Aku pergi kerja harinih pakai kemeja sebab David kata dia nak ajak aku pergi dinner kat apartment nenek dia, yang kat Forest Hills tuh jugak. Nenek dia tuh selalu suruh David/Hal ajak aku sekali tapi sebab Sunday aku habis kerja pukul 5, itu yang tak pernah ada kesempatan nak pergi tuh.
Tapi, bila dah dekat petang, aku macam termalas pulak nak join dinner diaorang. So aku tanya David, perlu sangat ker aku ikut sama. David, sebab dia tak nak jadi macam hari Jumaat lepas, terbabas sampai malam, so dia katalah yang dia boleh uruskan Hal sorang-sorang. Terpulang pada aku, nak pergi atau tidak.
Teruslah aku kata aku tak nak join. Sebab aku nak pergi shopping cadangnya. Biasanya kalau Sunday evening, aku akan makan kat tempat best-best, lepak lelama sikit. Sebab masa tuh ajelah aku rasa free sikit.
Since aku tak ada niat nak shopping benda branded yang mahal-mahal, aku singgah ajelah kat kedai yang kat area rumah aku tuh. Masuk aje satu kedai nih, bila tokay tuh tanya apa yang aku cari, terus aku kata aku nak cari jeans, seluar dan kemeja. Ada aje saiz aku, terus aku ambik, seluar 3 helai, baju satu. Bila aku nak bayar aje, baru aku terfikir, "Laaa, aku cadang nak shopping, pasal kejap aje dah terbeli semua yang aku nak? Tak best lah macam nih!".
So, habislah duit upah kerja kat apartment MamatGQ tuh. Then aku ke kedai kasut, nak beli sandal lah pulak cadangnya. Dapatlah sepasang. Then singgah bilik sekejap hantar barang, lepas tuh ke Redang Island, restoran Malaysia tuh. Beli sambal petai udang. Sementara nak cari sardin kat Chinatown tuh, (aku beli sardin setin, nak masukkan dalam sambal udang tuh sebab udangnya 4 ekor aje tapi petainya sampai satu packet. That way, jadi banyaklah lauknya, boleh makan sampai 4 kali) aku tersinggah pulak kat kedai beg nih yang dah nak tutup pun. Aku beli messenger bag satu, muatlah taruk laptop, buku.
Mungkin sebab summer kot, atau sebab terpengaruh dengan cara David/Hal dan MamatGQ tuh agaknya, tapi kan, semenjak dua menjak nih (sejak kerja kat apartment MamatGQ tuh benarnya) aku punya penampilan dah agak berubah. Aku cuba nak bergayalah sikit kononnya. Ekekekekke.
Cara berpakaian, cara penampilan, aku nak buat lain sikitlah dari aku yang biasa. Biasanya, dulu-dulu, aku tak kisah langsung dengan cara berpakaian aku. Pakai apa yang patut, yang aku ada aje. Aku tak peduli sangat apa yang orang akan fikir. I've been wearing the same pair of shoes setiap hari, sampaikan aku malu sendiri sebab aku tahu yang David/Hal ada notice.
Tapi, sekarang nih tak dah. Aku nak pakai kasut lain-lainlah, aku dah terada a few pairs kasut nih, sandals pun ada a few pairs jugak. Aku lupa nak tulis kat blog yang aku ada terbeli lah benda-benda tuh semua. Baju-baju pun, aku ada tersambar jugak, every now and then. Tali pinggang pun, sekarang dah terada 4 lingkar, dulu tak pernah pun aku bother nak pakai talipinggang. Sekarang, tali pinggang pun kena match dengan kaler seluar dan baju. Hiks! Stokin, high cut, low cut, kena match dengan kasut. Hiks! Hiks!
Beg pun dah jadi terada 4 bijik sekarang nih. Kat rumah pulak, aku perasan, yang towel aku semakin banyak, a few colors. Berderetan, bertimbunan, sebijik macam kat apartment MamatGq, David/Hal. Sedangkan aku guna pakai pun sehelai dua aje.
Tapi, aku tak ada lah rasa macam membazir jer semuanya tuh, sebab semuanya tuh murah-murah aje. Maksud aku, semuanya bukan branded items. Semuanya dibeli kat kedai-kedai biasa aje. Dan aku suka pulak dengan penampilan aku yang baru nih, aku sentiasa look forward to memulakan hari-hari aku. Itu yang aku terfikir, kalau aku guna blackberry kan bagus? Senang nak check emails dari MamatGQ tuh kan, sebab dia nih, nak contact aku, guna email aje, macamlah tak ada cellphone. Tu dia, nak pakai blackberry, wakakakkaa, entah, aku rasa nak tukar penampilan dari MamatDQ jadi MamatGQ gak lah. Hiks!