Tuesday, October 23, 2012

Sabtu16052009



Masa breakfast, sempat aku sms Ramon, tanya dia kalau-kalau dia nak keluar merempit petang nanti, lepas aku habis kerja. Dia setuju nak pergi makan/tengok wayang, so dia suruh aku talipun dia the moment aku blah dari apartment David. 

Sampai aje apartment diaorang, David kasi 3 pilihan, samada nak pergi tengok wayang Star Trek kat panggung wayang di Forest Hills, atau nak ke Roosevelt Field Mall, atau nak ke Garden City. Terus aku kata aku pilih yang kesatu, walaupun aku tak suka Star Trek. Malaslah nak ke mall, atau Garden City, nak memunggah King Mongkut turun naik kereta tuh satu hal. Lagipun dah lama kitaorang tak pergi tengok wayang sama-sama. 

Nasib baik King Mongkut pun kata nak tengok wayang, so semuanya setuju. Plannya nak tengok show pukul 2-40 pm, ala, aku cadangnya nak balik kerja pukul 5, mana sempat karang tuh kalau tengok show tuh. Terpaksa kerja sampai pukul 6 lah nampak gayanya. 

Sementara David ke gym, aku buat kerja-kerja yang patut, jugak buat catherter kat King Mongkut. Sejam lebih kena mengurut dia, tak lama lepas dia suruh aku berhenti mengurut, David pun balik, dalam 12-30 masa tuh. Aku kata lah, sempat rasanya kalau kitaorang tengok show yang lebih awal, show pukul 1-40 pm, so cepat-cepat aku siapkan King Mongkut. Lunch pun kitaorang cepat-cepat. 

Macam yang aku kata, aku tak suka cerita-cerita Star Trek, so tak heranlah aku dua tiga kali tertidur masa tengok wayang tuh. Tak ada apa yang menariknya, benda yang tak masuk akal, kan? 

Habis tengok wayang tuh cepat-cepat kitaorang blah sebab nak kejar waktu, ternampak pulak mak David tengah tunggu bas, so habis masa lah pulak bersembang dengan dia. Lima lebih sikit baru aku dapat blah, lepas buat catherter, itupun diaorang suruh aku tunggu sampai pukul 6 tapi aku kata aku ada janji dengan kawan. 

Tak ada jawab pulak masa aku talipun Ramon, nak sentapz dah aku, nak terus balik aje dah cadangnya tapi bila difikir balik, mungkin dia on the way ke Manhattan, teruslah aku naik subway. Aku turun kat 42nd Street, memang betul pun, bila aku talipun balik dia, rupanya dia dah di Chelsea. Aku cadangnya nak jalan aje ke 23rd Street tapi half way, aku patah balik ke subway station, dua stops lepas tuh sampailah kat Chelsea. 

Kemain kitaorang, jumpanya kat Chelsea, tak terper-peri lah kekelasan kitaorang, kan? 

Ramon kata nak tengok wayang dulu baru dinner, dan dia nak tengok Angels & Demons, kat Union Square. So kitaorang menapak kat Union Square, melalui Chelsea dan Meatpacking District. Best rasanya, macam yang Ramon kata, "Waduh, grand banget sih", macam itu lah yang aku rasa. Best kalau dapat spend Saturday nights macam ini selalu, kata aku dalam hati. 

Tak sangka sedap pulak filem Angels & Demons (Tom Hanks, Ewan McGregor) tuh, walaupun aku mulanya cuak jugak nak tengok sebab aku tak tengok pun Da Vinci Code dulu tuh, takut jugak tak faham jalan cerita. Dalam pukul 9-30 habis filem tuh, terus aje lah kitaorang ke Restoran Laut, sebab restoran-restoran Thai yang lain yang kitaorang pergi, semuanya penuh. Saturday night, kan? Saturday night in the heart of New York City, kan? 

Since aku nih orang kenamaan kat Restoran Laut tuh, walaupun penuh tapi bila diaorang nampak aje aku, terus dipanggil masuk, sampaikan Mat Salleh yang beratur tuh semuanya pandang kat kitaorang. "Kapan lagi bisa dapat layanan segini?", aku kata kat Ramon. 

Lama jugak kitaorang melepak makan kat situ, sembang-sembang dengan waiter Indo sama waitress China Malaysia tu aje, yang Manager tuh dah malu-malu gayanya nak sembang dengan aku. Sampai restoran dah nak tutup baru lah kitaorang blah. 

"Ada kerjaan gak? Aku udah capek kerja di sini", kata Tanto, waiter Indo tuh sambil hulurkan kitaorang nombor talipun dia. 

"Besok kamu liburan, mahu keluar gak?", aku tanya dia. 

"Waduh, keluar melulu, enak banget sih", kata Ramon. 

Dekat pukul 12 malam baru aku sampai ke rumah, lepas Isyak, terus aje tidur. Nasib baik esok masuk kerja pukul 11 pagi.