Tuesday, October 23, 2012

SbtuAhad2021062009


Sabtu
Banyak drama nya keluarga David tuh. Itu belum termasuk drama dari keluarga tiri dia, keluarga King Mongkut. Harinih sepatutnya ada lunch sempena birthday nenek dia yang ke 105 kan? Tapi itu lah, sejak pagi, berdering-dering talipun, mulanya kansel, then on balik, then dikansel balik. Nenek dia merajuk lah, mak sedara dia merajuk lah, mak David bengang lah, sorang-sorang jadi pelakun, menalipun sambil menangid-nangis, histerical. Semuanya gara-gara tak bersetuju dengan menu yang nak diorder. By noon barulah confirm betul-betul yang lunch tuh dipostpone ke hari esok. So, buang masa aje aku menyiapkan King Mongkut dengan pakaian yang ranggi sangat kononnya, colorful gitu. 
Lepas lunch, since King Mongkut masih berpakaian lawa, David decided nak pergi tengok wayang aje kat Midway Stadium/cinema kat Forrest Hills nih. Senang aje, tak ada fikir banyak-banyak sebab semuanya setuju nak pergi tengok The Proposal (Sandra Bullock sama Ryan Reynolds, laki Scarlett Johansson). Kitaorang suka jugak filem-filem rom-com, filem tergedik-gedik gitu tuh. Kitaorang tengok show pukul 2, best jugak filmnya, kisah di Sitka, Alaska walaupun shooting film tuh dibuat di Massachusets.



Aku habis kerja pukul 6 sebab malaslah tergesa-gesa nak buat catherter kat King Mongkut tuh walaupun sampai ke apartment dalam pukul 4 lebih. Minggu nih aku kerja lebih sikit sebab semalam sampai pukul 10 lebih aku kerja sebab diaorang ada dinner kat apartment di tingkat 6, rumah couple Thai/American tuh. Esok aku disuruh masuk pukul 10 jugak sebab nak pergi birthdayparty tu lah. Nak menyiapkan King Mongkut tuh berjam-jam, kan?
Aku tak ada tujuan lain dah habis kerja tuh, so aku ke Pinang Restaurant aje lah. Mamposlah minggu ini aku asyik makan kat luar aje kerja nya.
Ahad
Aku pening kepala the moment aku sampai Forrest Hills, so aku telan Tylenol 2 bijik. Yang non-drowsy.Biasanya kalau pening kepala, lepas telan ubat, aku akan lelapkan mata sekejap, tapi since aku kerja,payahlah.
David ke gym sekejap, so aku menyiapkan King Mongkut di bilikair. Lepas tuh dia nak aku urut dia lah pulak,so aku angkut dia ke katil. Dia perasan aku macam tak ada mood nak bercakap sebab bila dia tanya aku, aku jawab macam nak tak nak aje. So aku kata lah yang aku pening kepala. Mulanya dia kata tak payahlah urut dia kalau aku tak berapa sihat tapi aku kata aku ok aje. Bolehlah aku lena sekejap masa mengurut dia tuh kan?
Tapi dia asyik tanya-tanya aku, "Are you alright, Joe?". "Just be quiet, then I'll be alright", aku kata gitu.Terus tersenyap King Mongkut. Dia terlena masa aku urut dia, aku pun tersengguk-sengguk jugak. Dah siap tuh,Alhamdulillah, pening aku terus hilang.
Kitaorang ke apartment nenek David (nenek tiri King Mongkut) pukul 1, masa tuh semua orang belum datang. "Ha, 2 Jews and a Moslem", kata nenek David masa kitaorang sampai tuh. For a 105 year old woman, dia memang hebat,ingatan dia nih kuat. Walaupun frail tapi degil dia nih, pergi bilikair sorang-sorang aje.

Ada dalam 20 orang semuanya keluarga terdekat diaorang yang datang tuh. Sorang nih, sepupu David, Bonnie nama dia, dia nih umur dalam 30an gitu, retarded orangnya. Bukan terrencat akal sikit-sikit, tapi, nut-case punya style. The last time kitaorang jumpa dia tahun lepas, masa Thanksgiving Day ataupun Yom Kippur punya dinner kot.Dia nih, dalam retarded gitu tuh, selalu sangat bertukar pasangan (tapi pasangan dia semuanya yang sewaktu dengan dia lah, satu wavelength gitu tuh). Satu lagi, dia nih, kemana-mana pergi, pasti dikeleknya Bible. Lawaklah kan, Jews tapi kelek Bible ekekekke.

So, nak dijadikan cerita, Bonnie nih asyik tegur aku aje, "Hello Mister, what's your name? Hello Mister, can I sit next to you?", "Mister, can I get you something?". Sampaikan termalu aku, terbengang jadinya. Sebab orang lain asyik gelak kat aku, sambil bisik-bisik, "She likes you, Joe", "You are next, Joe".Tapi aku nih memang baik orang nya kan, aku tak kira sapa, aku layan aje.
Habis kerja, aku terus ke Chelsea, tak ada tujuan apa-apa pun cuma nak jalan-jalan kat area tuh sama Meatpacking District. Bosan lah pergi Times Square sama Rockerfeler Center aje kerjanya, aku bukannya tourist kan? Aku nih New Yorker ekekekeke.Lepas dinner kat Room Service (Thai) kat Chelsea, terus aku blah aje lah.