Walaupun dah agak surut bengkak tangan aku tapi masih merah dan gatal-gatal, sebeban ubat dan antibiotik aku bawak bekal kerja harinih. Tak sedar aje, beratus dollars duit aku habis untuk beli ubat aje.
Kitaorang tak ke mana-mana harinih sebab petang nanti diaorang nak ke apartment nenek David untuk dinner sempena Mother's Day. Puas diaorang ajak aku pergi tapi aku tipu lah, aku kata aku dah ada plan nak buat acupuncture treatment. Tah mana aku dapat idea tuh aku pun tak tahu. Sebenarnya memang aku ada plan nak buat acupuncture sebab sakit belakang aku masih belum reda, masa baring aku tak rasa sakit tapi kalau masa berjalan, masa tuh yang sakit sangat tuh.
Lepas lunch, sebelum buat catherter kat King Mongkut, kitaorang tengok dvd, filem IronMan. Not at all my cup of tea kalau filem-filem gitu tapi aku layan jugaklah.
Habis kerja aku ke Pinang Restaurant, on the way tuh aku talipun Ramon kalau-kalau dia free, boleh pergi makan kat tempat lain, atau bolehlah pergi tengok wayang, etc. Rupanya dia di Florida kat rumah sepupu dia, dia dah berhenti kerja kat Pinang dan cadangnya dia nak melepak di Florida sebulan tapi gayanya minggu depan dia balik semula ke New York. Resah aje Ramon tuh, dia kata yang dia dah nekad nak balik Indo aje lah nanti bila dah ada duit, dah letih duduk Amerika nih. Pelik jugak sebab dia tuh ada green card, pun boleh letih. Aku yang apa lancau pun tak ada nih, sure lah lebih letih dari dia, kan?
Aku tapau Nasi Goreng Ikan Masin, yang masa dalam subway baru aku teringat yang tangan aku gatal-gatal, apa ker jadah nya nak makan makanan gatal pulak kan? Sampai kat rumah aku melepak sekejap, then baru lah bukak buku-buku Spanish aku sebab esok ada kelas. Macam tak percaya aje yang aku lupa banyak benda, even yang basic-basic pun aku lupa. Pukul 10 aku dah tidur, aku setkan alarm pukul 5 pagi, nak sambung baca sesikit lepas Subuh esok lah.