Monday, October 22, 2012

Jumaat10042009


Malas nya lah pagi ini nak bangun awal tapi terpaksa dikuatkan jugak semangat. Sempatlah makan meehon kuah pecal sebelum keluar tuh, so habis dah lah bekalan kuah pecal aku. Keropok pulak aku dah nak berhenti goreng setiap hari, dah tinggal beberpa keping jer dah nih, kena berkelimat lah sikit, tak nak kasi cepat habis. Ataupun goreng dua keping sehari aje kot, ha, kalau macam tuh boleh tahan lama sikit. 

Aku terus aje ke Jackson Heights, lepas Sembahyang Jumaat terus aku berkejar ke Forest Hills sebab harinih disuruh masuk kerja pukul 2-30 pm. 

Aku sampai aje, King Mongkut terus suruh belikan dia pizza sama susu, dia belum lunch lagi rupanya. Aku tak tanya pun dia pukul berapa mamat caregiver yang sorang tuh blah, sampaikan tak dikasi lunch kat King Mongkut. 

Aku pergi beli susu tuh kat kedai yang hujung sana (sebab kat situ aje ada jual susu yang King Mongkut minum, walaupun dia suruh aku beli apa-apa brand susu aje sebab jauh jugak kedai tuh), then patah balik beli pizza pulak. Aku jalan slow-slow aje, so habislah 45 minit waktu kerja. 

Lepas kasi King Mongkut lunch, dia nak terberak lah pulak, aku ok kan aje, dapatlah aku tengok tv, 45 minit lagi masa berjalan. Yang by the time aku nak usung dia ke katil untuk dia punya daily massage, dah dekat 4-30 pm. Kebetulan pulak David akan balik awal, so King Mongkut suruh aku siapkan dia cepat sikit, so dia kata tak payah urut dia lah, terus buat catherter aje. Lega aku. 

Biasanya aku habis kerja pukul 8-30 malam tapi David tanya aku kalau-kalau aku nak balik awal, sebab aku masuk kerja pun awal dua jam. Aku kalau dia tanya, sure nya lah kata nak balik awal, kan? So cepat-cepat aku siapkan King Mongkut, pukul 7-30 aku pun blah. Oklah tuh sebab esok aku masuk kerja pagi.

Hari demi hari aku kerja, tak ada off nya, letih dah aku.......