Saturday, October 20, 2012

JumaatSabtuAhad060708022009


Waduhhhh, dah Ahad nih, entry Jumaat belum ditulis. Buat style gini ajelah, tulis satu entry untuk 3 hari, jimat sikit masa, kot? Aku rasa macam tak ada masa jer sekarang nih, terkejar-kejar aje aku. Mungkin sebab weekend kot, selalunya aku tak ada masa sangat kalau weekend.

Bagus aku nih kan Dear Diary, tersangatlah dedikasi dan berdidiplinnya dalam bab mengupdate blog. Semalas mana pun, se-tak-ada-mood mana pun, aku tetap update blog, walaupun kadang tuh lambat. Sampaikan kadang tuh Dear Diary, aku rasa sedih pulak dengan life aku nih. Macam tak ada life lah pulak rasanya, as I keep coming back mengupdate blog nih. Ko jangan kata aku tak ada life, Dear Diary, aku ada life. Cuma my life sucks, itu yang aku terpaksa tulis kat dalam blog nih hari-hari. Kesian kat aku kan Dear Diary?

Jumaat020609

Walaupun semalam aku tidur lambat, sebab aku pulun belajar Online Lesson yang aku baru registered tuh, tapi tadi aku bangun awal jugak. Dekat 3 jam rasanya I was glued to the screen, lepas satu lesson, ke satu lesson yang aku belajar. Towards the end aku buatlah test yang ada disediakan tuh. Banyak yang aku skipped, especially parts yang aku kena fikir dulu then translatekan ke bahasa Melayu (kalau tidak mana lah aku faham), so result nya mengecewakan sangat. Aku dapat 56 % aje. Pundeks tul, sikit lagi nak tak pas ekekekeke. Terus aku berenti.

Since minggu lepas aku terlepas Sembahyang Jumaat, aku pergi awal jugak ke masjid, 12-30 pm gitu. Itu yang aku tersengguk-sengguk masa ceramah diaorang sebab aku tak faham, diaorang kasi ceramah dan khutbah dalam bahasa Turki. Balik rumah lepas tuh terus aje makan, dan bersiap-siap pergi kerja. 

David harinih off so dia ada di apartment masa aku sampai. Terpaksalah aku urut King Mongkut lama jugak sebab harinih dia keletihan, pergi dentist, pergi gym etc tadi tuh. Aku selalu terfikir, apalah King Mongkut tuh buat kat gym sebab dia kat wheelchair, satu tangan aje yang boleh digerakkan, yang lain tuh semuanya lumpuh. Tapi itulah, dia mana nak kalah dengan orang kan, dalam keadaan gitu pun nak jugak ke gym, walaupun setengah jam aje. Memang tak habis-habis nak menyusahkan orang King Mongkut tuh. 

Diaorang ada guests malam nih, jiran diaorang yang kat tingkat 6 tuh. Mat Salleh tua yang kawin sama perempuan Thai, punyalah tak padan bagi aku sebab perempuan tuh muda lagi dari aku, Mat Salleh tuh dah enam puluh lebih. 

Terlambat balik aku tadi sebab dah pukul 7 diaorang belum order makanan, pukul 8 barulah nak makan. Nak kena ada dessert lagi, nak kena pekena kopi lagi, style sangatlah kononnya. King Mongkut pulak, biasanya kalau dah pukul 8 tuh dia dah suruh aku bawak dia ke bilik air tapi malam nih sampai pukul 9 dia melepak sama diaorang tuh.Bengang aje aku jadinya sebab terpaksa balik pukul 9 lebih, dah lah esok aku kena bangun awal sebab kerja pagi. 

Sabtu

Tak sempat mandi pagi nih sebab nak cepat. Itulah, tadi dah bangun dah, lepas tuh tidur semula, sedar-sedar dah pukul 8 pagi. Macamana pun sempat jugak mengeteh kat bakery Korea tuh walaupun tak dapat lepak lama sebab masuk kerja pukul 10 pagi. 

Kitaorang ke Roosevelt Filed Mall kat Long Island. Diaorang beli talipun baru untuk KIng Mongkut, yang murah aje, yang bila beli tak payah bayar apa-apa, cuma bayar activation fee aje, itupun bayar bulan depan masa dapat bill. Bab-bab talipun nih diaorang tak ambik port sangat, tak ada lah nak pakai fancy cellphone macam orang lain. Diaorang punya cellphones semuanya yang di zaman Tok Antan dulu tuh, yang tak pakai memory card. Yang tak ada camera phone. Yang tak ada caller ID pun. Itupun beria sangat tuh, diaorang kata phone baru King Mongkut tuh yang paling lawa. Yang aku tengok pun tak berselera, rasa macam malu nak pakai aje. Sebab style lama punya cellphone. 

Lambat jugak kitaorang balik walaupun tak ke mana-mana sangat pun, sebab itulah, habiskan masa kat cellphone booth tu aje, segala macam benda yang ditanya, sedangkan beli cellphone *free* aje. Cerewet bagai nak mampos.

Sebab tak sempat nak tengok dvd, lepas balik dari mall, melepak ajelah sebelum buat catherter kat King Mongkut. Dia tanya aku kalau-kalau aku nak balik awal sebab aku mungkin nak study, aku ada beritahu diaorang yang aku ada exam minggu depan. Diaorang suruh aku balik awal, so pukul 5 aku blah. Terus aje lah balik rumah, adalah dalam sejam lebih gitu aku buat revision sesikit, terpaksa tidur awal sebab esok pun kena kerja pagi jugak. 

Ahad

Macam semalam, aku tak mandi pagi. Sebab bangun lambat. Nasib baik train cepat so aku sampai Forest Hills pun sejam awal. Dapatlah aku lepak-lepak dulu sambil breakfast,sambil baca weekend paper yang tebal-tebal tuh.

Cuma satu jer aku tak suka kalau Ahad. Pagi-pagi time aku sampai tuh, ramai budak-budak belasan tahun, budak Filipino, yang baru balik (atau baru nak pergi kot?) dari church, diaorang semuanya melepak kat bakery tuh. Bising nak mampos, mengada nya pun satu hal, meluat gila aku menengoknya budak-budak tuh. Yang lelakinya semua pakai full suit, skema aje semuanya. Yang perempuan pulak, jenis yang jalan macam model aje bila masuk cafe tuh. Aku rasa bukan aku sorang jer yang meluat menengok diaorang tuh, orang lain pun sama. Cuma aku yang terasa sangat sebab setiap minggu aku kena tengok diaorang tuh. Kadang-kadang aku fikir, generation gap kot yang buat aku meluat sangat menengok kan gelagat diaorang tuh, bising riuh rendah kat cafe tuh. Aku nih dah dikategorikan sebagai generasi tua kan, aku nak kan suasana senyap sunyi gitu, ekekekekeke

David ke gym, aku menguruskan King Mongkut yang nak bercukur, nak berak etc. Sesambil tuh aku buatlah kerja lain, vacuuming, etc. Lepas tuh baru lah usung King Mongkut ke katil sebab dia nak diurut, sampailah waktu David balik. Keluar ke kedai sekejap sebab nak beli pizza untuk dinner diaorang malam nanti.

Lepas lunch kitaorang tengok dvd filem The Visitor. Pelik aku sebab for the very first time diaorang sewa film serious, biasanya filem bodoh-bodoh, filem bebudak. Aku suka sangatlah filem-filem serious gitu tuh, right up my alley kan? Kisah this one Syrian guy yang kena deport pasal duduk kat Amerika secara haram. Sebelum tuh dia berbaik dengan this American, Mat Salleh ni lah yang cuba nak tolong dia masa dia di detention center. 

Walaupun airmata aku sekali dua keluar tapi aku tak suka film tuh sebab itu kisah Arab moden, yang minum arak, yang bebas gitu. David pun pelik apa pasal aku tak suka sangat film tuh tapi aku tak ada lah beritahu dia reason apa. Diaorang lagi lah tak suka film tuh sebab tak ada ending gitu, aku sakan gelakkan diaorang sebab itu lah kali pertama diaorang sewa film serious, so aku perli diaorang suruh sewa filem-filem bodoh yang selalu diaorang tengok.

Bila David tanya aku yang aku nak buat lepas balik kerja, dan aku kata aku tak ada plan apa-apa, dia mula lah berceramah. Dia suruh aku buat something fun sebab dah sebulan lebih aku tak ke mana-mana, terus balik ke rumah aje. Betul jugak kata dia, so masa dalam train tuh puas aku fikir, ke mana lah aku nak pergi merempit? Nak tengok wayang tak ada film bagus-bagus, mood nak tengok wayang pun dah tak ada kat diri aku nih.

So aku turun kat Chelsea, kat 23rd Street. Teringat kat MamatGQ jer aku kalau melepak kat Chelsea nih. Guna GPS/Search kat cellphone, aku cari restoran Thai. Berlambak restoran Thai kat area tuh tapi semuanya either penuh atau terlalu kelas bagi aku. Aku tak pakai lawa harinih sebenarnya, tak pakai scarf, jacket pun aku pakai jacket nipis, sebab harinih cuaca boleh tahan lah, tak sejuk macam dua tiga hari lepas. Dengan kata lain, aku nih tak presentable gitu kalau nak masuk mana-mana restoran kat area Chelsea tuh. So aku terus jalan kat 9th Avenue, sampai ke Meatpacking District, rasa kecik jer aku bila tengok gelagat orang-orang kaya dining out kat area tuh. Ada jugak aku terfikir, yang kalaulah aku ada kawan, aku berani masuk kat mana-mana restoran tuh. Tapi sebab aku sorang-sorang, aku jalan tunduk aje lah, buat macam tak kisah dengan keadaan sekeliling. Sampai Greenwich Village, West Village, East Village, Tribeca, SoHo aku jalan, Last-last sampai Chinatown. Potong stim betul. Terus aku balik aje lah, makan Tomyam yang aku masak semalam tuh lagi best kan?

Terrajin pulak aku malam nih, so aku buat bubur kacang. Malas keluar, aku curi halia tuan rumah aku seketul (nanti senang-senang aku ganti lah balik) sebab tak best bubur kacang kalau tak taruk halia. Rasa macam bubur kacang orang Malaysia jer kalau tak taruk halia nih, bau kacang dia tak hilang. 

Tengah ralit memasak, tuan rumah aku balik. Dia kata yang kitaorang kena pindah nampak gayanya sebab couple Myanmar tuh dah dapat bilik sewa. Alaaa, aku dah suka duduk sini, ini nak kena pindah pulak. So minggu depan aku kena start cari bilik sewa lah, dan aku kena pindah di minggu ketiga sebab aku nak punggah barang aku sikit-sikit. Kena pakai duit lagi nampak gayanya nih, tambah-tambah kalau bilik sewa tuh nanti tak difurnish. Tak apa lah, adalah kelainan sikit hidup aku nanti kan Dear Diary?