugak lagi sekali. Dan breakfast kali kedua jugak macam semalam kat bakery tuh.

Kitaorang keluar ke Roosevelt Field Mall lagi minggu nih, macam minggu lepas jugak. Aku ingatkan diaorang nak beli komputer baru tapi rupanya masa pergi Apple Store tuh, David tanya pasal macamana nak install browser, Safari yang diaorang guna tuh versi lama. Nak tergelak aku sebab nak install benda tu pun kena pergi Apple Store. Mamat kat kedai tuh macam layan tak layan jer diaorang so aku kata, install aje lah Firefox.
Aku, walaupun tak reti sangat guna Apple, tapi kalau takat benda-benda gitu, kacang sangatlah kan? Tapi diaorang tuh tak pernah pun tanya aku (mungkin sebab aku selalu kata yang aku tak pandai sangat pasal Apple), dan sebab diaorang tuh memang jenis gitu, benda-benda kecik gitu bagi diaorang besar sangatlah kononnya. Memang "susah" cara hidup diaorang tuh sebenarnya, yang bagi aku yang rugged dan selalu tak ambik kisah sangat benda-benda kecik macam tuh, sebab itulah, diaorang nih tak adventurous. Lawak kan, nak install browser pun kena tanya orang kat kedai.
King Mongkut tuh lagi lah bengapnya, nama aje Doktor. Nih aku kasi contoh kebengapan King Mongkut tuh, yang kalau korang tengok from other perspektif, korang dapat faham yang how difficult his life is (I'm not talking pasal kecacatan anggota badan dia tuh).
1. Dia rekodkan data pasal semua movies yang diaorang sewa kat Netflix. Aku lah yang kena updatekan semua info tuh, bila terima, bila tengok, bila diaorang pulangkan balik disc. Jugak pasal nama pelakun, dan jalan cerita. Tak ker buang masa aje buat semua tuh? I mean, for fuck sake, nak buat apa kan?
2. Tiap hari, lepas aku urut dia, lepas aku pakaikan pakaian dia, kitaorang mengadap komputer for like 15 minutes, just nak mendelete empat lima spam emails yang diaorang dapat. Every single email tuh dibaca, then baru didelete. Nampak macam kelas sangatlah kan, nak check email kononnya, tapi just nak mendelete spams.
3. Due date nak bayar bill cellphone pun dia suruh aku updatekan kat komputer dia. Ada ker orang buat gitu, tulis semua tuh kat pc? Ada ker? Tak ker menyusahkan hidup? Takat benda gitu pun nak tulis kat pc? Benda-benda lain tuh lagi lah kan banyaknya yang direkodkan.
4. Ituhari, masa aku terklik dua kali kat satu link nih, King Mongkut dah mengeluh. Dia kata, dia baca somewhere, kalau klik link sampai dua kali, dia kena bayar bill internet double. Aku terus gelak sambil geleng-geleng kepala.
5. Jumaat lepas, nak hantar Valentine card ke anak sedara dia, itupun dekat sejam. Disuruh aku check satu persatu, nak kena page tuh load semuanya dulu, baru lah boleh diclick "next page".
Banyak lagi lah benda-benda kecik gitu yang membuatkan jiwa raga aku terseksa. Aku pelik, selama aku kerja, dah dekat setahun nih, tak kan diaorang tak tahu yang aku nih "terrer" lah jugak dalam banyak hal. Itulah,kesimpulannya, hidup diaorang tuh nak menyusahkan aku aje gayanya.
Lepas dari tuh David ke Dick Sports, dia nak beli track bottom. Nak beli satu aje tapi dekat 3 jam kitaorang kat dalam tuh. Beli pun yang harga paling murah, tak sampai $30. Tapi, yang buat tak tahannya tuh, berhelai-helai yang dicubanya. Ada sekali tuh, dia masuk fitting room sampai dekat setengah jam, sampaikan King Mongkut dah risau, dia suruh aku ketuk fitting room tuh nak suruh tanya David kalau-kalau dia ok. So aku intai ajelah dari bawah, nampaklah kaki dia. "He's alive still", aku kata gitu kat King Mongkut.
Geram aku pasal itulah, King Mongkut tuh, dengan scooter dia, nak merayau ke sana-sini, akulah yang kena mengekor dia, dia pakai redah aje, so akulah yang kena betulkan balik benda-benda yang jatuh kena scooter King Mongkut tuh. Dan selama aku kat mall sama diaorang tuh, aku tengok aje kelaku diaorang, yang bagi aku, punyalah buang masa. Macam teenagers aje suka melepak kat mall, window shopping.
Sebab terlama kat mall, kitaorang balik sampai Forest Hills pun dah pukul 3 petang. Terlambatlah tuh sebab nak lunch, King Mongkut nak didudukkan atas throne (berak), nak buat catherter lagi. So aku cepat-cepat kasi dia makan, dan bila aku nak makan, terus King Mongkut suruh aku uruskan pemberakan dia dulu. Dia suruh aku makan masa dia berak. Tak kisahlah, asalkan aku boleh balik pukul 5, aku ok kan aje. Walaupun masa tuh aku bengang jugak, iyalah kan, ada ker patut dia suruh aku menguruskan dia nak berak dulu, then baru dia suruh aku makan. Tak ker nak berakkan dia tuh, aku kena masukkan enema kat lubang jubur dia. Dia ingat, aku boleh lalu makan lepas menoyoh enema tuh kat lubang jubur dia tuh. Silap-silap air taik dia tuh terpancut kena tangan aku.
So kaedahnya, aku tak makan lah, terus hilang selera aku nak makan, lepas aje menyodom jubur King Mongkut tuh dengan sebotol enema.Aku buang aje tuna sandwich aku tuh, tak apa lah, dalam sesejam aku dah nak habis kerja dah pun kan?
Aku turun kat Rockerfeler Center, saja ajelah nak merayau seseround kat Times Square, dah lama sangat dah aku tak jalan-jalan macam tuh. Tak ada apa pun, cuma orang semakin ramai dah sekarang nih kat area tuh. Tak lama lagi semakin sesaklah Times Square kan, cuaca dah makin elok sekarang nih. Sebelum balik rumah aku singgah kat kedai Turki, beli ayam, hati ayam, dan kelengkapan lain untuk memasak. Then singgah kedai Cina, beli sotong sama udang. Habislah $30 untuk semua tuh. Then aku mula memasak, buat sambal tumis hati ayam. Mewah rasa hidup aku malam nih sebab rasanya ini lah first time aku makan ada dua lauk. Lauk kari udang yang tuan rumah aku kasi tuh masih ada baki.
Minggu depan tak tahu lah macamana, rasanya style aku macam minggu-minggu lepas jugaklah kot, tak keluar ke mana-mana sangat. Aku dah plan, bila aku pindah ke bilik baru, masa tuh aku nak organizekan sikitlah hidup aku nih. Nak exercise pagi-pagi, nak belajar betul-betul, nak kemas-kemas bilik (dah plan nak beli bunga pun nih nak taruk kat tingkap, bilik tuh ada 3 tingkap), pendek kata aku nak mengebestkan hidup aku lah sikit.