Sunday, October 14, 2012

30062008


Sebab dah janji dengan mamat yang nak jual tiket konsert tuh nak jumpa dia dalam sepuluh lebih, tu pasal aku keluar awal harini nih. Cadangnya minggu nih nak rileks aje kat rumah sebab minggu lepas asyik keluar aje kerjanya, sampai tengok 3 wayang dalam seminggu. 

Tapi, nampak gayanya tak boleh jugak aku melabuhkan sayap minggu nih, banyak aktiviti aku sekarang nih, what with kelas Spanish, kerja kat apartment MamatGQ, nak settlekan masalah laptop jugak. 

Dah pukul 11 baru aku sampai kawasan East Village, dan bila aku talipun mamat tuh, dia kata dia dah on the way ke tempat kerja. Dan kalau aku nak jugak tiket tuh hari ini, aku kena turun ke office dia kat Staten Island Ferry Terminal, atau tunggu malam nanti bila dia balik semula ke East Village. Bengang gila aku mendengarnya tapi tak adalah aku tunjuk yang aku marah dan bengang, instead aku kata aku nak datang Wednesday morning sebab esok aku akan kerja di apartment MamatGQ tuh awal-awal pagi. 

Punyalah terbengang, lepas tuh aku hampir-hampir termasuk panggung wayang Independent Film Center (dekat area situ jugak) sebab nak hilangkan kebengangan tuh. Sekarang nih kat IFC tuh ada Asian Film Festival, banyak filem-filem Korea dan Jepun yang dimain kat situ. Ada jugak satu filem Indo, Kala judulnya, aku cadang nak tengok filem tuh. Entah-entah akan terjumpa orang Indo nanti, itu fikir aku. But then again, diaorang, orang Indo kat sini, sure tak tahu menahu pasal event-event gitu tuh. So, tak jadi lah aku tengok wayang tuh. 

Then, with nothing planned, aku naik subway ke 34th Street, malas pulak nak jalan kaki aje, jauh rasanya. Aku cadang nak ke Times Square dari 34th Street tu lah, tak berapa jauh sangat. 34th Street tu kan, dekat dengan Madison Square Garden, so terterus aje aku masuk ke situ. Saja jer, nak tanya kalau-kalau ada tiket konsert tuh. Minggu lepas aku dah tanya kan, dan yang ada hanyalah dua tikets, yang harga 500 lebih sama yang $49. Tapi, manalah tahu kalau-kalau ada orang yang dah booked tapi tak ada duit nak bayar, tiket tuh akan dijual semula. "There's no harm in trying", kata aku dalam hati. 

Memang pun, masih ada dua tiket yang belum terjual, yang malam kedua. Malam pertama konsert, semua tiket habis dijual. Satu tiket tuh $49, yang kat atas bumbung sana tuh. Satu lagi, $304, kat depan jugaklah, antara best seat lah. Terkedu lah aku sekejap kan? Nak tunggu tiket dari mamat tuh ker atau nak rembat aje tiket yang $304 tuh? Aku berbelah bagi. Mamat tuh macam tak nak jual aje tiket tuh kat aku kot, baiklah aku beli aje tiket yang $304 tuh. Nanti, tak ada tiket langsung, haruslah meroyan aku siang malam kan? 

Aku bukak wallet, keluarkan $305, then aku tengok, ada lagi a few kepings duit $50 dan $20, so aku rasa macam lega lah sikit. Sewa bilik dah bayar, bill internet, cellphone semua dah bayar, esok dapat gaji dari MamatGQ, Sunday dapat gaji dari David/Hal, so aku akan ada duit lah. Tapi, $304, tak ker mahal sangat tuh? Ahhh, lantaklah, yang pentingnya beli dulu tiket, menyesal kemudian. Ekekekekeke.

So kaedahnya, aku beli lah tiket yang $304 tuh, konsertnya 15 Julai nanti, jam 7-30 pm. 



Aku suruh jugak minah tuh check kan tiket konsert George Michael, 21 dan 23 Julai nanti. Dia kata tiket untuk George Michael punya shows masih ada, dan tak berapa mahal sangat pun, yang dalam dua ratus pun masih ada. Lega lah aku mendengarnya sebab aku nak offsetkan harga tiket Bon Jovi tuh dengan harga tiket George Michael.

Sepanjang aku ke Times Square tuh, aku terfikir pasal mamat yang nak jual tiket kat aku tuh. Jahat gak aku nih, dah janji dengan dia, tapi aku beli kat tempat lain. Ekekekek. Itulah, dia macam main-main kan aku aje, aku main-main kan lah dia balik, kan? Padan muka dia, mintak-mintak semua tiket dia tuh tak laku, biar dia rugi. Pooof kiri, pooof kanan. 

Tengah jalan-jalan tuh, Sherink talipun. Ingat dak siapa Sherink? Mamat Tibet yang pernah kerja sama aku di Maryland dulu tuh, yang aku ada terjumpa dia, baru-baru nih, after almost 2 years terputus hubungan. Since aku tak ada plan lain so aku setujulah nak jumpa dia kat Jackson Heights.

Dia tak suka makan kat restoran yang aku selalu pergi tuh, sebab dia kata tokay tuh pasang lagu keling zaman 60an. Aku tak tahu pun, tapi aku memang suka makan kat situ sebab aku boleh makan guna tangan dengan selambanya tanpa ada orang peduli. 

So kitaorang ke this one halal buffet restaurant kat Little India tuh. Aku belanja dia, aku makan sikit aje sebab aku tak berapa berkenan sangat makanan keling nih, kari dia pekat sangat. Rupanya Sherink baru berhenti kerja tadinya, dia kata dia tak sanggup nak berulang alik dari Queens ke Battery Park, kena ada kat restoran pukul 4 pagi pulak tuh. So dia nak cari kerja jadi caregiver macam aku, sebab dulu masa jumpa dia, aku ada beritahu pasal kerja aku. 

"Fuck you man, you have a good life", kata Sherink, bila aku kata yang aku gini lah kerjanya, pagi-pagi melepak, kadang tengok wayang, jalan sana-sini. Aku senyum aje lah, baru aku tahu yang hidup aku nih jauhlah lebih senang dari hidup dia. Tapi, dia ada Social Security, ada Green Card pun, sure in no time at all dia boleh hidup senang. Senang orang yang illegal nih tak sesenang orang yang legal. 

Aku ajak dia ke cyber cafe, nak tunjukkan dia kat mana nak cari iklan kerja. The moment aku bukak Yahoo, aku terbaca top news pasal Bon Jovi nak buat free concert kat Central Park, in conjunction with sukan apa tah. Holy Fuck! Terus aku termenyesal beli tiket tuh tadinya, terus aku terbayang mamat tuh mengejek aku sambil kata, "Ha, padan muka ko! Itulah, tak mengedan-dan, dah rugi besar ko. Ekekekekeke. Kalau ko tunggu Rabu, sure ko dapat tiket murah. Ini pulak ada concert free! Padan muka ko!".

Itulah, aku nak buat macamana kan, dah terbeli tiket tuh. Tengoklah nanti, kalau konsert yang free tuh dibuat sebelah malam, aku nak pergi jugak. Then Selasanya pulak, pergi konsert berbayar pulak. Pundeks lah Bon Jovi nih, buat aku macam ralat aje nih. 

Senang aje sebab Sherink nih ada surat semuanya, so banyaklah iklan kerja yang dia ambil. Aku tolong dia buat resume pun, simple aje. Aku tahu dia macam kagum jer dengan aku sebab buats semua tuh. Entah-entah dia tak pernah guna komputer pun kot?

"I don't have education Joe, they always ask for High School Diploma at least", kata Sherink. 

"Fuck you, why are you so stupid? You can always lie", aku kata gitu. Aku suruh dia taruk nama sekolah kat Bangalore sebab dia dulu bersekolah di sana. 

Dia bosan lelama kat cyber cafe so Sherink mintak diri. Aku selamba aje, tak sampai sejam online, mana puas kan? So aku lepak lagi for another hour kat situ. On the way ke subway station, aku terlalu depan kedai pakaian, aku tertaksengaja termasuk ke dalam. Memang lama dah aku nak beli sneakers tapi tak pernah berkesempatan. So bila aku tengok kasut-kasut tuh, aku terbekenanlah kat satu pasang nih, harganya murah jugak, $59. I'm not a sneaker guy so aku tak pernah tahu berapa harga sepasang branded sneakers, tapi, $59 tuh kira murah lah. Ker memang harga sneakers dalam lingkungan itu? 

Terambil jugak dua helai t-shirts, kaler biru dan maroon, nak padankan dengan kemeja aku, nak kasi match gitu. Jadi happy aje aku sepanjang kerja kat apartment Hal malam tuh, dia pun tak ada lah buat palat sangat jugak pun, itu yang aku rasa lega tuh. Lagipun, esok aku nak ke apartment MamatGQ tuh, sure aku akan memperagakan pakaian baru aku kan? Ekekekekekek. 

Apa lah benda yang dia belikan aku dari Israel gamaknya........