Sunday, October 14, 2012

13062008


Tak lah jauh apartment MamatGQ tuh, tapi aku kena naik 2 trains, dalam 20 minit gitu. Tapi, awal pagi lagi aku dah bangun, bersemangat gitu rasanya. Bersemangat yang diselubungi kenervousan. Kenervousan yang dilindungi keexcitedan. Rasa macam first time pergi kerja masa rush hour, itu yang aku fikir. Nasib baiklah setiap hari aku pergi kerja masa tak sibuk, kalau tidak, harus give up aku jadinya, sebab pagi-pagi memang macam sardin lah kat dalam trains.

Since aku sampai awal, aku jalan-jalanlah kat area tuh, siap sempat breakfast lagi kat satu cafe Jamaica nih. Hiks, sungguhlah global-warming nya aku nih kan? 

Aku talipun MamatGQ tuh, tak ada jawap. Ish, tak bangun lagi ker? Aku terus ajelah picit loceng apartment dia, buzzer masih rosak rupanya so dia kata akan turun ke bawah. Dia kata kat aku yang dia tengah bengang pasal dah lah buzzer rosak, hot water tak ada pulak tuh. Then bilik air dia akan direpair sebab ada paip bocor. Terpanik jugak aku bila tengok dia marah kat doorman, kat a few pekerja apartment tuh. 

"I'm so glad you are here Joe", kata dia. 

"Hold your judgement", aku kata kat dia, sesambil dia kelam kabut bersiap nak pergi kerja tuh. 

Aku tengok, kalut aje cara dia, iyalah, nak bersiap pergi kerja lagi, nak tunjukkan aku itu ini lagi, cari barang itu ini, semuanyalah. 

"See, this is how I live my life Joe! Crap!", kata dia sambil terlari-lari tuh, terlanggar meja. 

Aku gelak aje lah sambil kata, "I can see that". 

MamatGQ tuh tak ada lah tunjukkan apa yang kena buat, dia kata aku sure tahu apa yang harus aku bersihkan, cuma dia tunjukkan kat mana alat dan barang pencuci, kat mana duit dia simpan, incase aku nak beli apa-apa yang patut. 

"Don't throw that away, that's marijuana", kata dia masa dia bukak fridge, lepas dia tunjukkan aku cookies, kalau-kalau aku nak makan. "You can have it if you want, the pipe is in there", kata dia sambil tunjukkan paip nak hisap marijuana tuh. Dalam hati aku kata, "silap-silap aku tercuba hisap marijuana nih nanti, just for the fun of it".

"If you happen to find some personal stuff, don't bother", kata MamatGQ tuh. Then dia tersenyum sorang-sorang. 

"Personal stuff?", aku buat-buat tak faham. "Like what?....... Used condoms?", aku tanya lagi. Terpanik jugak aku bila keluarkan ayat tuh, takut kalau-kalau dia masih bengang. Menyesal pulak buat joke rasanya. 

"Hahahahah, very funny, I haven't had sex for ages", kata MamatGQ tuh. 

"This is my personal number, only my Boss knows it. You can call me anytime", kata dia sambil kasi nombor talipun dia. Patutlah aku tengok ada 3 biji cellphones kat situ. 

Aku ikut MamatGQ tuh keluar sebab dia nak tunjukkan kat mana dry cleaner, nak hantar pakaian untuk didrycleankan. Again, aku rasa macam kecik jer aku nih masa jalan dengan dia tuh. Dia punya dressing, pakai jeans, jacket, beg, sunglasses. Aku takat pakai jeans sama tshirt aje. Dah lah lalu kawasan yang banyak outdoor seatings tuh, rasa macam banyak jer mata yang tertengok aku. Iyalah kan, orang tengok dia, sure tertengok aku gak kan? Masa tuh kan, aku rasa yang aku nih macam male version of Ugly Betty aje. Ekekekekee. Ugly Betty tuh boleh tahan lagi sebab dia muda. Aku? Male version of old Ugly Betty! Hiks!

Tapi, at times, aku macam rasa bangga jugak, macam ada class of my own, walaupun menumpang kekelasan orang.

Kitaorang singgah dry cleaner, hantar dan ambik pakaian dia. MamatGQ tuh introducekan aku kat drycleaner punya tokay tuh sebagai kawan baik dia. Dia kata, akan datang, aku lah yang akan hantar dan ambik pakaian dia. 

Then masuk pulak kedai buku, nak collect buku-buku yang dia pesan. Lepas tuh dia terus aje ke office dia yang rupanya kat kawasan tu jugak, dalam 15 minit away. Dan aku pun balik ke apartment bawak kotak-kotak baju yang dah didrycleankan tuh. 

Sampai kat apartment tuh aku mulalah survey apa-apa yang perlu dibuat dulu. So aku mula dari tingkap. Aku bersihkan blinds, dekat setengah inci debu. Ingatkan sekejap aje nak bersihkan tuh. Lama rupanya. "Haruslah tak sempat siap buat kerja lain nih kang", kata aku dalam hati. Pundeks!

So aku tinggalkan buat kerja tuh, instead aku bersihkan aircond sama heater. Alamak, kotornya, nak kena bersihkan debu-debu yang dah keras tuh sure lama. Pungkog! Baik aku buat kerja lain dulu lah. 

Then aku fikir, lantai kena sapu, kena mop, kena vacuum. Dapur kena cuci, fridge, cabinets, almari, semuanya tuh ambik banyak masa nak cuci tuh. Fuck! 

Alaaaaaa, pakaian belum dimasukkan ke dalam washing machines pulak tuh, laundry room kat basement. Banyak pulak tuh pakaiannya, cadar nak basuh, semuanya nak kena cuci. Panteks!

Kelam kabut aku jadinya ekekekek. Baru lah aku tahu yang sebenarnya bukan senang kerja jadi orang gaji nih. Macamana pun, aku cool down, take a little composure, then aku fikir yang aku nak buat benda yang penting-penting aje lah dulu. Buat apa spend masa sapu habuk kat celah-celah tingkap tapi lantai tak dimop kan? 

Sementara tunggu pakaian dicuci, aku terus bersihkan rak-rak, banyak jugak barang-barang antik MamatGQ tuh. Barang-barang antik nih tak payah nak dibersihkanlah kot, pasal dia antik, memang patutnya berdebu kan? Sesambil bersih tuh, aku terbelek-belek jugaklah benda-benda yang aku rasa macam pelik. Itu yang buat terlama kerja aku tuh, ekekekeke.

Tengah aku sedap kerja sorang-sorang, datang pulak 3 orang nih yang nak repair bilik air MamatGQ tuh. Dinding bilik air tuh kena dipokah, so aku masukkan semua toilettries kat kotak-kotak, takut berdebu. Rasa tak best pulak buat kerja tuh sebab ada orang lain. Bila diaorang tanya, aku katalah aku kawan MamatGQ tuh, tolong-tolong dia bersihkan apartment tuh sebab dia sibuk. 

Aku ada masa sampai 1-00 aje sebab nak pergi Sembahyang Jumaat. Sempat jugak aku bersihkan almari/rak buku, aku lapkan buku tuh satu persatu, gila lah detailnya aku kerja. Sesambil tuh tengok-tengok, belek-belek gak album gambar dia. Wakakakaka. 

Ada satu beg kecik nih, within reach lah dari katil tuh, aku bersih-bersihkan. Then aku macam ter-nak tau apa isinya so aku bukak. Tu dia, bergelimpangan condom, KY gel, lubricants, dan benda-benda yang sewaktu dengannya. Ada NYCCondom lagi (NYC official condom) yang lawa tuh, yang bila aku belek, tengok-tengok, ada tulis "Products Of Malaysia". Siap aku ambik gambar lagi (tapi gambar tuh tak clear). Ish, for a moment terbangga aku jadi rakyat Malaysia. 



So siaplah aku bersihkan mana-mana yang patut, itupun nasib baik bilik air tak payah aku bersihkan sebab masih direnovate. Berkali-kali aku tengok, macam tak ada perubahan pun kat apartment tuh, macam masa mula aku datang jugak gayanya. Tension aku jadinya. Aku bengang jugak kat pekerja kat bilik air tuh sebab diaorang merayau sana sini kat dalam apartment tuh, kotorlah balik lantai yang aku dah bersihkan tuh. 

Aku talipun MamatGQ tuh dalam 12 lebih, nak suruh dia datang ambik kunci, sebab aku dah nak blah. Aku mop lantai sekali lagi, so that bila dia balik nanti, lantai tuh masih basah, so dia tahulah yang aku bersihkan lantai (sampai 3 kali aku mop sebenarnya tapi macam tak cuci aje, itu yang aku mop lagi tuh), then aku bukak drawers dia, aku nak organizekan pakaian-pakaian dia. Sure dia suka nanti nih, kata aku dalam hati. Pandai aku cari aktiviti nak collect points kan? Wakakakkaka

"This is great Joe, this is absolutely great", kata MamatGQ tuh bila dia masuk aje apartment dia. Masa tuh aku tengah melipat t-shirts dia. 

"No, I don't see any difference, it looks the same", aku kata gitu. 

"No, it looks so much better now", kata dia lagi. 

Sebab MamatGQ tuh nak pergi kerja semula, terus dia keluarkan duit, "Here's $150", kata dia. Aku macam tercengang gitu, aku tak expect dia akan kasi sebanyak itu, aku kerja dalam 4 jam, kalau dia kasi $60 pun dah banyak sangat (aku tengok kat iklan, upah sejam kerja gitu biasanya dalam $15. 10 dollars sejam pun ada jugak benarnya)

"This is too much Carter", aku kata gitu, I can't take this. Besides, there's a lot more to be done", aku mula cari alasan. 

Lama jugak dia macam pelik sebab aku tak nak ambik duit tuh. Bukan apa, bagi aku, duit tuh terlebih setimpal, banyak. Bila dia suruh aku pegang kunci apartment dia, lagi lah aku tak nak, then akhirnya aku kata, "Ok, you keep the money and I keep the keys, that's fair. Have a look around and you pay me next time I'm here", aku kata gitu. 

Sebab dia nak cepat agaknya, terus dia masukkan duit ke dalam beg aku, "I'll email you tonite Joe", kata dia. 

Since aku masih ada masa, aku bersihkan apa-apa yang patut, sebelum aku blah. Dalam perjalanan ke masjid, aku rasa excited gila, aku rasa macam tak percaya, yang MamatGQ tuh sanggup suruh aku pegang kunci apartment dia. Percaya nya dia kat aku. 

Entah pasal apa aku rasa puas hati, aku rasa excited, aku pun tak tahu. Tapi, sepanjang jalan ke Forest Hills, hati aku rasa happy aje. Tak pernah aku rasa happy, puas hati gitu. Small things like that yang buat aku happy rupanya, so is the tervery sangat realnya aku nih kan?

Macamana pun, ada jugak rasa cuaknya, what if MamatGQ tuh tak puas hati dengan kerja aku? Tapi, dia dah siap kasi kunci apartment pun, maknanya dia percaya sangatlah kat aku kan? Terus aku buat azam yang aku akan buat sebaik mungkin, next time aku kerja kat apartment MamatGQ tuh lagi.

Fair lah kan, dia percaya dan baik dengan aku, so aku kena lah buat lebih baik lagi kan? Mana boleh ada orang yang lebih baik dari aku kan? Aku kena pastikan baik dan bagus aku tuh lebih baik dari baik dan bagus dia kat aku. Whatever it takes. Ekekekekeke.

Then, masa melepak kat park, sesambil tunggu waktu nak ke apartment David/Hal, mulalah aku pasang plan. Aku nak buat-buat suka lah kerja dengan David/Hal tuh, aku nak buat biar aku ada macam perasaan happy, macam yang aku kerja kat apartment MamatGQ tuh. Biar ada connection gitu. Susahlah sikit kot pasal Hal tuh cerewet, lagipun dia sentiasa ada kat apartment masa aku kerja. Kat apartment MamatGQ tuh, aku bebas buat apa yang aku nak, itu yang aku rasa relieve sikit tuh, itu yang buat aku happy aje tuh. The fact yang dia percaya sangat kat aku tuh mengatasi segalanya lah kan? Siap aku plan yang next time MamatGQ tuh nak bayar aku gaji, aku tak nak terima, nak beritahu dia yang dia trust aku tuh pun is more than what I want. Sure dia akan lebih terkagum dengan kehonestan aku kan? Hiks! Aku kena dive low lagi nih. Ekekekekkeke

I could not hide my feeling yang rasa excited tuh so bila Hal tanya aku, "How are you doing today, Joe", teruslah aku kata "I'm feeling great, Hal. 

"Good, that's what I want to hear", kata Hal. Aku nih, kalau aku moody, kalau aku happy, I let him know biasanya, bila aku sampai kat apartment dia tuh. So dia akan tahulah yang mood aku for the next four hours aku jaga dia tuh. So aku ceritalah pasal aku kerja kat apartment MamatGQ tuh kat Hal. 

"How stupid can that be", kata Hal, bila aku cerita yang part MamatGQ tuh kasi kunci apartment dia kat aku. 

Ha, tengok tuh, macamana lah aku nak jadi close dengan dia, cakap tuh tak tapis-tapis pun, ikut sedap aje. Dia ingat semua orang tuh macam dia fikir ker, dia tuh memanglah aku tahu, worries about eveything, cerewet, cocky, tak mudah percaya dengan orang. 

"He's a good guy, I like working for him", aku kata gitu, saja nak kasi Hal jeles. Tak pun nak kasi biar dia baca maksud aku, yang aku tak suka kerja sama dia. Tapi itulah, bertapis sangat bahasa aku kan?

Malam tuh kitaorang ada jemputan dinner kat apartment di bawah, so pukul 7 kitaorang dah pergi. This couple, Mat Salleh sama perempuan Thai. Dibawak tour seluruh apartment diaorang tuh, aku tengok aje lah kan. Lawanya decoration kat rumah tuh, semuanya barang-barang import, barang-barang antik dan moden. 

Janjinya sampai pukul 8-30 malam aje tapi sembang punya sembang, sampai pukul 11 baru lah blah. Itupun sebab Hal dah mengantuk sesangat, sampai tertidur dia kat wheel chair. So aku blah pun pukul 11 lebih, lepas siapkan Hal. Lambat pulak train, dekat pukul 2 pagi baru aku sampai rumah. Seharian harinih aku kerja, tapi tak pun rasa letih. 

Aku sampai aje, terus check email (aku boleh check email melalui cellphone aku tapi dah terbiasa check kat laptop),happy aje bila dapat email dari MamatGQ tuh:

Joe;

Hello, I hope this finds you having a nice weekend. 

I was so pleased when I got back to my home and had a chance to look around and saw just how much better things were. I really noticed a big difference and want to thank you for doing so much. I am sorry that the men came to work on the bathroom and I apologize for any inconvenience it caused you, as you know I was not very pleased myself with the fact that they were tearing out the wall again. But it really is not a big deal and it will be back up in no time.

I would like to continue to work together if you would. Thank you again, my home is already a nicer place to be.

Best,
Carter