Monday, October 22, 2012

RabuKhamis0809042009


Rabu sama Khamis, sama aje aku punya aktiviti. Melepak sampai 10 lebih, then bangun memasak. Alhamdulillah aku dah jadi rajin pulak untuk memasak. Menggoreng keropok pun aku klasifikasikan sebagai memasak. Rabu aku masak kari daging, senang aje sebab guna perencah kampit, bab yang paling susah pun hanyalah masa nak mengupas kentang. Sedap jugak kari aku kali ini.

Then hari Khamis aku makan meehon, dengan kuah pecal yang member hantar ituhari. Dalam pukul 12 aku dah keluar untuk pergi merempit sebelum masuk kerja. Tak ke mana sangatlah, just jalan-jalan for the sake of merempit. Tensen sangat kalau tak keluar ke mana-mana now that cuaca pun nyaman aje.

On both days aku ended up ke Central Park dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Semakin sibuk New York sekarang nih, dah semakin ramai tourist-tourist. Aku melepak gegitulah, sesambil ambik gambar. Sesambil berjalan tuh makan aiskrim, kadang-kadang berhenti kejap tengok orang ramai, kadang ambik gambar. Macam tourist jugaklah kaedahnya aku nih.






[Tengah shooting movie apa lah nih kat Columbus Circle]








Dua hari nih hari besar orang jews, Passover. So dua-dua malam diaorang buat dinner, seluruh keluarga datang. Kitaorang ke apartment nenek David on both nights. Tak ada lah acara apa sangat pun sebab diaorang nih bukannya Jews yang alim tuh, diaorang nih Jews moden. Sebelum dinner, diaorang baca kitab apa tah, one by one yang baca. Yang lelakinya semua kena pakai topi yang macam ketayap tuh.

Entah apa-apa pun acara ugama diaorang tuh sebab bila sorang tengah baca, yang lain asyik bersembang aje. Sembang pasal American Idols lah, pasal movies lah. Aku dengan adik David dan keluarga dia sembang pasal Survivor sama Amazing Race. Diaorang macam aku jugak, suka kedua-dua rancangan tv tuh. Then aku beritahulah yang pengacara The Amazing Race, Phil Koeghan, tengah cycle across America dan dijangka sampai kat New York di pertengahan May nanti. Kebetulan pulak yang event tuh untuk menyedarkan orang ramai pasal MS, penyakit yang King Mongkut hidap nih, so aku kata aku nak register lah dengan penaja event tuh. Diaorang pun suruh aku register, dan diaorang akan guna nama aku untuk buat derma. So nanti aku akan ke event tu lah, bulan depan, mintak-mintak dapat bergambar sama Phil, pengacara The Amazing Race yang aku suka tuh.

Kedua-dua malam aku balik lewat sebab pukul 8-30 pm kitaorang masih di apartment nenek David tuh. Itupun kedua-dua malam kitaorang tak sempat ambik dessert pun sebab King Mongkut mengantuk, tersengguk-sengguk dia kat atas scooter.