Sama aje aktiviti aku ketiga-tiga hari nih. Well, hari-hari lain pun aktiviti aku sama jugak tapi rajin pulak aku buat update. Cuma sekarang nih malas nak update, buat style gitulah, boleh buat satu update jer sekali harung, kan?
Minggu nih cuaca pun ok jugak, tak hujan, tak berapa sejuk, tapi aku malas nak pergi jogging sebab tidurnya sampai ke pukul 9 lebih. Kalau aku ke playground tuh lewat, dah penuh dengan budak-budak, dengan AhSo-AhSo, bosan aku menengoknya diaorang tuh, duduklah mencangkung memasing tuh kat sekeliling padang tuh sedangkan banyak benches kat situ. Orang-orang Cina nih, ke mana-mana pergi, tak berubah perangai suka mencangkung tuh.
So aku buat exercise kat rumah aje lah, aku cari disco music of the 80's & 90's kat internet, then aku melompat-lompat ikut rentak music. Best gak dengar lagu lama-lama nih, tak kisahlah lagu Donna Summer ker (She Works Hard For The Money, Hot Stuff), lagu Modern Talking ker, aku ikut aje.
Deep in my heart - there's a fire - a burning heart
Deep in my heart - there's desire - for a start
I'm dying in emotion
It's my world in fantasy
I'm living in my, living in my dreams
You're my heart, you're my soul
I'll keep it shining everywhere I go
You're my heart, you're my soul
I'll be holding you forever
Stay with you together
[You're My Heart, You're My Soul - Modern Talking]
Kebetulan pulak minggu nih aku terrajin nak memasak, so itu yang aku kata aktiviti aku untuk 3 hari nih sama aje.Letih lah asyik makan kat luar aje kan sesebulan nih, itu yang buat aku turun ke dapur tuh. Dapat memasak sekali sebulan kira bagus sangat dah tuh.
Aku memasak hari Rabu, dan di luar jangkaan aku, Khamis dan Jumaat aku masih makan masakan yang sama. Biasanya kalau aku memasak, makan dua kali aje aku dah naik muak, tapi kali ini sampai kali berturut-turut aku makan lauk yang sama, tak bosan pulak. Sampai ke titisan kuah yang terakhir aku makan, punyalah sedapnya opor ayem yang aku masak tuh (Opor ayem ni kalo di Malaysia dibilang gule ayam masak lemak, cuma bedanya opor nggak encer seperti gule lemak. Opor ni agak kentel gitu). Malam pulak aku masak pengat pisang, so kira mewah jugak aku dua tiga hari nih, lepas makan nasik, makan pengat, makan keropok.
Since cuaca pun elok, lepas aje Zohor, aku terus keluar pergi kerja, at least aku keluar lah jugak kan? Sempatlah aku merayau-rayau sekejap kat aku punya neighborhood nih, saja jer aku keluar lepas Zohor sebab that way aku tak akan terbeli apa-apa, sebab aku nak terus pergi kerja aje. Katalah aku keluar way before aku pergi kerja, haruslah aku terbeli benda-benda yang tah apa-apa. Itu aje caranya dari tak mengeluarkan duit untuk benda tak berfaedah, jangan keluar rumah, atau keluar lewat sikit.
Dan since aku sampai Forest Hills agak awal, aku tak ke mana lah, tak ke internet cafe, tak ke bakery untuk mengopi. Instead aku ke Secret Garden aku, melepak kat bench tuh sorang-sorang sambil menengok orang lalu lalang. Kejap-kejap online guna cellphone, itu aje lah kerja aku 3 hari lepas.
Oh yeah, sesambil melepak tu kan, macam orang gila yang lain jugak lah, kadang-kadang tuh menyanyi slow-slow. Sekarang nih kat kepala aku terstuck lah sebijik lagu nih. Lagu I Dreamed A Dream. Ini semua gara-gara Susan Boyle yang dalam rancangan Britain Got Talent tu lah.
I had a dream my life would be
So different from this hell I'm living
So different now from what it seemed...
Now life has killed the dream I dreamed...