Sunday, October 14, 2012

26062008


Semalam, sebelum tidur, mata aku rasa macam gatal aje, so aku genyeh-genyehlah. Kedua-duanya. Dalam pukul 3 pagi gitu aku terbangun, rasa macam sakit aje mata aku, tengok kat cermin, rupanya mata kanan aku bengkak. "Pagi esok surutlah nih", kata aku dalam hati, terus aku sambung tidur. Bila aku bangun lagi sekali, makin besar pulak bengkaknya, rasa pedih pun jugak. Merah aje.

Terus aku saspen. Aku tengok kat cermin, buruk dan hodohnya rupa aku dengan mata macam tuh. Macamana pun aku bangun jugaklah, bersiap-siap, aku banyak hal yang nak diselesaikan hari nih. Pergi hantar laundry, pergi breakfast. Then pergi merayau kat Chinatown yang kat area rumah aku nih, sebab nak cari kedai yang buat alteration pakaian. Puas aku pusing sana sini, tak ada pun.

Then aku ke kawasan yang ramai Spanish tuh, singgah sekejap kat kedai elektronik, beli sterika. Beli dua, satu untuk Carter, satu untuk aku. Mahal gak iron nih rupanya, $69, Black & Decker. Then terjumpalah kedai alter pakaian nih, suruh diaorang kasi alter seluar sama 4 helai baju. Baju-baju yang Hal kasi kat aku tuh, yang lengan panjang. Mahal rupanya, $40 untuk semuanya tuh. Esok siapnya.

Then aku bersiap untuk ke apartment MamatGQ. Aku pakai seluar yang aku beli semalam, dengan baju kemeja lengan pendek yang Hal kasi. Aku dah janji dengan Hal yang aku akan pakai one of his shirts tuh ke apartment diaorang. Since malamnya nanti ada dinner kat apartment nenek diaorang, so aku rasa hari nih lah masa yang sesuai untuk pakai baju tuh. Aku berkenan sangat benarnya dengan baju tuh, sebab lawa, looks good on me. Mahal pun mahal baju tuh, dia beli kat Bloomingdale.

Aku tak ada nak buat apa pun lah kat apartment MamatGQ tuh, sekadar nak hantar sterika, then nak keringkan kain-kain pencuci yang aku rendam semalam tuh. Semalam ker? Aik, hari-hari aku ke apartment MamatGQ nih, tapi tak buat apa sangat pun. Then baru aku teringat yang aku kena lah beli ironing board. Kat mana nak cari kat tengah-tengah Manhattan, kat Chelsea tuh. Ayoo, tertensen aku jadinya, puas aku merayau-rayau tapi tak ada pun kedai yang jual ironing board tuh. So aku terus ajelah jalan, aku kena dapatkan jugak harinih benda tuh, tak ada masa dah, esok aku nak bersihkan apartment, nak ambik drycleaning, aku nak potong rambut.

Akhirnya dapat jugak ironing board satu, nun kat 12th Street, kat East Side of Manhattan. Dah beli tu kan, masalahlah pulak nak bawak balik, malu aku jadinya nak usung board tuh. Dijenjeng, rasa tak kena gaya, diusung rasa malu. Dipegang melintang macam mengganggu orang, dipegang menegak rasa macam berat lah pulak. So aku pakat nak naik teksi ajelah, nak buat style Mat Salleh lah sikit kan, dalam sesepuluh bloks pun nak naik teksi.

Panik aje masa tunggu teksi tuh sebab takut yang berhenti, silap-silap, Cash Cab. Ha, itu baru dia kan? So, bila nampak aje teksi besar yang macam van tuh, aku tak tahan. Aku tahan teksi kecik aje.

Aku tak ambik lunch pun hari nih, takat makan kuih sama minum teh ais aje kat bakery, masa sampai Forest Hills. Aku sampai aje apartment David, rupanya dah ramai orang, mak diaorang, twinnya David sama bini dia (diaorang baru sampai dari Las Vegas), tak lama lepas tuh kakak diaorang pun sampai. Aku tak buat apa lah sampai pukul 5 tuh, lepak kat dapur aje tunggu diaorang nak bergerak ke apartment nenek David/Hal. Aku beritahu David yang aku nak tengok wayang habis kerja nanti, so dia tahu lah yang aku nak balik macam biasa, pukul 8-30 pm.

Kaya nenek diaorang tuh, dia buat party sempena harijadi dia yang ke 104. Dia nih duduk sama dengan satu awek Brazil yang dia bela sejak budak tuh umur 3 tahun, aku tak percaya budak tuh umurnya 19 tahun sebab dia macam tua sangat gayanya, dengan badan gedebabnya. Aku terfikir yang betapa untungnya Roslynn tuh, dalam sesetahun dia sure dia akan mewarisi semua harta benda nenek David tuh.

Adalah dalam 14 orang semuanya ahli keluarga diaorang yang datang. Semuanya kelas-kelas, sorang jer yang bersalam dengan aku. Yang lain tuh, tak pandang pun aku. Masa aku cuba nak bersalam dengan bapak sedara David, dan dia tak perasan agaknya aku hulur tangan, David ada ternampak, dia cebik mulut aje lah kat aku.

Aku berdiri aje kat scooter Hal, sepanjang diaorang bersembang, sementara tunggu nak makan. Sorang pun tak pelawa aku duduk, kecuali David. Tak payah aku ceritalah betapa grand nya majlis diaorang tuh, aku memanglah tak ujud langsung di meja tuh. Semuanya cerita juta-juta.

Yang si Hal pulak, kononnya nak nampak kan kelas dia lah, nak nampak kan yang dia tuh macam part of that cendana, mulalah nak arah-arah aku, suruh ratakan mustard lah, suruh potong itu ini lah, satu persatu, as if aku nih bangang sangat tak tahu nak buat apa-apa sampaikan benda gitu pun nak diajar. Dah lah aku rasa terpinggir sangat masa tuh, orang yang aku harapkan boleh aku berpaut pun buat palat, itu yang aku jadi sedih sikit tuh. Aku buat pandang tempat lain, sebab aku rasa airmata aku nak keluar sangat dah masa tuh. Tah pasal apa aku sedih sangat tuh bila Hal kata, "What, you think I cannot eat mustard?", aku pun tak tahu. Mungkin sebab dia cakap kuat sambil jengil-jengil kan mata lagi. Hal tuh memang pundekk, tak tahu bila masa nak buat lawak. Lawak pulak, lawak sarcastic gitu. Lepas pada tuh, I made him know yang aku bengang, aku suap makanan, minuman, aku tak pandang pun dia, aku buat muka serious aje.

Pukul 7 setengah David suruh aku balik sama Hal, suka nya hati aku. Dan masa tuh aku pun dah tak bengang dah kat Hal, aku macam kesian pulak sebab dia tahu aku bengang tadi nya. So, di sepanjang perjalanan balik, aku sembang baik-baik, sambil gelak-gelak, dengan Hal. Macamana pun, insiden tadinya tuh dah aku masukkan dalam fail peribadi aku. Hiks!

Terlewat jugak aku balik sebab aku nak uruskan Hal, nak bersihkan apa-apa yang patut (sebab petangnya aku tak ada masa nak buat semuanya tuh, diaorang ada sembang kat hall masa tuh). David masih belum balik masa aku blah tuh.

Aku turun di57th Street, dan menyusur jalan Central Park West, ke Lincoln Plaza cinema tuh. Hancur aku nih, malam Jumaat pun tengok wayang? Since filem tuh main pukul 10-05 pm dan aku masih ada masa, aku melepaklah kat bangku kat belakang bangunan tuh. Di sekeliling aku, semuanya apartment mewah, sampai aku terberangan, yang kalaulah aku dapat kerja jadi orang gaji kat area tuh, alangkah seronoknya. Sebab situ semuanya millionaires yang duduk. See, aku tak ada pun berangan yang "kalau aku ada aparment sendiri kat situ", instead aku berangan yang berpada-pada. A man can only dream kan? A Bangla can only dream jugak, tapi mimpi yang berpatutan lah kan?



Aku punya komen tentang film tuh? Filem sedih, lakunan best, beautifully-crafted otherwise dull film. Macamana pun, this film didn't get to me. I did not even cry. Aku tak nangis pon. Ekekekeke