Sunday, October 14, 2012

27062008


Rasa macam kat Malaysia pulak harinih, keluar pergi kerja bawak kain pelikat. Sejak aku menceburi bidang pakai seluar sampai bawah lutut aje nih, ke mana-mana aku pergi, terpaksa bawak kain pelikat. The whole summer lah macam nih gayanya, macam tak best aje pakai jeans kalau panas-panas gini nih, berlengas kote jadinya kan? Pakai shorts nih best, ada sistem peranginan semulajadi. 

First, aku ke apartment MamatGQ , esok dia balik, so aku nak lah bersihkan last kopek mana-mana yang patut. Bila aku sampai, aku tengok ada note kat meja dia. Rupanya kawan dia ada datang semalam, belikan dia barang-barang dapur. Selain aku, kawan dia ni aje lah yang ada kunci to MamatGQ's apartment. Rasa macam tak sedap hati lah pulak, takut nanti kawan MamatGQ tuh datang lagi, so aku buat cepat-cepat apa yang patut. Tak sampai setengah jam kemudian aku blah. 

Aku melilau cari kedai gunting rambut, saja jer gatal aku nih kononnya nak pergi kedai gunting rambut Mat Salleh.Sejak duduk New York, tiap kali aku potong rambut semuanya kat kedai Minah Spanish tuh, so nak tukar selera lah pulak kan? Macam naik kelaslah sikit kan? Nak upgradelah sikit kan, after all aku nih bukan lah kodi sangat pun orang nya kan?

Ada lah tiga empat bijik salons yang aku nampak tapi semuanya either penuh atau ramai tukang guntingnya bapok. Aku intai dulu kat luar. Jadi macam Mat Salleh dah aku nih, benda kecik nak gunting rambut pun dah jadi macam satu big event, particular sangatlah kononnya. 

Masa tuh jugak, aku cari-cari kedai yang jual hadiah sebab rasa nak kasi hadiah kat David, yang birthday dia hari ini. Itu pun puas jugaklah fikir sebab tak tahu apa nak kasi. Iyalah kan, dia orang kaya, sure kena kasi hadiah mahal-mahal kan? Ataupun benda murah yang nampak macam mahal. So aku ke kedai antik, aku tahu David sama Hal suka benda-benda macam patung Buddha, benda-benda ukiran gitu tuh. Beratus-ratus harganya, hari Jumaat pulak, tak kan nak kasi benda-benda gitu kan? 

So, tak jadi apa pun lah akhirnya. Tak apa lah, tak payah kasi hadiah lah, dia sure faham yang aku nih orang susah, yang tak mampu nak kasi hadiah. Takat nak kasi card aje, tak sesaui pulak, sebab kat Amerika nih, orang kasi hadiah dan card, orang tak akan kasi card aje tanpa hadiah. Lagipun masa dah agak lewat, aku nak ke Jackson Heights nak Sembahyang Jumaat. 

Lepas sembahyang, aku terus ke Forest Hills. Gitu jugak, salon semuanya ramai orang. Oooo, hari Jumaat rupanya memang ramai orang pergi gunting rambut. Terus aje lah aku ke Pinang Restaurant. Masuk aje, terus tokay tuh panggil aku ajak duduk semeja dengan dia. Dia tengah melepak kat front table, sambil baca paper. Rasa macam honored gitu bila tokay tuh ajak melepak sama dia, biasanya aku akan terus aje ke meja kat hujung sekali di belakang tuh. 

"You bila mau balik?", tokay tuh tanya aku.

"Tatau lah. Mati sini pun mati sini lah tokay", aku kata gitu, melawak. Gelak bini dia bila dengar aku kata gitu tuh. 

So kitaorang sembanglah pasal cara hidup di Malaysia, comparekan dengan cara hidup di Amerika nih. Tokay tuh kata yang kalau dia dah pencen nanti, dia nak balik Malaysia aje. 

"Ini orang, sudah retired kasi diam sajalah. Apa lagi mau bising-bising?", aku tunjuk gambar Mahathir yang kat paper Cina tuh. 

"Betuilah, sudah tua, apa lagi mau? Bikin kacau saja", kata tokay tuh. 

--------------------------------------

David tak ada di apartment masa aku sampai tuh. Dia keluar sama adik beradik dia yang lain (kecuali Hal), nak celebrate birthday dia tu lah. Nasib baiklah Hal tak banyak sangat cekadaknya petang tuh. Party nya malam esok tapi awal-awal lagi dia dah suruh aku keluarkan pakaian-pakaian dia. Baju 3 helai, seluar 3 helai, kasut 3 pasang, stokin 3 pasang. Nak pakainya satu pasang aje cuma dia kata dia tak sure yang mana satu nak dipakai.

Memang dasar sangat kan? Apa, dia ingat ada orang nak melutut depan wheelchair dia tuh nanti, nak belek stokin dia, nak tengok samada stokin dia tuh match dengan kaler baju? 

Aku dah kata, Hal tuh banyak sangat taik palat dia.