Tuesday, October 23, 2012

RabuKhamis0304062009


Rabu

Dari semalam dah aku decided yang aku nak ponteng kelas Spanish aku, minggu depan aku akan ponteng so might as well harini pun ponteng jugak kan? So berakhirlah riwayat aku belajar Spanish kat Cervantes Instituo tuh, tak tahu lah kalau-kalau akan datang akan terbukak hati aku untuk terus sambung belajar kat situ.

Aku dah di tahap boleh belajar sendiri dah sekarang nih, itu yang aku rasa (walaupun I doubt it yang aku akan buat) aku nak belajar on my own aje. Yang buat aku tak ada semangat tuh bukan apa, kelas hari Isnin tak sesuai dengan aku sebab malam hari Ahad aku biasanya merempit sampai jauh malam, so aku tak ada masa nak buat preparation untuk besok paginya. Lagipun sekarang dah summer, rasa rugi pulak kalau tak jalan-jalan di waktu summer nih kan?

So, macam Isnin lepas jugak, jadi bodoh aje aku seharian sebab menyesal dengan keputusan aku nak ponteng kelas tuh.

Aku selamba aje masa pergi kerja tadi walaupun sejak semalam aku asyik terfikir aje pasal aku naik angin tuh. Tak apa lah, semuanya dah selesai, at least sekarang David tahu yang aku tak suka kat King Mongkut tuh, dan aku kerja pun sebab kesian kat dia aje. Semalam, David suruh aku mintak maaf sama King Mongkut, cepat-cepat aje aku kata, "Hell, no!", aku kata yang tak ada reason apa pasal aku nak mintak maaf dengan dia. Dia yang patut mintak maaf sama aku sebab selalu buat aku bengang.

So tak heranlah kalau tadi King Mongkut punya lah cuba nak berbaik dengan aku, cakap pun lembut aje. Aku selamba aje lah, memang dulu pun selalu dia buat gitu. Agaknya dia dah kena basuh dek David semalam tuh gamaknya, suruh kurangkan kadar kecekadakan dia tuh.

Khamis

Biasanya aku rasa cepat sangat waktu berjalan, kejap aje dah weekend. Tapi, minggu nih, terasa macam lama sangatlah pulak. Mati-mati aku ingatkan harinih Jumaat, rupanya baru hari Khamis.

Tak ada lah awal sangat aku keluar harinih, sekadar sempat untuk singgah lunch kat Jackson Heights aje. Itupun masih sempat melepak kat Secret Garden kat Forest Hills sebelum masuk kerja.

Masa diorang dinner tadi, David tanya lah aku apa plan aku nak buat, dulu diaorang tanya dah, tapi masa tuh aku kata aku nak ke Phila, nak ke Bridgeport, New Haven (Connecticut) sebab kat sana dulu tuh ada perkampungan Melayu dengar ceritanya. Berkerut dahi David, dia kata Bridgeport tuh slump area, penuh dengan gagak. Aku pernah sampai kat Bridgeport tuh tapi cuma kat train station aje lah, memang dari kejauhan bandar tuh tak ada apa yang menariknya pun, sure jijik orang New York macam aku nih nak jejak kan kaki kat sana kan? Ekekekkeeke

Then aku kata lah aku mungkin akan ke satu pulau nih, so lepas cerita-cerita pukul macamana nak ke port, pukul berapa ferry bertolak, berapa lama pelayaran, kat mana aku nak tidur, berapa lama aku nak di pulau tuh, apa pasal aku nak balik ke New York ikut jalan lain (nak ke Newport, Rhode Island, dari situ baru aku turun ke Connecticut) semuanya tuh, David tanya aku kalau-kalau aku nak cuti lagi sehari on that Friday.

Iyalah, diaorang sampai semula kat New York petang Jumaat, dalam 5-30 petang, so macam tak berbaloi aje aku kerja 3 jam kan? Lagipun, aku kata aku nak pergi cuti tuh Isnin, tak sempat nak lepak lama sangat nanti.

Melompat-lompat hati aku bila David kasi suggestion gitu tuh. Tambah lagi sehari cuti, sapa tak nak kan? Aku tengok King Mongkut diam aje, dia tak setuju lah tuh. Dia nih mana ada peri kemanusiaan punya orang, dia tak fikir ker yang aku kena datang jauh-jauh untuk kerja for a few hours tuh. Tapi dia King kan, mana dia ada boleh bersuara, ekekekek.

Tapi, sebagai seorang yang sensible sangat, aku beritahu David yang aku hanya akan ambik cuti Friday tuh tapi diaorang tak payah bayar gaji for that day. Tak patutlah aku cuti tapi dibayar gaji kan? Sebab cuti yang dari Sunday sampai Thursday tuh diaorang bayar gaji. Alah, kalau aku kerja pun Friday tuh, berapa sangatlah dapatnya kan, cuma 3 jam kerja? David setuju, "whatever makes you happy, Joe", kata dia gitu.

So kaedahnya, dengan berbesar hati aku umumkan yang cuti aku 6 hari semuanya, bermula Ahad nih. Dan nampak gayanya aku kena tukar plan lah sikit.