Tuesday, October 23, 2012

Isnin-Jumaat11-15052009


Isnin


Rasa macam tak best aje pergi kelas tadi sebab aku tak sempat nak buat revision sangat pun, dua tiga topics jer yang aku baca pun. Sepatutnya ada 6 students tapi cuma 4 orang aje yang kat kelas harinih. Rupanya Anna yang mengajar kitaorang, CikGu yang masa aku kat level 1.2 dulu tuh.

Best, aku suka dia mengajar sebab dia nih aktif, mengajar pun cepat. Dengan aku nih, kalau CikGu nya lembab, aku pun jadi lembab. Kalau CikGu nya aktif, aku terpaksalah aktif jugak. Ada Makcik Jepun, Minah Congo dan Mamat French, yang dua lagi tuh rasanya Americans. Sebelum kelas mula, aku dah mintak maaf sama Anna sebab aku kata aku dah lupa semua yang dia ajar, dan I was dissapointed pasal ituhari tak ada kelas, so teruslah aku langsung tak sentuh buku-buku Spanish aku selama 5 minggu.

Harinih kitaorang buat revision aje, dari first chapter sampailah 7th, itupun tercungap-cungap aku dibuatnya sebab banyak yang aku dah lupa, sampaikan Anna pun macam bengang kat aku. Macamana pun aku puas hati lah sebab at least aku tak berhenti di tengah jalan, dan walaupun aku masih di tahap beginner tapi alon-alon, aku akan terus belajar Spanish nih. So akan datang nih, for the next 5 weeks, aku akan kembali macam dulu lagi lah, every Monday dan Wednesday, akan ke kelas Spanish, sampai pukul 1 tengahari.

Masa aku sampai kat Forest Hills, sebab masih awal lagi, aku merayap-rayap sekejap, nak cari kalau-kalau ada tabib Cina, atau tempat-tempat yang buat acupuncture. Ada dua salon kesihatan yang aku tahu, dua-dua nya tak ada buat acupuncture treatment, setakat acupressure dan urut badan aje. So aku ke satu salon nih yang dulu aku pernah buat facial, kat situ ada urut untuk backpain, ada foot refleksology jugak. Bila aku terangkan pada tukang urut tuh, dia katalah yang aku patut buat massage, untuk back pain. $65 sejam. Terus lah aku setuju, walaupun ada aku terfikir yang aku nih menghabiskan duit aje, dah lah Sabtu lepas dah buat Shaitsu, apa nak buat massage lagi harinih kan? Tapi itulah, belakang aku masih sakit, rasa macam tak ada tulang kat belakang aku tuh, itu yang aku terpaksa berusaha cara lain pulak tuh.

Entah, aku macam terkejut, terpanik bila perempuan tuh suruh aku bukak baju, seluar (tinggalkan spenda aje), sampai dua kali dia dia suruh aku tanggalkan pakaian aku, sementara dia keluar dari bilik. Teruslah aku tanggalkan pakaian mana yang patut, terus aku meniarap kat massage table, terus aku tutup bahagian bontot aku dengan towel yang ada disediakan tuh. Hehehee, malu lah aku berdua-duaan dengan perempuan with my pants down kan?

Pandai tukang urut tuh, aku suruh dia urut kuat-kuat, kat pinggang aku. Mengerang-ngerang aku menahan sakit. Masa dia berdiri di depan aku (sambil muka aku dipekupkan kat lubang massage table tuh), dia panjat massage table tuh, diurutnya aku dari bahu sampai ke pinggang. Sampai terpanik aku jadinya, sebab badan dia mencecah badan aku. Entah-entah dia nih nak buat style urut Siam, kata aku dalam hati, urut Siam tuh urut guna tetek, ekekkeke. Nasib baiklah dia berbaju. Lagi satu, kedudukan kepala aku, betul-betul kat celah kelangkang dia, nasib baiklah dia berseluar, itu yang aku takut nak gerak-gerakkan kepala aku. Macamana pun memang best urutannya, hilang segala sengal sendi aku, dan yang akhirnya dia urut aku guna lutut. Dia duduk atas belakang aku, lepas tuh dia jalan-jalan guna lutut, sampailah ke bahu aku. Siksa jadinya aku didera dek perempuan tuh.

David beritahu aku yang diaorang jadi nak ke Cape Code bulan depan, second week of June. Selama 5 hari. Lega aku mendengarnya, maknanya aku dapatlah cuti dari Ahad sampai Khamis. Cuma yang tak bestnya, itu minggu kedua terakhir sebelum kelas Spanish aku (yang surenya ada exam). Aku pun plan-plan yang aku nak ponteng one of the classes, tak pun ponteng kedua-duanya lah. Aku bercadang nak keluar dari New York ni lah for a few days kot, ini aje peluang aku kan? Tengoklah macamana nanti.

Again, mungkin sebab lepas kena urut tadi, aku asyik menguap dan kentut aje jadinya. Menguap, kentut. Menguap, kentut. Sampai puas aku fikir, dari mana lah datangnya kentut-kentut aku tuh.

SelasaAku tak ke mana sangat pagi nih, melepak aje kat rumah, what a long weekend minggu lepas, kan? Aku cuma pergi potong rambut aje tadi, dan on the way tuh aku singgah kat kedai cermin mata. Aku nak tempah kontek lens sebab dah kehabisan bekalan. Sementara tunggu pekerja tuh cari file aku, tertengoklah pulak frame-frame cermin mata, ada satu nih aku macam terberkenan aje, yang aku rasa, kalau aku pakai, sure aku akan nampak macam lawa aje.

Then aku terfikir, baik aku buat cermin mata sebab aku memang tak ada glasses, selama ini aku pakai contacts aje. Lagipun, test mata yang aku buat dulu tuh dah nak tamat tempohnya (setahun aje), nanti kalau nak buat glasses sure kena buat test lagi (kena keluar duit lagi), might as well buat sekarang, tak payah nak kena buat test nanti tuh. $500 lebih harga frame tuh, patutlah aku rasa lawa aje, rupanya harga pun lawa jugak. Aku kuatkan iman aku (duit kat wallet pun tak ada sebanyak itu sebenarnya), aku cuma ambik frame yang harga dua ratus lebih aje. Both glasses sama contacts aku akan siap Friday nih.

King Mongkut macam tak sihat aje malam nih, makan pun tak lalu. Makan putih telur (sebijik) sama roti setengah keping. Anggur 10 bijik. Itu aje. Aku siapkan dia awal sikit sebab diaorang bersemangat nak tengok American Idols.

Rabu051309Homeworks yang Anna suruh buat Isnin lepas, haram aku sentuh, itu yang sejak semalam aku rasa tak sedap hati aje. Aku tidur awal semalam tuh sebab masih rasa macam kurang sihat. So tadi, masa breakfast kat deli kat 49th Street, aku terdapat baik punya idea. Aku suruh minah Spanish yang jaga counter tuh tolong buat homeworks aku, yang bahagian fill in the blanks, sebab yang tu susah sikit. Yang lain tuh aku boleh agak-agak, ataupun boleh tiru yang Minah Congo classmate aku tuh. So, selamba aje lah aku breakfast, Minah tuh sesambil melayan orang, dia belek-belek kertas homework aku. Terrer aku kan, ada aje jalan mudah. Sebagai upah, aku masukkan a few dollars kat tabung tips.

Lesson harinih pun ok jugak, tengok short film dari Argentina, pasal carpe diem (seize the day). Masuk sangat kat akal aku kalau pasal-pasal benda macam tuh, itu yang rasa macam terinsaf sikit tuh.

Best lah jugak kelas Spanish harinih sebab ada 6 orang semuanya. Kalau mengikut pemerhatian aku, aku nih kat tengah-tengah, ada yang terrer dan ada yang lemah dari aku. Dua orang tuh memang terrer habis, berabuk aje cakapnya. Yang Makcik Jepun tu pulak, tergagap-gagap bila nak buat ayat, lebih gagap dari aku.

David akan balik lambat harinih, dia ada beritahu semalam, dia nak keluar minum dengan member dia. So bila aku sampai apartment diaorang, King Mongkut teruslah beritahu aku apa yang harus dibuat dulu. Iyalah, since David akan balik lewat, so dia tak payahlah nak tergesa-gesa sangat nak kena buat catherter dulu etc. So dia kata yang dia nak berak, nak diurut, nak dinner dan nak buat catherter lepas makan. Ececececce, nak bermaharajalela lah kononnya King Mongkut tuh.

Pantang sangatlah aku kalau orang nak mengambil kesempatan kan? Sebab aku memang dah plan nak ambik kesempatan jugak, ekekkekeke. Itu yang lepas taruk enema kat King Mongkut, aku kata dia masih belum selesai berak, masih ada taik. Walaupun kena empat lima kali kena ulang alik membersihkan dia, tapi dapatlah aku "menawan" King Mongkut tuh kat bilik air selama dua jam. Aku yang bermaharajalela kat dapur sesambil tengok Cash Cab. Itulah, King Mongkut tuh tak tahu, aku pun keturunan raja jugak, Sooltan Bangla Shah, ekekekeke

KhamisAku cadangnya nak melepak aje, nak keluar pergi kerja lepas Zohor. Tapi, tengah sedap-sedap sambung tidur, Ramon talipun. Dia ajak keluar makan sebab dia dah ada di Chelsea. Semalam dia ada sms-ed aku, dia dah balik dari Florida.

Cepat-cepat aku bersiap, tak sampai sejam lepas tuh aku dah sampai kat 23rd Street/7th Avenue. Kitaorang ke 18th Street/8th Avenue, ke restoran Thai, Room Service nama restoran tuh, one of the best Thai restaurants kat New York City nih, menurut Zagat lah kan?. Rasa seronok aje sebab macam tak sangka aje yang sekodi-kodi aku nih, dapat jugak menjejakkan kaki ke restoran-restoran ternama gitu tuh. Aku makan Shrimp Panag, Ramon makan apa tah, harga minuman dia lebih mahal dari harga makanan.

Aku bukan sakit perut tapi sampai 3 kali aku terberak masa makan kat restoran tuh. Taik pun hitam aje. Antibiotik aku tu punya hal lah kot sebab aku perasan yang kalau King Mongkut makan antibiotik, dia pun akan selalu berak, dan taik pun hitam aje.

Ramon suruh aku tunjukkan dia kat mana Restoran Laut so aku ajak dia jalan aje dari Chelsea ke Union Square yang dalam 10 blocks jauhnya tuh. Mulanya aku cadang nak tunjukkan dia dari jauh aje sebab aku kan ker macam dah janji yang tak nak masuk restoran tu dah, lepas kena kutuk dek Manager dulu tuh. Tapi, aku menyurprisedkan diri aku, aku kata, masuk ajelah, biar diaorang terkejut tengok aku. Diaorang sure ingatkan yang aku tak akan ke situ lagi dah lepas insiden dulu tuh. So kitaorang masuk aje lah, betul aku kata, diaorang macam terkejut tengok aku. Since kitaorang dah makan, kitaorang ordered dessert aje lah. Tu dia kan, berlarutan kekelasan kitaorang, lunch kat restoran lain, dessert kat restoran lain.

Harinih aku rasa pinggang aku macam dah kurang sakitnya, walaupun masih rasa sengal-sengal. Masa nak mengangkat King Mongkut turun naik ke katil/scooter, aku tak rasa sakit sangat pun dah. Cuma masalahnya, aku tak daya, rasa tak bertenaga nak angkat dia. Kalau dulu aku selamba aje angkat dia sesambil tunduk, sekarang nih aku kena guna lutut aku sebagai tongkat, kalau tak, tak larat aku. Ish, semakin tua aku nih, hilang dah kederat aku.

JumaatAku cadangnya nak memasak pagi nih sebelum ke masjid, tapi the moment aku ke dapur, tuan rumah aku pun nak memasak. Terus tak jadi aku nak memasak. Then dia offered untuk masakkan untuk aku, dengan senang hati aku kasi dia sepuluh dollars sebagai upah, jugak dia terpaksa guna bahan-bahan dia sendiri sebab aku cuma ada udang dan sotong aje. Tak sampai sejam lepas tuh siap, mee soto sama sambal tumis sotong/petai. Terus jadi serba salah mana satu nak makan dulu sebab kedua-duanya macam sedap aje gayanya. Berpeluh-peluh aku makan mee soto yang panas dan pedas tuh.

Aku sembahyang Jumaat kat Jackson Heights sebab waktu sembahyang sekarang dah semakin lewat, pukul 2 lebih baru selesai. Sementara menunggu masa nak masuk kerja, aku melepak sekejap kat library. David balik lambat lagi malam nih pasal dia nak keluar dinner sama kawan dia. King Mongkut suruh aku siapkan dia awal sikit sebab dia kata dia letih, harinih dia keluar sepagian. Itu yang sebelum 7 petang dia dah suruh aku angkat dia ke katil. Biasanya pukul 7 baru dinner.

Tapi oklah, dapatlah aku lepak-lepak kat dapur sesambil tengok tv. Tapi, bukan King Mongkut lah kan kalau tak menyusahkan aku. Kejap-kejap panggil aku, kejap-kejap panggil aku. Ada ajelah benda nya, remote control tak ada battery lah, talipun jauh sangat dari tangan dia lah, dia suruh aku makan cookies lah, suruh aku makan grapes lah (tiap malam memang kitaorang makan cookies sama grapes - dia tak tahu pun yang aku boleh makan semua benda kat fridge tuh tanpa disuruh-suruh).