Tak lah awal sangat aku keluar hari nih, dalm pukul 9 lebih gitu. Melepak breakfast kat Chelsea, sambil tengok orang lalu lalang. Aku rasa aku macam duduk kat area situ aje, jadi aku tak rasa macam janggal minum sorang-sorang kat terrace tuh.
Aku bawak latop, pakaian pun ok jugaklah, so kira macam boleh diterimapakailah penampilan aku kot. Aku nak ke apartment MamatGQ tuh, nak buatlah apa-apa yang patut. Saspen jugak sebab biasanya bila aku sampai, dia yang bukakan pintu, kali ini, aku kena masuk sendiri. Entah-entah dia ada kat dalam, kata aku dalam hati. Tuh yang aku buzzer dulu sebelum masuk, kat pintu pun aku bunyikan loceng dulu, then barulah aku buka guna kunci yang aku ada tuh.
Gelap aje apartment dia, sunyi dan sepi aje. Tak syok arrr MamatGQ tak ada, tak boleh sembang. Dulu dia kata nak tutup semua suis, nak off kan power semuanya, tapi, aku tengok, elok aje semuanya menyala. Air filter, air cond pun dibiarkan terpasang. Entah-entah dia nih belum blah ke Israel kot, aku tertanya-tanya. Tapi bila aku tengok suitcases dia dah tak ada, dan pakaian dan kasut-kasut dia macam dah kurang aje, aku tahulah yang dia dah blah.
Aku tak bersihkan apa sangat pun, cuma aku nak concentrate cuci benda-benda brass gitu, candle holders, cermin etc. Jugak kitchen cabinets yang atas-atas tuh. Cooker, diswasher, eh banyak gak benda yang aku nak cuci rupanya. Buang masa lah nak kikis wax kat candle holders yang ada 4 bijik tuh, so aku on kan laptop, aku googled, cari cara nak bersihkan wax. Masukkan dalam freeze dan biarkan overnight, kata petua tuh. So aku tanggalkan semua, aku susun rapat-rapat, masukkan dalam freezer. Then aku pasang tangga, memanjat lah aku kat atas tuh, mengelap mana-mana yang patut. Tak lama panjat tuh, turun semula. Sebab nak join sembang kat tag. Ekekekekeke. Terus tak jadi kerja, dasar sangat tau!
Aku tunggu-tunggu jugak kalau-kalau pekerja yang nak repair bilik air tuh nak datang tapi tak ada pun, so aku terus blah aje. Sempat email MamatGQ tuh kejap, tanya dia apa pasal air cond semua tuh di on kan.
Aku ke Jackson Heights, makan kat restoran Pakistan tuh, sementara tunggu Jumaat, aku merayaplah sekejap kat are Little India tuh. Keluar dari Masjid, masa tunggu train, masa dalam train, aku rasa macam tak nak pergi aje tengok concerts tuh semua. Insaf lah kononnya. Puaslah aku menyedapkan hati, kata, apa lah sangat nya kan? Bukannya aku buat jahat pun kan? Lagipun, itu ajelah cara aku nak menghiburkan diri aku yang penuh lara ini. Salah ker aku cuba menghiburkan duka nestapa aku dengan pergi tengok concert? Orang lain tuh, diaorang tahu macamana nak hiburkan hati, pergi camping ker, pergi main golf ker kan? Macamana pun, aku biarkan my option tuh open, sebab aku tahu, aku nih insaf nya sekejap aje.
----------------------------
Aku ingatkan aku sorang aje yang kata Hal tuh cerewet orang nya, tapi kan, rupanya caregiver yang sorang lagi tuh pun sama jugak. Aku memang tak pernah berkesempatan jumpa dia, berselisih aje setiap hari, cuma sekali dulu aku ada sembang dengan dia sekejap, masa diaorang balik dari bercuti kat Cape Cod, Massachusets dulu tuh.
Masa aku kat kedai nak beli barang, masa tengah bayar tuh, doorman apartment tuh pun ada di belakang aku, so aku bayarkan harga air dan donut dia. Then kitaorang sembang lah, on the way balik ke apartment tuh. Bila dia tanya aku, terus lah aku kata Hal tuh cerewet orangnya, dia pun kata yang caregiver sorang lagi tuh pun selalu sangat mengadu kat dia kata yang Hal tuh is just too much. Mamat tuh dah bertahun kerja di situ rupanya, agaknya dia sabarkan aje dengan kerenah Hal. Aku pun fikir jugak, tak salahnya kalau aku buat macam tak tahu aje dengan Hal tuh, iyalah kan, dia tuh cacat.
----------------------------
Malam tuh David/Hal ada guest datang dinner, dulunya ada lah jugak tegur-tegur aku tapi sekarang nih macam sombong aje gayanya. Duduk semeja tapi aku tak pandang pun muka dia, entah, aku macam menyampah aje menengoknya. Nasib baiklah Hal nak tidur cepat so pukul 8-30 pm aku dah boleh blah walaupun Mamat tuh masih ada di apartment diaorang.