Saturday, October 20, 2012

Rabu25022009


Pagi tadi, aku tengah sedap sambung tidur, bising lah pulak bunyi kat bilik sebelah. Rupanya tuan rumah dengan tuan punya rumah (Lily, Minah Indo tuh menyewa one floor nih dari this Chinese guy, dan dia sewakan bilik kat aku. Sewa atas sewa gitu) tengah sibuk membersihkan bilik tuh sebab new tenant nak masuk. 

Aku lah tuh, aku dah beritahu tuan rumah yang aku kena pindah latest by Saturday evening. Kotor gila bilik tuh, berguni-guni sampah sarap, itupun dah berapa hari dah tuan rumah aku berishkan. Aku pun berkemas jugaklah akhirnya.

Sebelum tuh aku pergi buat laundry, dan sementara tunggu pakaian siap, aku ke kedai beli peralatan bilik. Belilah apa yang patut, alas meja, bantal, cadar, benda-benda gitu. Nak masuk bilik baru, kena ada perkakas baru, baru lah ada semangat baru, kan? 

By noon cantik berseri bilik tuh, dan aku pun mulalah pindahkan pakaian, kasut-masut aku. Benda-benda lain, meja, etc aku pindahkan malam hari Khamis aje lah sebab tak sempat dah rasanya kalau nak punggah semua barang, aku dah nak pergi kerja masa tuh. Aku belum lunch pun lagi masa tuh. Aku terus aje lah bayar sewa walaupun masih awal lagi. Aku selalu gitu, kadang tuh tengah bulan aku dah bayar sewa untuk bulan depan. Rasa banyak lah pulak $700 tuh, sampai beberapa kali aku bilang, 7 keping duit seratus dollar. Nak mendapatkan duit sebanyak tuh bukannya senang, kan? 

Aku janji denagn tuan rumah aku yang malam Khamis nanti semuanya siaplah, siap pindah dan siap aku bersihkan bilik kecik tuh sebab Mamat Turki tuh nak datang Friday morning. 

David off esok hari so dia nak keluar makan sama kawan dia lepas habis kerja. Maknanya dia akan balik lewat, dan aku sama King Mongkut aje lah ada kat apartment. Biasalah, kena lama lah sikit mengurut King Mongkut tuh. Dan biasanya lepas urut, sebelum naikkan dia ke scooter, aku buat catherter kat dia. Tapi, dia suruh aku buat catherter lepas dinner, lepas bersihkan dia, sebelum dia tidur. Aku ok aje, bilamasa nak buat catherter pun ok aje, bukan nya aku yang nak kencing, kan? 

Tapi, aku perasan, masa kat scooter, lepas aku angkat dia tuh, dia asyik terpegang kote aje, macam budak nak kencing. Aku ingatkan kote dia gatal, aku diam kan aje. Then masa aku check email dia, masa kat meja komputer, dia terus suruh aku ambik pee jar sebab dia nak terkencing. Itulah, tadi tak nak buat catherter macam biasa, nak tunggu buat sebelah malam. Kalau dah nak terkencing tuh, buat aje lah kan? Tak sempat aku nak pergi ambil takung kencing, dia dah terkencing dulu dah. 

Then aku sorongkan lah pee jar tuh nak suruh dia kencingkan dalam jar tuh. Payahlah jugak sebab pee jar tuh lubang dia besar, King Mongkut pulak dah atas scooter, kaki dia rapat (sebab nak menahan kencing lah kot?), so berterabur lah air kencing dia membasahi bumi. Aku tonyoh-tonyoh gitulah pee jar tuh, tapi sebab kote dia tengah mengecut, mana lah masuk air kencing tuh. Tak kuasalah aku nak menarik kepala kote dia masukkan ke dalam pee jar tuh, dia yang terkial-kial sendiri. Aku rasa nak tergelak aje masa tuh, bukan pasal lucu menengok nya yang dia tuh terkencing, tapi lucu dengan perangai dia tu lah. 

Dalam pukul 6 tuh aku turun sekejap beli pizza for his dinner. Sampai aje apartment, dia kata dia terkencing lagi. Lantak ko lah. Aku siapkan dia cepat sikit, dalam 7 setengah gitu, pasal nak buat catherter, nak bersihkan badan dia lagi (yang hancing bau kencing). Banyak pulak kencing nya King Mongkut tuh harinih, walaupun dah beberapa kali terkencing, masa buat catherter tuh pun dekat nak penuh pee jar tuh. 

Malam, balik aje terus aku goreng mee hon, lepas makan terus aku bukak buku Spanish, banyak pulak homeworks yang kena dibuat. Aku tak online pun. Well, aku online tapi tak memunculkan diri kat mana-mana pun.