Sabtu
Aku macam biasa aje, tak ada pun rasa bersemangat baru untuk kerja harinih, walaupun baru balik bercuti. Tapi, tak ada lah jugak aku macam tensen pulak. Selamba aje aku kerja hari nih.
Masa sampai apartment diaorang, sibuk lah David tanya aku pasal cuti aku, so kitaorang bertukar-tukar cerita lah. Respect jugak diaorang sebab merata aku perginya, dan semua tuh tak diplan sangat pun. Diaorang takat melepak kat cottage di Cape Cod, dari Sunday sampailah Thursday. How boring, kan? Lain dari aku, aku bertukar ganti Amtrak, naik ferry, kejar sana kejar sini. Diaorang kasi aku t-shirt yang ada tulis Cape Cod, lawa kaler nya, biru pucat.
So harinih kitaorang tak ke mana-mana lah, David ke gym dan sementara King Mongkut berak, aku mengemas barang-barang dia yang lebih banyak tak dipakai daripada digunakan. Itulah, masa nak pergi cuti ituhari, nak bawak semua pakaian lagaknya.
Aku mintak nak balik pukul 5 sebab aku rasa diaorang nak berihat, David tak sedar pun masa bila aku blah sebab dia keletihan agaknya, berdengkur-dengkur tidurnya. King Mongkut aku biarkan tengok tv kat dapur sorang-sorang sebab dia dah puas rileksnya masa David ke gym tadi, sejam lebih aku kena mengurut dia tadi tuh.
Ramon kerja agaknya sebab tak ada pun sms dari dia, biasanya kalau weekends sure ada kitaorang janji nak keluar merempit. Tak apa lah, dapatlah aku pergi tengok wayang yang aku nak tengok, kan? Kalau keluar dengan dia, sure aku kena tengok wayang yang "orang-orang biasa" tengok, filem-filem mainstream yang bodoh tuh.
So aku ke Lincoln Plaza Cinema, macam lama sangat dah aku tak ke sana, sebulan lebih dah. Aku tengok film Peranchis yang banyak menang awards nih, Seraphine judulnya. Kisah benar pasal pelukis di tahun 20an dulu, Seraphine de Sentiles.

Biasanya aku pergi makan kat mana-mana Malaysian atau Thai restaurant kan, lepas tengok wayang. Tapi tadi tuh terus aje aku balik sebab masih terang benderang lagi masa tuh. Lama jugaklah aku melepak online tak buat apa-apa malam nih.
Ahad
Aku disuruh masuk kerja pukul 10 harinih sebab itulah, diaorang nak keluar jalan-jalan. Tapi, dekat pukul 11 pun belum dibuat keputusan, ke mana nak dituju. Banyak sangat plans nya sampai tak tau yang mana satu nak dipilih. Aku more pada nak tengok wayang aje (walaupun diaorang nak tengok film Hangover, yang not at all aku punya cup of tea. Tengok poster film tuh aku dah tahu yang itu filem lawak bodoh, yang diaorang suka sangat). Aku dah tersuka bila diaorang setuju nak pergi tengok The Taking Of Pelham 1 2 3 (John Travolta, Denzel Washington), tapi tiba-tiba King Mongkut ajak pergi Target sebab pampers dia dah nak habis, dan kat Target tu aje yang ada jual pampers yang dia berkenan.
So ke Target lah kitaorang, yang di Long Island. Kecik dunia nih, kat Target tuh, terserempak pulak dengan mak David (mak tiri King Mongkut) sama kawan dia (kat US nih, orang tua-tua, merempit aje kerjanya diaorang nih), diaorang cadangnya nak ke Roosevelt Field Mall tapi tah macamana tertukar plan dan tehinggap kat Target tuh. So terlama lah jadinya kitaorang kat Target tuh, terpaksa kansel cadangan nak pergi lunch.
Kitaorang sampai Forest Hills pun dah pukul 3 lebih, aku punya lah laparnya sebab pagi tadi makan roti aje sebuku kat cafe depan rumah sewa aku.
Berkeras aku kata kat David, jangan bayar gaji aku hari Jumaat sebab aku sepatutnya kerja hari tuh tapi aku masih cuti (3 jam aje), so diaorang bayar gaji aku sejak Sunday lepas lah. Terus aje aku balik ke rumah, tak singgah dah kat Manhattan pasal harinih ada Puerto Rican Day Parade kat Fifth Avenue, diaorang nih ganas-ganas semuanya, malaslah aku berasak-asak.
Aku singgah kedai Turki beli ayam dua ekor, esok lusa nak memasak lah. Aku nak cuba kurangkan makan kat luar lah untuk seseminggu dua nih.