Monday, October 22, 2012

IsninSelasa0607042009


Isnin

Hujan lebat sejak pagi, so aku sambung tidur lah. Minggu lepas asyik berjalan aje kerja nya, so aku tak rasa bersalah sangat melepak-lepak sepagian. Macamana pun aku terpaksa keluar jugak dalam hujan lebat tuh sebab aku nak ke Instituto Cervantes, nak tengok kalau-kalau ada kelas yang boleh aku join. Esok akan mula term baru.

Kelas aku Level 1.3 dikansel sebab tak cukup students, so diaorang suruh aku join kelas Selasa/Khamis tapi pukul 6-9 pm. Aku tak boleh join pasal aku kerja. So diaorang suruh aku join kelas Khamis (10-1pm) tapi itu bukan kelas intensive, kelas nya cuma sekali seminggu, untuk 10 weeks. Lambat sangat rasanya kalau 10 minggu so aku tak nak. Last nya aku kata aku nak tunggulah lagi 5 minggu (satu term kelas intensive tuh 5 minggu aje), then aku akan join kelas 1.2 term ini yang term depan jadi 1.3. So aku tak payah bayar apa-apa dah sebab dulu aku dah bayar. So kaedahnya aku dapat berihat selama 5 minggu, 11 haribulam May nanti aku akan join Level 1.3

On the way balik dari Cervantes tuh baru aku terperasan yang sama aje kalau aku join kelas hari Khamis, walaupun cuma sekali seminggu tapi kalau aku tunggu kelas 1.3 yang bulan 5 tuh nanti, lessons nya akan habis di waktu yang sama, kan? Apa pasal lah bengap sangat aku nih, benda gitu pun tak terfikir tadi nya tuh. Aku cadang nak patah balik nak mintak tukar, tapi bila fikirkan yang aku tak nak menyusahkan diaorang, aku batalkan niat aku. Aku nih memang tak suka menyusahkan orang, menyusahkan diri sendiri, itu nombor satu.

Since aku ada banyak masa, dan hujan pun lebat, aku terus ke Forest Hills, ke Pinang Restaurant. Makan kari sayur, tak best lah pulak sebab pekat sangat kari nya, rasa macam melekat semua santan dan kari tuh kat jantung aku. Since tokay tak ada (tokay tuh datang pukul 6 onwards aje dah sekarang nih sejak dia dah ramai pekerja, Ramon sama awek Indo, anak-anak diaorang yang dua orang tuh pun kerja - dulu tokay tuh dah kata yang dia nak lepaskan restoran tuh kat anak-anak dia aje sebab nanti diaorang nak balik bersara kat Malaysia), so aku makan pun kat meja belakang, kat tempat Ramon sama waiter Nepal tuh tengah buat kerja, memotong sayur. Kat restoran orang Asia, waiters kena buat kerja-kerja memotong sayur tuh, masa tak sibuk, biasanya lepas lunch hours.

Lepas makan, sesambil sembang dengan Ramon, dengan mamat Nepal tuh, aku tolong-tolong diaorang potong sayur, mengopek kacang buncis (ala, buang urat kacang tuh), sampai dua karung. Best jer buat kerja gitu sesambil bersembang. Terfikir jugak aku, kalau kat rumah, nak mengupas bawang dua tiga bijik pun aku malas (itu yang aku tak memasak tuh), tapi kalau dah ramai-ramai tuh seronok pulak buat kerja, tangan sibuk mengupas itu ini, mulut pulak pot-pet pot-pet aje.

Since Ramon off hari esok, dia tanya aku kalau-kalau aku boleh tunjukkan dia kat mana masjid di Manhattan, jugak dia nak cari kerja kat mana-mana lah di Manhattan. Aku setuju aje lah bila dia ajak aku keluar hari esok, pagi-pagi, sebab tengahari aku dah nak pergi kerja. Dia pun nak pergi Restoran Laut, nak tanya-tanya waiters Indon kat situ, sebab aku kata kat dia yang restoran tuh sibuk, sure boleh dapat tips banyak.

David beritahu yang minggu ini, malam hari Rabu dan Khamis kitaorang akan ke rumah nenek dia untuk Passover, hari besar orang Jews. Semua sedara mara diaorang akan datang, dalam 20 orang gitu. Jumaat pulak dia suruh aku datang awal sebab caregiver yang pagi tuh nak balik awal, sebab Easter.


Selasa

Tak ada lah aku keluar awal sangat pun sebab Ramon kata dia nak buat laundry dulu. Janjinya dalam pukul 10 gitu baru dia akan call aku, so aku terus aje lah ke Times Square. Breakfast kat sana, kat Port Authority Bus Terminal. Tak ada pun dia talipun, malaslah aku menalipun dia sebab semalam aku dah kata yang aku tak akan talipun dia, walaupun dia suruh jugak aku talipun, mana lah tahu kalau-kalau dia terlupa. Tak masuk akal lah boleh lupa, kan?

So aku merayau-rayau aje lah kat Times Square tuh, mencari-cari idea apa yang aku nak buat. Bukan untuk harinih, tapi untuk akan datang. Aku nih kena lah ada something to look forward to, kalau tidak terasa bosan sangat hidup nih. Itu yang aku ke Nokia Theatre, tapi aku tak beli pun lagi tiket untuk concert yang aku nak pergi nanti, konsert UB40 (U-Bay-Cuarenta, in Spanish). Sebab concert tuh hari Khamis, aku kena mintak cuti kalau nak pergi. Awal June nanti aku dah lah cuti bergaji seminggu, so rasa macam tak best lah kalau aku mintak cuti di bulan May nanti. Tengoklah macamana.



[Alaaaa, terjumpa pulak iklan concert nih. Mengancam sungguhlah! ]





[Dapat tengok Broadway show lagi kan ker best?]

Pukul 12 setengah baru Ramon talipun, dia baru nak pergi buat laundry. Bengang jer aku tapi aku maintain kata, "Gapapa, gapapa, lain kali aja, lain kali aja, gapapa". Tapi dalam hati aku punya lah menyumpah, gini lah orang Indo, suka sangat berjanji. Dia kata dia tidur lewat semalam sebab sibuk online, cari kerja. Semalam aku ada lah tunjukkan kat dia kat mana nak cari kerja, itu yang dia kata dia penasaran sangat semalam tuh, sampaikan pukul 3 baru dia tidur. 


Yang aku bengang nya bukan apa, kalaulah dia tak dapat datang, pasal tak talipun aku awal sikit? Ini aku buang masa gitu aje menunggu dia. Kalau tak, sure aku boleh buat laundry. Tak pun pergi gunting rambut. Tak pun, boleh aku memasak. Tak pun boleh aku belajar Spanish aku. Tak pun boleh aku tidur. Buang masa betul lah. Kat New York nih mana boleh buang masa gitu kan? Every minute counts lah. 

In a New York minute
Everything can change
In a New York minute
Things can get pretty strange

In a New York minute
Everything can change
In a New York minute....

[New York Minute - Don Henley]