Thursday, October 4, 2012

Dan Itu Dan Ini Dan Begitu Dan Begini


11022007

Dulu aku ada kata yang sebelum Ita minggat (lari dari rumah), dia ada guna ponsel (cellphone) aku kan? So number yang dia called tuh ada kat phone aku. Dah dua minggu dia tetap tak balik ke rumah, tak contact Yanti/Will, aku beritahu Yanti pasal Ita guna talipun aku tuh. 

"Lho, kenapa kamu ngga' bilang sih?", Yanti tanya aku, macam bengang jer.

"Aku pun kagak tahu, dia nelpon waktu aku lagi tidur", aku jawab gitu. 

So Yanti cuba-cuba dial nombor tuh, dan nak dipendekkan cerita, memang Ita ada di rumah kawan dia, budak Vietnam. So terus ajelah Yanti sama Ara pergi jemput Ita malam tuh. Aku buat tak tahu ajelah, aku ada terdengar suara Ita masa aku tengah tidur tapi lepas tuh dah senyap balik dah. Sempat dua hari aje. Rupanya, according to Yanti, Ita nak duduk sama Ara. Dan Ara sama Yanti kata yang diaorang hanya akan balik ke rumah kalau Yanti bercerai dengan Will. 

"Kamu, omongan anak kecil mahu didengarin, kalo kamu cerei, bisa dicopotin (dicabut) citizen kamu", aku kata gitu. "Nanti percuma aja, kamu kawin pun gara-gara surat, mending kamu bersama Will aja", aku kalau bagi nasihat kat orang tuh kadangnya boleh tahan jugak. Tak, setakat nasihat kat orang bodoh memang aku boleh diharapkan. Orang yang pandai tuh tak payah nak dinasihati dah, kan? 

Dan sepanjang dua hari Ita ada di rumah, dia digrounded. No tv, no internet, no friends coming over. Dicabut semua cable, wire, semuanyalah. Mungkin kebetulan atau mungkin jugak sebab cable dicabut, aku pun tak dapat nak connect to the internet. Signal ada tapi tak terconnect ke laptop aku, ada something yang missing, yang menyambungkan signal ke laptop aku tuh. Tiba-tiba pulak tuh. Biasanya, kalau aku on kan laptop, terus aje ada signal, tapi kali ini, signal tuh ada cuma kagak bisa nyambung. Itu yang buat aku geram tuh, terkulat-kulat aje aku menengok signal tuh bergerak berkelip-kelip. Sederas jantung aku berdegup. 

"No, my computer works fine, I can go online anytime. No problem", kata Will. "Must be your laptop then", dia kata gitu. 

Malas lah aku nak beritahu dia yang aku tak lah bangang sangat nak percaya cakap dia tuh (sebab aku dah cuba a few times, check kalau-kalau laptop aku buat hal) so aku senyapkan aje lah. Tapi aku yakin yang cable modem yang buat hal. Either dicabut, tak ketat, atau digigit tikus. Dah lah connection di rumah buat hal, (aku rasa rasanya lah aku boleh terima hakikat itu, walaupun ada aku terfikir yang aku nak pindah tempat lain aje, sewa bilik kat rumah lain.... ooppsss), kat tempat kerja pun masalah connection jugak.

Dulu adalah 3 signal yang aku boleh curi, tapi sekarang dah tinggal satu. Kadang-kadang aje ada satu signal yang lain, tapi yang itu takat muncul sekali sekala aje. Signal yang biasa aku curi tuh dah tak dapat aku curi lagi dah sekarang nih. Bukan dah diencrypted, cuma kagak bisa nyambung. Gue pusing deh, gue pusing! Ada aku terfikir, kalaulah signal yang satu-satunya nih tak dapat aku access jugak nanti (mintak-mintakk jangan lah), aku akan berhenti kerja besoknya ajelah. Itu kira emergency lah tuh, excuse yang boleh dimaafkan. Takkan aku nak kerja selama 12 jam tuh tanpa ada internet? Gila ko!

So itulah satu benda yang buat aku macam terdown aje minggu lepas tuh. Aku fikir jugak, kalau aku pindah, susah jugak nanti nak adjust dengan keadaan baru. Memanglah banyak bilik yang nak disewakan di kawasan sini (aku tak boleh sewa di tempat lain sebab di "sana" tuh perlukan segala surat-surat, sewanya pun mahal), di kawasan orang Indo nih. Tapi, sejak berita penangkapan besar-besar orang Indo ituhari, aku jadi seriau jugak sekarang nih. 

Kebanyakan orang Indo, diaorang menyewa di rumah/apartement yang landlordnya orang Asian-Americans. Dalam satu rumah tuh, sampai tujuh lapan orang, kalau yang bilik banyak, sampai berbelas-belas orang dimuatkan. Sewanya per kepala. Dulu, dua tiga tahun lepas, orang Indo nih termasuk dalam kumpulan "penduduk-penduduk di Amerika (legally atau illegally)" yang disuruh mendaftar. Rakyat Malaysia tak termasuk dalam senarai tuh, yang kebanyakannya untuk negara-negara yang ramai penduduk Islam. So kebanyakan diaorang nih mendaftarlah. Lepas pada tuh, diaorang kebanyakannya buat permohonan suaka politik (asylum), basedkan on pergaduhan orang Pribumi sama Cina Indo, a few years back itu kan? 

Dulu, beberapa tahun lepas, memang ramai yang digranted, yang dapat jadi penduduk Amerika secara halal. Tapi, sekarang nih dah memang susah, ramai yang permohonannya ditolak, especially lepas komplot gereja Indo yang di Virginia ituhari. Pihak gereja yang buat permohonan asylum palsu ituhari. So bila permohonan asylum ditolak, diaorang akan appeal, sekadar beli waktu sebab sidang yang akan datang biasanya mengambil masa setahun. Dan dalam masa setahun tuh, sesiapa yang tengah apply, diaorang akan dapat work permit, ada Social Security Number. Pendek kata, jadi macam legal lah sekejap, boleh ambil lesen kereta, boleh buka bank account, boleh apply loans, boleh buat itu ini macam orang legal yang lain. Dan bila sampai masanya, bila dah nak masuk sidang yang terakhir, diaorang akan pindah rumah. Lari. Tak beritahu Lawyer masing-masing pun. Pindah, lari gitu aje. Pihak Immigrasi, bila dua kali surat yang dihantar tak dijawab, diaorang akan buat serbuan. Biasanya subuh-subuh lagi. (Rumah Yanti pernah dua kali diserbu, pasal penyewa sebelumnya yang asylum dia ditolak, dah pindah ke tempat lain. Nasib baik masa tuh aku kerja di Maryland, kalau tidak, lain cerita lah pulak) So, aku takut nak cari bilik sewa yang lain sebab takut (macam orang Indo yang nak cari bilik sewa jugak lah) jadi macam itulah. Dibuatnya, penyewa sebelumnya ada apply asylum, lepas tuh dia kabur (lari), last-last orang yang tinggal di rumah tuh (yang semuanya illegal) akan ditangkap bila pihak Immigrasi buat serbuan. Dulu waktu aku sama Mus, kitaorang pindah pun pasal itu lah, sebab rumah kitaorang duduk tuh kat tengah-tengah kawasan orang Indo, dan selalu sangat orang keluar masuk duduk di rumah tuh, yang apply asylum pun ramai. 

Jadi, setelah fikir masak-masak yang bukan itu penyelesaiannya (pindah rumah), baru lah aku rasa lega sikit. Itulah susahnya jadi illegal nih, nak sewa bilik susah, nak ada internet connection sendiri pun susah. Semuanya nak harapkan orang yang legal. Kalaulah aku nih legal orangnya, tak adalah sesusah begini. Tak akan aku fikir pun benda-benda kecik macam pasal internet, pasal sewa bilik gitu tuh. 

-----------------------------------------

Sebenarnya salah aku jugak yang aku kurang tidur nih. The first few weeks aku kerja dulu, hampir setiap hari aku curi-curi tidur masa kerja. Curi yang dibenarkan dek bos aku. Dari pukul 4 sampai 6 pagi tuh, bila dah tak ada kerja nak dibuat, bila dah letih online, aku akan masuk ke office dan kunci dari dalam. Then aku akan cuba-cuba tidur. Biasanya dapatlah sesetengah jam, paling lama pun dalam sejam. Biasanya akan ada ajelah orang yang datang kacau, nak beli itu lah, ini lah, nak hantar pakaian lah, nak ambil pakaian yang dah dicuci lah. 

Tapi, sejak sesebulan dua kebelakangan nih, aku dah tak buat gitu dah. Aku dah tak cuba curi-curi tidur dah waktu kerja tuh. Sebab apa? Sebab aku online. Aku dapa satu port yang baik kat satu ceruk kat belakang kedai tuh. Kat situ lah aku online. Siap pasang portable heater lagih. Siap ada bangku kecik lagih. Laptop aku, aku tarukkan atas kotak bekas sabun. So, biasanya dari pukul 1 pagi sampailah pukul 7 tuh, laptop aku akan on aje. Ada lah masanya aku berhenti kejap, nak mengemop ker, atau nak layan customers ker, tapi memang tak lama, kejap aje.

So, nak tidur pun jadi malas, walaupun kadang-kadang tuh aku tak buat apa pun online. Kadang tuh aku siap tersengguk-sengguk depan laptop lagih. So dalam sehari tuh aku cuma harapkan tidur aku yang selama lima enam jam yang kat rumah aje lah. Itu yang buat aku mengantuk dan rasa lemah aje badan. Dari sehari ke sehari, badan rasa layu. Nak harapkan masa off aje untuk bayar hutang tidur. Dan masa dalam train, masa dalam perjalanan pergi balik kerja. Dapatlah tidur-tidur ayam sesekejap. 

Bila badan rasa lemah, letih, itu yang buat aku rasa macam tak ada mood aje tuh, rasa down aje. itu yang buat aku nak marah, nak makan orang aje kerjanya. Tak kiralah kat customers ker atau kat sesiapa yang chat dengan aku kat tagboard.

"You'll be dead by the age of sixty", kata this one customer bila dia tanya aku, bila aku kata yang dalam sehari aku tidur lima enam jam, tidur waktu siang pulak tuh. 

"Think about it", kata dia lagi. Memang pun, itu yang aku asyik dok fikir, ada betulnya kata pakcik tuh. 

"Go do something else, or go somewhere far for holidays", dia kata lagih. Iyalah tuh. Nak guna bulu kote?