Tiba-tiba aku macam termalas aje nak ke apartment MamatGQ tuh hari nih. Tah pasal apa tah, sedangkan semalamnya tuh bersemangat habis aku, kononnya nak bersihkan apa-apa yang patut. Tak apa lah, dia bukannya tahu kan? Lagipun aku ada masa lain sebelum dia balik this Friday.
Instead aku melepak aje kat rumah, buat style lama, lepas tidur, tidur. Lepas mandi, sambung tidur gitu. Dah pukul 11 lebih baru aku keluar, itu pun sebab nak ke Madison Square Garden, nak cuba cari ticket concert Bon Jovi.
Diaorang akan buat 2 shows, 14 dan 15 Julai, show terakhir katanya. So, memang patut sangatlah aku pergi tengok, kan? Tiket dah tak ada rupanya untuk 14 haribulan, yang ada cuma dua keping, malam 15 haribulan. Satu tuh kat seating arena yang dekat dengan stage, tapi harga nya $500 lebih. Itu di luar kemampuan aku lah. Aku pun tak bawak duit lebih sebab bajet aku, tiket yang dua ratus aje, untuk seat macam masa aku tengok concert Eagles dulu tuh.
Satu tiket lagi harganya $49, tapi seat yang nun jauh kat atas, kat belakang stage pulak tuh. Tak kan aku nak beli ticket itu kan, jauh di atas sana tuh, dan nak ke bumbung dah. Dekat palang-palang bumbung sana tuh. Apa, ingat aku nih monyet ker, nak bergayut-gayut kat palang stadium? Aku tahu yang aku akan jadi macam monyet jugak nanti, terkinja-kinja masa concert tuh, tapi aku nak lah terkinja-kinja di atas lantai. Terkinja-kinja di bumi yang nayata, bukannya terkinja-kinja sambil bergayutan di palang stadium kan?
Memang kuatlah iman aku sebab aku tak beli tiket yang lima ratus lebih tuh, walaupun Chase Bank ada di sebelah tu aje, kalau aku nak keluarkan duit. Aku macam ternampak muka NR aje, mamposlah kalau dia tahu aku ada niat nak keluarkan duit kat bank. Ekekekekeke
So ligatlah kepala aku fikir, macamana nak dapatkan ticket. Kena cari kat craigslist nih. Tak pun kena beli kat ebay. Saspen jadinya, what if tak ada ticket dah? Hilang pulak rasa macam tak sedap hati nak pergi tengok concert, timbul pulak kesaspenan sebab takut tak dapat ticket. See, aku dah kata, aku insaf kejap aje. Aku kena cepat-cepat beli tikect, nanti kalau ada perasaan insaf datang lagi, aku nak buat macamana dah kan sebab ticket dah aku terbeli, kan?
Since aku tak bawak laptop, aku masuk satu internet cafe, nasib baik ada orang nak jual ticket (kat craigslist), so aku email this one mamat kat West Village. Ticket yang harga $175. Oklah tuh. Dia ada tanya jugak kalau-kalau aku nak ticket concert George Michael, (dia nih ajen ticket rupanya) tapi aku kata aku nak beli satu-satu lah, tak nak beli kedua-duanya sekali.
So, habis bab cari ticket.
Dari 31 st Street, aku merayap ajelah, aku nak ke kawasan Columbus Circle, dekat Lincoln Plaza, kat 63rd Street. Jauh jugaklah berjalannya tapi aku selamba aje, aku lebih suka berjalan dari naik subway. Sesambil tuh aku cari jugak kalau-kalau ada restoran best, sebab aku pun dah lapar. Aku perasan yang dengan aku nih, kalau banyak berjalan, aku senang lapar, aku akan makan banyak. Kalau aku melepak kat rumah, tak buat apa, aku makannya sikit aje.
Dalam pada tuh, sepanjang jalan, aku ada terfikir jugak, yang aku rasa macam "seram" aje tengok cara hidup aku nih. Aku buat benda ikut kepala, ikut suka hati aku aje. Nak ke mana-mana, nak buat itu ini, semuanya aku ikut sedap aje. Nak tengok concert lah, nak makan kat restoran best-best lah. Bukan ker ini tengah-tengah New York City, mahal-mahal semuanya tuh? Tak boleh ker aku buat style orang susah yang lain? Bukannya aku tak pernah susah, bukannya aku senang pun kan, to begin with? Itu yang buat aku rasa seram tuh.
Filem apa aku nak tengok benarnya? Filem British nih, Brick Lane tajuk dia. Tak pernah dengar pun filem tuh kan? Tapi, macamana aku boleh tertahu? Itu lah, orang yang unik nih akan sentiasa tertahu, sentiasa peka dengan keunikan dia, akan sentiasa tercari-cari benda yang akan menambahkan keunikan diri dia. Ekekekekeke
Nak kata sesat, tak jugak, tapi aku tak jumpa panggung tuh (filem tuh ditayang kat dua panggung aje) walaupun puas aku merayau-rayau sampai Amsterdam Avenue. Rasanya aku dah pernah lalu kat Linclon Plaza cinema tuh tapi puas aku cari, tetap tak jumpa. Aku terconfused jugak, ker main kat Lincoln Theatre, so itu yang aku masuk Lincoln Theatre yang tengah dalam renovation tuh, yang berbelit-belit, yang akhirnya aku terpergi ke theatre yang ada buat show, South Pacific. Alaaaaaa, dah aku terralit kat situ! Dah aku terfikir yang aku patut tengok Broadway show tuh, bukanlah dalam masa terdekat nih, tapi suatu masa nanti.
Sebab masa pun dah lewat, wayang dah main agaknya, aku patah balik, dan terus ajelah ke Forest Hills. Singgah makan kat restoran Thai nih, Bangkok namanya, apa tah nama masakan aku order tuh, shrimp panang curry rasanya. Walaupun itu kali kedua aku makan kat situt, waitress tuh masih ingat yang aku nih Malaysian. I was the only customer masa tuh so aku bermanjalah sikit dengan waitress tuh, mintak itu ini, siap bertambah nasik lagi. Harga makanan 10 dollars tapi aku kasi tips lima dollars, sebab dia layan aku baik.