Monday, October 22, 2012

Sabtu18042009


Kelam kabut aku nak breakfast tadi sebab train lambat, dah tuh tersangkut-samgkut pulak, sampai kat Forest Hills 9-45 pagi. So aku beli kopi, roti, dan aku makan minum sambil berjalan ke apartment diaorang aje lah.

David pergi gym masa aku sampai tuh, dia suruh aku siapkan King Mongkut sebab pukul 12 kitaorang nak keluar. Suka sangat agaknya King Mongkut bila dengar David kata yang kitaorang nak keluar, terus dia suruh aku angkut dia ke katil, nak buat catherter, then siapkan dia. Aku kata aku nak cukur dan basuhkan muka dia dulu barulah angkut dia ke katil, sebab aku tak nak buat kerja dua kali, angkut dia ke katil then bawak dia turun ke bilikair then angkut semula ke katil. Dia ingat dia tuh bayi ker senang nak diangkut-angkut gitu.

Lepas tuh terus aje dia suruh aku siapkan dia sedangkan kitaorang masih ada dekat 2 jam untuk bersiap sedia. Aku nak dia melepak aje di katil sesambil aku buat kerja lain, cuci pinggan mangkuk, vacuum lantai etc. Itulah aku kata, tak sabar-sabar dia nak bersiap, mengalahkan budak kecik lagi. So aku kasi lah dia sedas tembakan, terus dia senyap. Agaknya masuk akal dia aku punya reasoning tuh, terus dia terdiam. Dalam sesetengah jam tuh aku buatlah apa-apa yang patut, bersihkan semuanya sebab petang nanti kawan diaorang nak datang.

Aku ingatkan ke mana lah diaorang nak pergi harinih, rupanya ke Roosevelt Field Mall tu jugaklah. Ya ampun, bosannya lah hidup diaorang nih, macam tak ada tempat lain dah nak pergi. Tak lama kat mall tuh sebab David kata yang diaorang ke situ setakat jalan-jalan aje, sebab cuaca pun elok, panas.

Kitaorang balik semula ke Forest Hills pun dalam pukul 2, aku dah rasa happy dah sebab bolehlah balik awal harinih tapi King Mongkut pulak buat hal, dia sakit perut. Sampai dua kali dia terberak, itu yang terpaksa aku tunggu sampai pukul baru balik tuh.

Aku turun kat Roosevelt Island subway station petang nih, dari situ naik tram/cable car ke 61st Street/3rd Avenue. Masa dalam tram tuh, mamat yang berdiri kat sebelah aku, muka dia sebijik macam muka King Mongkut. Terkejut aku, tak lepas-lepas aku pandang dia dari atas ke bawah, sebab macam yang aku kata tuh, sebijik macam King Mongkut. Cuma yang bezanya, dia tuh tak cacat. Aku cadang nak tegur dia, nak beritahu dia, tapi dia sibuk bersembang dengan kawan dia.

Ngam-ngam aku sampai panggung Cinema 123 pukul 7, lawa panggungnya, besar dan bersih. Aku tengok filem Is Anybody There (Michael Caine), film British yang Directornya orang yang sama menerbitkan Boy A. Tak ada lah best pun film tuh, kira ok aje lah, iyalah, Michael Caine berlakun, sure film yang banyak bercakap aje kan? 

Satu benda yang buat aku macam terkedu sikit, dalam film tuh ada lagu Come On Eileen (Dexy's Midnight Runner), lagu zaman-zaman 80an dulu kot (film tuh kisah tahun 1987). Tengahari tadi masa dalam kereta waktu pergi Mall, David ada pasang radio, then ada lah lagu tuh yang dah bertahun aku tak dengar, tengah sedap aku mendengarnya, David tukar stesen radio, so aku macam terpotong stim lah kaedahnya. Jadi, bila lagu tuh ada dalam film tuh, itu yang aku rasa macam tersentak sikit tuh, macam tau-tau aje yang aku nak dengar lagu tuh sampai habis.

Ini sinopsis film tuh yang aku copy/paste aje:

Set in 1980s seaside England, this is the story of Edward, an unusual ten year old boy growing up in an old people's home run by his parents. Whilst his mother struggles to keep the family business afloat, and his father copes with the onset of mid-life crisis, Edward is busy tape-recording the elderly residents to try and discover what happens when they die. Increasingly obsessed with ghosts and the afterlife, Edward's is a rather lonely existence until he meets Clarence, the latest recruit to the home, a retired magician with a liberating streak of anarchy. Is There Anybody There? tells the surprising, touching story of this odd couple - a boy and an old man - facing life together, with Edward learning to live in the moment and Clarence coming to terms with the past."