Sunday, October 14, 2012

1617062008


Macam pack aje schedule aku sekarang nih, mana dengan kelas Spanish, kerja kat apartment MamatGQ, kerja jaga Hal. Nasib baiklah kerja kat apartment MamatGQ tuh bukan hari-hari, so aku ada lah masa untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya. Tapi, kalau ada kerja yang macam kat apartment tuh setiap hari, bagus jugak, harus aku berhenti jaga Hal. Biar berak dia tak berbasuh. Biar tak ada orang nak urutkan dia. Ekekekeke

Aku macam puas hati jugak dapat membusykan diri aku sendiri, dan, Alhamdulillah, kebusyan yang aku suka, yang tak ada pressure. Itu yang buat aku selalu sedar tuh, yang Tuhan has and always been good to me. Ada aje Tuhan tunjukkan jalan kat aku. So, aku kena sentiasa hati-hati dan bersyukur, and at the same time, enjoy whatever He gives me now. Nanti, kalau aku tersilap langkah, Tuhan akan tarik balik, kan? 

Kelas Spanish aku dah slow sekarang nih, kalau bukan sebab Tutor, aku jugak yang mintak tangguh. Sebab clash dengan kerja aku tu lah. Minggu lepas, sekali aje kelas, minggu ini pun sama. Minggu depan baru dua kali agaknya sebab aku dah free sikit minggu depan, di sebelah pagi. Sebab MamatGQ dah pergi Israel, dan since aku ada kunci apartment dia, aku boleh datang bila-bila masa aku suka. 

Nak buat revision pun aku agak malas sekarang nih, iyalah, tengah aje nak bukak buku, rasa nak update blog. Nak update blog, rasa mengantuk pulak, rasa nak sambung tidur, atau rasa nak melepak gitu aje, sambil dengar lagu.

So biasanya, pagi-pagi, aku melepak, sesambil dengar lagu, atau just plain lepak, sesambil ingatkan apa-apa yang aku buat for the last few days. Kadang aku tergelak sengsorang mengenangkannya, I see my life as so dull but others think differently. Diaorang rasa hidup aku nih exciting. Itu yang buat aku nak terus update blog tuh.Then bila nak update, rasa ngantuk pulak, dan begitulah seterusnya berbalik-balik. Sedar-sedar dah masa aku kena bersiap untuk pergi kerja. 

Aku kena pentingkan jugak update blog sebab aku semenjak dua menjak nih, rasa macam ada kelainan sikit dalam hidup aku. Aku tak nak aku tak tulis semua tuh kat dalam blog sebab kat mana lagi aku nak curahkan isi kepala aku kalau tak dalam blog nih kan? 

Besar periuk, besar lah keraknya kan? Tak ada kaitan apa pun dengan hidup aku sebab aku makan kat luar, aku tak masak, so aku tak akan jumpa keraknya lah. Dan in my effort untuk membusy dan menceriakan hidup aku, aku mula lah buat plan, buat schedule gitu. Hari in buat apa, esok buat apa, lusa, tulat. Bila harus aku keluar jalan-jalan, bila harus aku kerja seharian suntuk. 

Malam tuh, masa chat kat tagboard, terdengarlah pulak cerita yang member kat Canada nih nak pergi tengok concert Elton John. Terus aku teringat yang George Michael nak buat concert kat Madison Square Garden tak lama lagi. Teruja aku dibuatnya. Besoknya pulak, masa chat kat tempat yang sama, member lain pulak tanya aku pasal concert Bon Jovi, yang aku dah lupa benarnya. Bila aku check, rupanya diaorang nak buat concert seminggu sebelum George Michael punya. Lagilah aku tension sebab kedua-dua concerts tuh malam hari-hari biasa, yang aku kerja sampai 8-30 malam. Aku tak tension pun pasal harga tiket yang dalam dua ke tiga ratus tuh, iyalah kan, aku kerja dua kali kat apartment MamatGQ dah boleh beli sekeping tiket seating arena kan? 

Aku dah pernah tengok concerts diaorang tuh, George Michael sama Bon Jovi, dah dua kali. Bon Jovi masa kat UK sama masa diaorang buat show kat Stadium Shah Alam. Tapi, itu dah lama dulu. Aku jadi macam excited dibuatnya bila dapat tahu yang tiket-tiket boleh dibeli terus kat Madison Square Garden (tak jauh pun dari apartment MamatGQ tuh), cuma masalahnya, macamana nak mintak permission nak balik awal sikit masa concerts nanti tuh sebab dua-duanya start dalam pukul 7-30 pm gitu. 

So itu ajelah kisah Isnin dan Selasa lepas, malas pulak rasanya cerita pasal aku marah kat Hal Isnin tuh. Nak gelak gak kadangnya bila mengenangkan pasal aku sama Hal nih, aku macam berani jer marah-marah dia, aku berani ceritakan apa yang aku tak suka pasal kecockyan dia tuh. Puas sebenarnya Hal cuba buat baik dengan aku tapi aku nih jenis yang suka pendam. 

Tapi, macamana pun, aku akan cuba terus bersabar kerja dengan Hal nih, kalau aku boleh sabar selama ini, tak kan seterusnya aku tak boleh kan? Unless aku dapat kerja lain macam yang kerja kat apartment MamatGQ tuh. Ha, kalau gitu, aku akan tinggalkan aje Hal tuh nanti terkapar-kapar sengsorang atas katil. Ekekekeke

Iyalah, ada ke patut, hari tuh, dia suruh aku cium plastik tempat alas tidur dia, kalau-kalau ada bau kencing. Dia ingat aku nih sedara mara dia ker sampai suruh buat gitu? Dia ingat aku nih macam David ker, yang sanggup cium toilet bowl (yang dah aku bersihkan guna bermacam-macam pencuci) takut-takut kalau ada bau taik, bila Hal berak berteraburan. Macamana pun, aku sniff gak lah plastik tuh, masa kat dapur, masa nak cuci. See, aku sayang gak kat Hal tuh rupanya. Ekekekekeke 

Oklah, nanti aku cerita pasal aku kerja kat apartment MamatGQ tuh pulak, Rabu lepas. Panjang gayanya.....

Let's dance in style, let's dance for a while 
Heaven can wait we're only watching the skies 
Hoping for the best but expecting the worst 
Are you going to drop the bomb or not? 

Let us die young or let us live forever 
We don't have the power but we never say never 
Sitting in a sandpit, life is a short trip 
The music's for the sad men 

[Forever Young - Alphaville]