So tamat lah sudah percutian aku selama 6 hari. Hari ini hari terakhir cuti, esok dah mula kerja semula. My next cuti will be June tahun depan lah pulak, kalau dipanjangkan umur. Until then terpaksalah aku mengadap King Mongkut tuh setiap hari.
Tercapai hajat aku untuk keluar dari New York for a few days. Terakhir aku keluar dari New York nih setahun lebih yang lalu, kalau tak salah aku masa kerja jaga this PakCik cacat kat Norwalk, Connecticut.
Seronok jugak percutian aku kali ini, aman dan damai aje di tempat-tempat yang aku pergi. Yang paling best nya kat Mystic lah, sebab cottage yang aku menginap tuh kat hujung sekali, di tepi marina. Malam-malam, aku sorang-sorang aje melepak kat benteng di situ sambil kaki menguis-nguis permukaan air laut. Di kelilingi bot-bot yang tak mudik-mudik. "I don't want this to end", aku kata dalam hati.
Tapi, in reality, aku rasa aku tak boleh tahan lama duduk kat situ tuh. Untuk a few days, atau paling lama seseminggu dua, itu memang best. Lama dari itu, sure aku mati kutu. Sebab tak tahu nak buat apa, tak ada apa nak buat, kat situ macam time stands still aje. Dalam sehari, lama aje rasanya. Kalau kat New York tuh, sehari rasa sekejap aje, tak sempat nak buat apa-apa pun, sekejap aje dah kena menjunjung titah King Mongkut kan? Kat Mystic tuh, sampai letih nak tunggu masa berlalu. Malam-malam pun sempat aku melepak kat benteng, aku melepak kat balcony cottage tuh, aku jalan-jalan ke docking yards, aku merempit ke tepi laut.
Sebelum aku blah, aku siap tanya tokay cottage tuh kalau-kalau dia sewa kan bilik on a long-term basis, for a few months. Tak tahu, saja jer aku tertanya gitu."Come here during winter, it's absolutely gorgeous", kata dia.
Kat Newport dan Providence (Rhode Island) tak ada apa sangatlah, aku merayau-rayau gitu ajelah. The thought yang aku semakin jauh dari New York tuh yang buat aku rasa seronoknya. Don't get me wrong Dear Diary, bukan aku tak suka New York City tapi once in a while aku nak lah keluar dari situ kan.
Satu aje benda yang buat palat nya di sepanjang cuti aku. Masa aku di Providence, masa nak ke Newport, train ticket aku hilang. Aku taruk kat kocek jacket aku, agaknya masa aku seluk poket nak keluarkan either camera atau cellphone, terjatuh tiket tuh. Nasib baiklah $15 aje harga nya.
Semalam aku jumpa Melayu kat New Haven kan? Kalau ada masa aku nak ke sana lagi sebab aku pun baru tahu yang ada train (Metro-North) ke sana yang tiketnya cuma $14 off-peak. Murahlah tuh kalau dibanding dengan naik Greyhound bus ($25) atau naik Amtrak yang off-peak ticket punya harga pun dah $34. Semua tuh one-way ticket. Perjalanan pun tak sampai dua jam.
Itu aje lah pasal cuti aku, now that aku dah balik semula kat New York nih, aku kena buat rutin biasa lah pulak. Since aku dah recharged sikit nih, dah fully energized, aku kena lah bersemangat sikit kan? Mudah-mudahan aku janganlah cepat bosan, iya lah, aku kena tunggu another 365 days sebelum aku dapat cuti, kan?
Aku dah ada dah plan sebenarnya untuk hari-hari mendatang, tapi untuk sehari dua nih biarlah aku berbalik pada kemalasan aku tuh dulu.
----------------------------------
Aku tak keluar ke mana-mana pun sangat harinih, takat keluar pergi buat laundry, then gunting rambut, then beli barang sesikit. Sembahyang Jumaat kat Masjid Turki, on the way balik tuh aku beli nenas sebijik sebab nak masak pajeri nenas, guna perencah yang aku beli semalam. Letih lepas kemas-kemas bilik yang penuh dengan botol-botol kosong, sampah-sarap, aku tidur sekejap. Mulah lah aku nih, kalau kat bilik, asyik nak tidur aje kerja nya.
Itu yang lepas bangun tidur, aku pindahkan laptop, aku macam ikat laptop tu kat meja, so that aku tak payah nak usung dah laptop ke katil. So that kalau aku terbangun malam-malam pun aku tak akan sentuh laptop tuh. Susah tau dak kalau tidur malam-malam bertemankan laptop yang sentiasa on nih, selalu sangat terjaga nya.
Lepas Asar baru aku memasak, sad to say, pajeri aku tuh tak menjadi. Sebab aku tertaruk banyak air. Kalau ikutkan manual nya (eh, yang instruction kat pembungkus perencah tuh dipanggil manual ker? ekekekekeek) senang aje, taruk nenas, taruk air setengah cawan, then masak selama 5 minit. Geram jer aku bila tengok pajeri tuh tak macam pajeri, jadi macam kari nenas aje. Tak berbaloi rasanya susah payah aku, nak mengupas nenas tuh bukannya senang, kan? Nak kena buang bulu idung nenas tuh satu persatu.
The rest of the day pun tak buat apa, melepak di bilik aje sambil fikir, "alaaa, kejap lagi dah nak malam, kejap lagi aku dah kena tidur pasal esok nak kerja". Tensen aku dibuatnya tau dak. Tak buat apa-apa pun masa berlalu gitu jugak. Kalau kat Mystic tuh, masa tak pun berlalu cepat macam nih.