Hujan lebat turunnya masa aku pergi kerja, aku sampai aje apartment diaorang, David terus keluar ke gym. Diaorang tak ada plan nak ke mana-mana pun harinih sebab akan hujan seharian. Tak nak pulak King Mongkut tuh berak, lepas minum juice, lepas mencukur dan basuh muka etc, terus dia suruh aku angkut dia ke katil. Pelik aku, baru pukul 10 lebih sikit, baru aje dia bangun pagi, baru lepas cuci muka, nak tidur semula.
Sementara dia tidur, aku sapu lantai, vacuum rugs, dalam sesetengah jam. Lepas tuh terus lah aku mengurut dia, tak nak buat macam minggu lepas, pura-pura buat kerja, bila dia panggil suruh urut dia, aku jadi bengang. Tak tidur semalaman King Mongkut tuh agaknya sebab lena aje dia tidur masa aku mengurut dia tuh, sampai lenguh-lenguh tangan aku mengurutnya, dekat dua jam. Nasib baik lah aku bawak cellphone siap-siap, dapatlah aku online sekali-sekala.
Lepas lunch kitaorang tengok dvd filem Hancock (Will Smith), macam hampas ceritanya, bodoh dan tak masuk akal. Mulanya David nak stop kan aje tapi sebab dah tak ada movie lain, terpaksalah tengok sampai habis. Berbakul kitaorang mengutuk film tuh, dah lah kat luar hujan, dah lah harinih membosankan, tengok pulak film bodoh, memang harinih one of those days lah.
Aku kata nak balik awal, pukul 5, lepas aje buat catherter kat King Mongkut. Tak tahan dah aku bosannya. Esok pulak masuk kerja pukul 11, David suruh aku datang pukul 10 tapi aku berkeras kata yang aku nak masuk kerja pukul 11 sebab tak ada apa sangat nak dibuat, kitaorang pun tak keluar ke mana-mana esok. Dia suruh masuk pukul 10 tuh bukan apa, dia tahu yang dah lah harinih aku balik awal (kurang jam kerja), esok lagi sejam aku akan rugi kalau aku masuk kerja lewat. Aku tak kisah rugi dalam dua jam tuh, money's not everything, kan?
Hujan dah sidang, kat luar pun masih cerah, then mula lah aku berbelah bagi macam selalu kalau di hujung minggu, tak tahu nak pergi ke mana. So aku ke Jackson Heights sembahyang Asar. Lepas tuh bodoh jer lah jadi nya, rasa macam nak terus balik ke rumah aje, nak memasak (at least ada aktiviti). Rugi pulak kalau terus balik, kan? Saturday night, tak kan nak melepak kat rumah. At least jalan-jalan lah. Tapi, nak jalan ke mana? Nak pergi tengok wayang? Filem yang aku nak tengok pun, cuma satu, kat Lincoln Plaza, filem Iran, tapi wayang tuh main nya pukul 9, lewat sangat.
So aku decided nak ke Union Square, ke Restoran Laut, dah dua minggu tak ke sana, memang dah tiba masa nya aku makan di sana lah pulak, kan? Aku kena pergi awal sikit sebab nanti kalau dah lewat, sure ramai orang. So terus lah aku naik F train, turun di 14th Street.
Tak ada orang pun kat restoran tuh, sebab masa tuh dalam pukul 6 lebih, lagi pulak esok Easter, ramai orang bercuti kot. So aku dilayan bagaikan orang kenamaan lagi, waiter Indo, waitress Cina Malaysia, Manager Cina Malaysia tuh semuanya berkerumun kat meja aku, sembang-sembang. Masa aku tengah makan, aku sembang dengan waiter Cina Indo tu aje lah, dia pun melepak kat meja aku jugak. Banyak dia tanya aku pasal kerja, biasalah tuh, orang Indo kalau bersembang, sure tanya pasal kerja, kat mana kerja best, kat mana boleh dapat gaji best.
Bila aku dah siap makan, dua-dua Cina perempuan tu pulak sembang dengan aku, bergurau-gurau senda gitu lah. Sampai lah diaorang tanya aku, yang apa pasal aku tak renew passport aku yang dah lama mati tuh. So aku beritahu lah yang aku tak ada IC/surat beranak etc, "Saya apa lancau pun tarak", aku bergurau sambil mencarut gitu. Diaorang tak percaya yang aku tak ada IC, surat beranak semua tuh. Yang aku selamba aje walaupun passport dah mati, itupun diaorang tak percaya.
"You tak mau balik Malaysia ka?", tanya Manager tuh.
"Tak mau, duduk sini lagi best", aku kata gitu sambil gelak-gelak, aku bergurau aje sebenarnya sebab lepas tuh terus aku kata, "Of course saya mau balik".
"You ini saya ingat, kawin belum tapi nikah sudah", kata Manager tuh. Sambil gelak-gelak, berguraulah tuh. Then diaorang cakap Cina, sambil angguk-angguk.
"You ini mesti ada bikin jahat, itu pasal you tak mau balik Malaysia. Did you kill someone? Did you do something bad?", Manager tuh tanya aku. Again, sambil gelak-gelak. Berguraulah tuh. Aku senyum aje, sambil geleng-geleng kepala.
"Apa you sudah bikin ha? You bunuh orang ka?", dia tanya lagi.
"I'm a good guy lah, never crossed my mind to do that kind of things. Apa lah you ni", aku kata gitu.
Lepas tuh aku tengok diaorang bersembang, in Chinese, sambil angguk-angguk kepala, yang aku boleh faham sangat yang diaorang tuh cakap pasal aku. Yang diaorang tuh sure kata (dan bersetuju) yang aku nih tentunya orang jahat, sebab tu tak nak balik Malaysia. Masa tuh, terus terbayang kat kepala otak aku, benda-benda baik yang aku buat selama ini. Tak ada pun benda-benda jahat yang terlintas di kepala aku, sebab sememangnya aku tak ada pun buat benda-benda jahat. Macam yang diaorang fikirkan tuh. Begini rupanya pandangan diaorang tentang aku. Diaorang ni ingat aku macam diaorang, ingat aku macam orang-orang Indo yang lain? Diaorang tuh memanglah, benda-benda gitu biasa aje bagi diaorang. Tapi bagi aku, tak terlintas pun di otak aku pasal benda-benda gitu, aku punya lah baik orang nya, yang kalau aku ceritakan kebaikan aku, sure diaorang tak percaya.
Tiba-tiba aku jadi sedih gitu. Sedih hina gitu. I have my pride, I have my my dignity, I can't let these two bastards memalukan aku. Aku kena confront diaorang, walaupun aku nampak macam bodoh aje tapi aku nih berfikiran macam Mat Salleh kadang tuh. Mat Salleh, diaorang akan confront, dan biasanya diaorang akan kelurkan isihati diaorang kalau diaorang tak setuju dengan sesuatu. Diaorang tak simpan-simpan.
"Ya lah, you must have done something wrong, did you kill someone? What did you do?", Manager tuh tanya aku lepas dia sembang-sembang dengan waiter tuh. Mendidih darah aku jadinya, terbakar habis hati aku jadi nya. So, sambil telunjuk aku ke arah Manager tuh, aku kata, "Hey, how dare you (to) say things like that, I'm a good guy lah . I'm so offended. Seriously, I'm deeply hurt. I can't believe this".
"Ayoo, dia joking saja lah", kata waitress tuh kat aku.
"I know she's just joking but she doesn't have to repeat that sentence again and again", aku kata gitu.
"Tenang, jangan marah, dia bercanda aja", kata waiter Indo tu pulak. Agaknya dia terperasan yang aku serious, aku memang bengang.
"Iyala, kalau you tarak bikin salah, if you didn't kill someone, or did bad things, apa pasal you tak ada IC?", Manager tuh tanya aku, again sambil gelak-gelak.
"Hey, I'm serious, don't simply say things like that, you don't know me. You can't say things like that to anyone, that's very offensive", aku cakap pun terketar-ketar, sedih campur bengang.
"Ayoooo, saya just joking, ma. I was just asking", kata Manager tuh, dia tak gelak-gelak dah bila dia perasan yang aku memang marah.
"You call it a joke, asking nasty thing over and over again? You think I'm stupid enough not to notice that?", aku kata gitu, tapi aku gelak-gelak, cuba nak menenangkan hati aku yang bengang tuh.
"Sudah lah, dia udah minta maaf sama kamu", kata waiter Indo tuh sambil peluk-peluk tengkuk aku.
"Gak, aku tenang aja, aku bisa bercanda but that was a very hurtful remark", aku kata gitu, again sambil gelak-gelak. Tapi, gelakkan aku tak dapat menyembunyikan rasa bengang aku tuh agaknya. Gelak aku kelat.
"Decent people don't say things like that", there I go again.
"Eh kasi aku bill", aku suruh waiter Indo sediakan bill, aku nak blah, lama-lama aku kat situ kang boleh mengamuk aku jadinya. Hilang pahala nak happy-happy, gini kesudahannya, kata aku dalam hati.
"Waduhh, kamu gini orangnya ya, gak bisa bercanda, jangan terlalu emosi", kata waiter Indo tuh.
"Gakpapa, gakpapa, aku bukan emosi, aku udah selesei, aku mau pulang aja", aku gelak-gelak, aku tepuk bahu dia.
"Ayoo, dia sudah cakap sorry, dia joking saja", kata waitress Cina tuh.
"That's alright, that's alright", aku kata gitu.
"Just give me that bloody check (bill) will ya?", bila waiter Indo tuh tak nak kasi bill kat aku. Dia nak suruh aku lepak lagi.
"That's ok, that's ok", kata Manager tuh. Entah apa yang ok nya aku tak tahu. Dia suruh waiter Indo tuh kasi aku bill gamaknya.
$17-50 harga teh ais sama nasi lauk sambal tumis sotong belacan tuh, so aku keluarkan dua helai duit, $20 dan $ 10. Nak kasi $20 aje, tak cukuplah pulak 20% tips, so aku (masih tengah marah) kasi ajelah another $10 tuh. Tu dia, more than 80% aku punya tips.
"I'm sorry", kata Manager tuh bila aku pakai jacket, aku bangun dan berjalan keluar.
"That's alright", aku kata gitu. Tapi dalam hati aku kata, "Kelentit ko lah"
Aku keluar aje dari restoran tuh, rasa macam di awang-awangan. Aku jadi bengang kat diri aku, apa pasal aku sensitif sangat, apa pasal aku emosi sangat, apa pasal aku cepat sangat naik darah.
Manager tuh kan ker bergurau aje? Yang aku serious sangat, sensitif sangat, emosi sangat, apa ke jadahnya? Aku tetap tak puas hati, aku tahu dia bergurau, tapi yang dia dok ulang-ulang sampai empat lima kali tuh yang buat aku tak tahannya. Then yang dia bersembang in Chinese lepas tuh anggukkan kepala, itu lagi lah aku tak tahannya. So aku rasa memang patut pun aku naik angin tadi tuh, memang patut pun aku tunjukkan yang aku disappointed dan offended dengan statement dia tuh.
Boleh kalau aku buat tak peduli aje, after all she was only kidding kan? Walaupun mulanya aku buat tak peduli sangat, aku gelak-gelakkan aje tapi towards the end, hati kecil aku memberontak. Selama ini aku jaga hati aku dari disakiti orang, sebab aku pun tak suka menyakiti hati orang.In real life lah kan? Online tuh, that's another story, I'm a bitch from hell kalau bab-bab mengutuk orang kat online. Itu tak kisah lah sebab nobody knows me, I can just hide behind the computer and laugh my ass off sesambil mengutuk orang kan?
Aku keluar aje dari restoran tuh, rasa macam di awang-awangan. Aku jadi bengang kat diri aku, apa pasal aku sensitif sangat, apa pasal aku emosi sangat, apa pasal aku cepat sangat naik darah.
Sepanjang perjalanan ke Union Square subway station tuh, walaupun hiruk pikuk bunyi kenderaan, walaupun bertali arus orang ke sana sini kat Flea Market di situ, aku rasa macam aku sorang aje di situ. Sebab aku tak peduli orang, aku terus aje jalan membawak diri aku yang bodoh tuh, aku macam masih tak percaya yang aku jadi marah sangat tadi nya.
Manager tuh kan ker bergurau aje? Yang aku serious sangat, sensitif sangat, emosi sangat, apa ke jadahnya? Aku tetap tak puas hati, aku tahu dia bergurau, tapi yang dia dok ulang-ulang sampai empat lima kali tuh yang buat aku tak tahannya. Then yang dia bersembang in Chinese lepas tuh anggukkan kepala, itu lagi lah aku tak tahannya. So aku rasa memang patut pun aku naik angin tadi tuh, memang patut pun aku tunjukkan yang aku disappointed dan offended dengan statement dia tuh.
Boleh kalau aku buat tak peduli aje, after all she was only kidding kan? Walaupun mulanya aku buat tak peduli sangat, aku gelak-gelakkan aje tapi towards the end, hati kecil aku memberontak. Selama ini aku jaga hati aku dari disakiti orang, sebab aku pun tak suka menyakiti hati orang.In real life lah kan? Online tuh, that's another story, I'm a bitch from hell kalau bab-bab mengutuk orang kat online. Itu tak kisah lah sebab nobody knows me, I can just hide behind the computer and laugh my ass off sesambil mengutuk orang kan?