Sunday, October 14, 2012

10062008 (ii)


Mana lah aku tak terkejut sebab MamatGQ tuh sebenarnya bukan calang-calang orang. Banyak gambar-gambar dia, bukan aje kat GQ tuh tapi kat a few magazines lain jugak, not to mention kat brochures pakaian. 

"So, what happened?", aku tanya dia, macam lost for words gitu.Tak ada apa pun dia kata, dia dah berhenti, umur pun dah masuk 40. Sekarang dia jadi Chief Marketing Officer. 

Dia macam boleh baca apa yang aku fikir sebab lepas tuh dia kata yang apartment dia tuh walaupun kecik, tapi banyak sentimental value nya, itu pasal dia tetap tak akan pindah atau jual apartment dia tuh. Dan, dulu memang dia ada pembantu, perempuan Cuba, yang kerja dengan dia selama 5 tahun, tapi perempuan tuh dah berhenti sebab tua. Dia ada beritahu jugak, lepas tuh ada a few times dia cari orang, tapi semuanya ada masalah, barang dicuri lah, kerja tak berapa bagus lah. So he needs someone yang dia boleh trust. 

"If you need something, just ask me, but don't steal", dia kata gitu. Aku tahu yang dia ada doubt dengan aku.

"What do you think I want from you? Nothing!", jawapan aku yang berbaur kesentapan.

"Are you honest?", dia tanya aku. Laju dan keras aje aku jawab yes, entah berapa kali aku anggukkan kepala.

Tapi bila dia tanya, "Are you good?", terus aku kata, "Nope, I'm not good", then aku gelak, mengilai gitu. 

"You are one tough guy Joe", kata dia. "I want you to work with me", kata dia lagi.

Dia pandang aku, aku buat-buat tak pandang dia. Sebab masa tuh aku fikir, "I'm doing fine here, dah habis dah part aku kasi dia macam ada sikit respect kat aku, then aku dive low balik. Aku mix kan kedua-duanya, satu pendekatan secara DQ yang berjaya. 

Bila dia tanya aku berapa gaji yang aku nak, bila aku boleh mula kerja, aku dah tak reti nak jawab. Sebab kawan dia tuh ada di situ, aku lagi lah rasa tak comfortable. Masa dalam email sebelumnya ada aku beritahu berapa gaji aku dapat dari David/Hal, walaupun aku tipu sikit, aku kasi naikkan dalam 25% per hour. Bila dia tanya aku, "Are you sure you want that much", baru aku macam termenyesal, rupanya dia boleh bayar lebih dari itu. Tapi, aku bukanlah tamak orangnya kan, so aku kata lah "I'm easy, we've discussed all that, I have no problems with that. This is not all about money". 

Bila dia beritahu aku yang dia dah interview 3 orang sebelum aku, sebagai orang yang tak ada kepercayaaan diri, mula lah aku rasa tak sedap hati. Iyalah kan, aku nih lelaki, manalah boleh lawan kerja-kerja orang perempuan kan? Lagipun, aku rasa aku nih macam banyak cekadak jugak, sekali kata yes tapi bila dia tanya lain, jawapan aku berbentuk no. Senang cakaplah, aku tak percaya yang orang akan suka aku, hendakkan aku selagi orang tuh tak macam melutut kat aku. Setakat kasi hints aje, aku masih tak boleh terima. See, serendah itu aku pandang diri aku nih, aku tak pernah percaya yang ada orang akan suka/percaya dengan aku. 

Aku suggest kat dia, ambik ajelah one of them sebab aku bukanlah desperate sangat, aku dah ada kerja lain, cuma nak isi masa lapang yang banyak nih, itu pasal aku nak cari kerja part-time. "I can't even give you reference", aku kata gitu. Ha tengok tuh, bila aku merendah diri macam tuh, mana lah orang tak semakin percaya dan suka kat aku kan? Ekekekekeke

MamatGQ tuh kata yang dia lebih suka kalau lelaki jadi penolong dia, walaupun dia belum pernah cuba employ lelaki pun. Iyalah kan, sesama lelaki nih, tak ada lah nak malu sangat pun kan? 

Lupa lah pulak apa yang kitaorang sembangkan lepas tuh, macam berbalik-balik benda yang kitaorang discusskan. Itu yang sampai 2 jam lebih tuh. Aku tahu yang dia nak ambik aku kerja tapi sebab aku tak tunjukkan yang aku setuju, itu yang dia macam memendam rasa jer tuh. Macamana pun, aku enjoy sesangat, such a new experience to me. Tapi, yang buat aku excitednya, aku macam tak percaya orang yang aku anggap macam kelas, boleh tersuka dengan cara aku. Iyalah kan, baru sekali jumpa aku, tak tahu apa-apa pun pasal aku, latar belakang aku, dah jadi tersuka dengan cara aku. Itu yang aku pelik sangat tuh. Aku ada terfikir, dah 4 tahun tulis blog, tak ada pun orang suka kat aku kan? Bengap amat ker diaorang tuh tak reti menilai diri aku nih? *Mode "sell expensive* wakakakakaka

"Ok, I'm gonna let you go, email me if you're interested", dia kata gitu. A few times dia kata gitu.

"No, you email me, that way I'll know that you are the one interested", aku kata gitu sambil mintak diri.

Sampai kat luar apartment MamatGQ tuh sembang dengan aku, termalu aku jadinya sebab dia senyum aje kerjanya. Aku pun senyum-senyum gitu jugaklah. Aku senyum sebab aku rasa excited, puas hati gitu. Aku tak tahu dia senyum pasal apa.

Entah, aku rasa macam connected aje. 

To cut it short, aku dapat email dari dia esoknya. Dia macam tak yakin yang aku nak kerja di situ, itu yang dalam email dia tuh, sampai 5 kali dia tulis "if you're interested..." 

"Let's do it man", aku balas gitu. Rugged dak bahasa aku?

And to cut it more shorter, aku akan terus sambung dengan entry Jumaat, aku nak skip entry Rabu dan Khamis. Sebab Jumaat tuh, pukul 8 pagi, aku akan kerja di apartment MamatGQ tuh. Petangnya pulak, kerja kat apartment David/Hal.