Tuesday, October 23, 2012

RabuKhamisJumaat202122052009


Rabu

Aku bangun awal tadi, lepas Subuh aku dah tak tidur dah. Sebab aku cuba nak buat revision sikit, buat homeworks Spanish aku pun jugak. Tapi, bila tiba aje masa aku patut bersiap untuk pergi kelas, aku jadi termalas gitu. Aku kata dalam hati, apa kata kalau aku ponteng kelas harinih? Belum pernah aku ponteng kelas, infact, setiap kali kelas, aku lah orang yang mula-mula tiba, sampaikan kadang tuh malu kat pekerja-pekerja Cervantes Instituto tuh yang nak mop lantai kelas. 

Aku, yang selalu ikut kata hati nih kan, apa lagi, terus aje aku buat keputusan tak nak ke kelas. So aku sambung tidur balik. Sedar-sedar dah pukul 10 lebih, then baru aku teringat yang minggu depan Isnin tuh, Memorial Day, sure tak ada kelas, dan sure CikGu Anna akan kasi tahu harinih, bila kelas ganti. Alaaaa, aku terlupa langsung pasal tuh. Tak apa lah, aku akan talipun lah nanti Institute tuh walaupun I doubt it diaorang akan tahu sebab kelas lain banyak, dan arrangement pasal kelas nih antara students dengan CikGu nya aje, orang admin tak tahu menahu.

Aku yang sememangnya bodoh nih, jadi bodoh gitu lah bila tak tahu nak buat apa, now that aku ponteng kelas. Malas, itu satu hal. Aku tak buat apa pun, nak lunch pun malas, aku beli buah aje kat Mamat Mexican depan rumah aku tuh. 

Masa kerja pun sama, aku tak bersemangat, tak ada mood, malas, mengantuk. Semualah benda-benda yang tak best. Dan aku tak bercakap pun. Aku buat muka bodoh aku tu lah. Sampaikan King Mongkut beria tanya aku kalau-kalau aku tak sihat. Apa tak nya, aku tak bercakap sepatah haram pun, bila dia tanya aku soalan-soalan lazim dia tuh (How was your day? What did you do today? How was your Spanish class, soalans like that), aku buat muka bodoh jer.

Sampaikan aku terfikir, sure meluat King Mongkut menengok aku. Sampaikan aku terfikir, ya ampun, macam bapok nya perangai aku nih. Pundeks betul lah, apa pasal aku macam orang tengah PMS aje aku pun tak tahu. Alaaa, lagi lah macam bapok nya aku nih sebab bapok memang kuat mencarut, kan? Ekekekekeke

Mungkin sebab aku masih bengang dengan King Mongkut pasal semalam tu lah kot. Aku rasa itu sebab nya kot. Memang, memang aku bengang kat King Mongkut semalam tuh. 

Masa diaorang dinner aje baru lah aku mula bersuara, itu pun bila David tanya aku pasal kelas aku, dan apa plan aku cuti nanti, masa diaorang ke Cape Cod. Aku katalah yang rancangan aku nak ke Philadelphia, dan mungkin jugak aku ke New Haven dan Bridgeport, Connecticut, aku nak ke sana nak cari dua restoran yang tokay nya Melayu. Kalau tak salah aku, dua restoran tu aje lah kat Amerika nih yang dikendalikan oleh Malays, yang lain tuh, semuanya restoran Malaysia yang tokay nya Cina.

Khamis

Kalau semalam aku termalas sangat, harinih aku terrajin pulak. Aku memasak! Ekekekeke, lama dah tak turun ke dapur. Aku masak Ayam Masak Kicap. Tapi, dukacita dimaklumkan, masin sangat masakan aku tuh. Kaler dia pulak tak hitam sangat. Aku tertaruk banyak kicap, garlic paste, chilli paste, itu yang jadi gitu tuh. Macamana pun aku makanlah jugak, walaupun kemasinan nya menusuk-nusuk masuk ke ayam, ke kentang. 

Masa buat catherter kat King Mongkut tadi, aku tunjukkan kat dia tube catherter tuh yang penuh dengan cecair yang macam nanah, tapi bukan nanah. Macam pea soup aje kalernya, kelikatannya. Pelik aku, apa kejadah benda tuh sebab selama ini tak adalah selikat dan sebanyak itu keluarnya. Biasanya, bila kencing dia dah nak habis, akan keluarlah liquid tuh, kadangnya cair, kadangnya pekat.

Memang selalu aku beritahu dia tapi dia buat macam tak kisah aje, dan dia pun pelik apa pasal bila aku yang buat catherter kat dia, benda tuh keluar. Kalau masa caregiver yang sorang lagi tuh buat, tak ada pulak Mamat tuh beritahu dia pasal benda kaler kuning hijau tuh. Dulu, aku ingtakan cecair tuh air kencing + KY gel yang ditaruk kat tube tuh sebelum aku masukkan catherter ke lubang kote King Mongkut tuh, tapi bila difikir-fikir balik, tak menasabah pulak sebab gel tuh aku taruk sikit aje, setakat nak melincirkan tube tu aje. 

So bila aku tekan perut dia (antara pusat dan kote dia), makin banyak keluarnya. Dia mula menyalahkan aku, dia kata sebab aku tekan kuat sangat perut dia tuh, itu pasal benda tuh keluar. Tiba-tiba bila aku nak tarik tube catherter tuh dari kote dia (dah tak ada kencing yang keluar), memancut keluar darah. Macam dulu sekali tuh gayanya, sampai ke tangan-tangan aku darah tuh memancut. 

Terpanik kitaorang lepas tuh tapi sebab dulu pernah jadi sekali, so tak adalah kitaorang gelabah sangat. Cuma kitaorang tak tahu apa puncanya, bladder dia pecah ker, atau kidney dia rosak? The rest of the evening tuh kelam kabut gitu lah, membersihkan kesan darah, menalipun Doktor, pergi ambik ubat kat Walgreens. 

Jumaat

Kalau Rabu aku termalas, semalam terrajin, hari nih tersangatlah rajin nya aku. Aku tidur kejap aje lepas Subuh, dalam pukul 7 tuh aku bangun semula. Aku pergi hantar pakaian buat laundry, walaupun cuma sikit aje pakaian yang nak dicuci. Then aku ke kedai beli barang-barang perlu. Then aku membersih bilik, jugak membersih peti ais (buang benda-benda yang dah busuk sebab tak dimakan). Sampai tak cukup tangan aku buat kerja tadi tuh, syok pulak rasanya, jadi terrajin tiba-tiba gitu tuh. 

Sementara tunggu pakaian kering, aku sempat goreng meehon, Meehon Asyura, taruk segala macam benda yang boleh dimakan. Best jadinya meehon tuh. Lepas lepak sekejap pasal keletihan, aku memasak lagi! Apa kena nya dengan aku nih, aku pun tak tahu. Kerajinan datang mendadak-dadak. Aku masak kari ikan, sempat lari sekejap tuh ke kedai India dua bloks dari rumah aku nih, sebab nak beli perencah kari sama kacang bendi. Menjadi kali ini kari ikan aku, ikan nya rasa ikan, kuah nya rasa kari, bendi nya rasa bendi. Cuma satu aje, ikan tuh bertulang, aku nih kan ker kurang sabar orangnya, aku tak suka makan ikan yang ada tulang. 

Aku sembahyang Jumaat kat Masjid Turki yang kat area rumah sewa aku nih, Zohor masuknya pukul 12-50 tapi sembahyang nya pukul 2 lebih. Terkebil-kebil aku menahan ngantuk, dah lah tak faham ceramah diaorang yang dalam bahasa Turki tuh (Nasib baik khutbah nya ditranslatekan ke dalam bahasa Inggeris). Dah tua aku nih, kat masjid tuh aku bersandar kat tiang aje, nak bersila, nak duduk antara dua sujud, pinggang aku sakit. 

David ada dinner sama kawan dia malam nih so dia balik lewat, aku sama King Mongkut aje lah di apartment. Aku kalau dengan King Mongkut nih memang jarang sangat bercakap. Bercakap takat yang perlu aje walaupun dia cuba nak strike a conversation dengan aku, biasanya aku layan tak layan aje. Sebab apa tak tahu, sebab aku tak suka kat dia tu lah puncanya, dia tuh pretentious, walaupun baik orangnya. Sampe kapan pun aku ama dia gak bisa connected sih.