Tuesday, October 23, 2012

KhamisJumaat1819062009


Khamis061809
Harinih hujan seharian, dari pagi sampai malam. Lebat pulak tuh. So, memang tak ke mana-mana lah aku seharian, melepak kat bilik aje. Lagipun aku keletihan sebab banyak berjalan semalam tuh. Sempat lunch kat Jackson Heights aje. So, tak ada apa yang menarik yang aku nak tulis kat entry harinih.  
Jumaat061909Cadangnya tak nak ke mana-mana sampai Sembahyang Jumaat tapi sebab aku bangun pagi, dan tidur, dan bangun, dan tidur, dan bangun, so aku decided nak merempit. Nak sambung rempitan aku Rabu lepas. Aku turun kat Canal Street di Chinatown, terus aje ke South Street Seaport.

Dari Seaport aku jalan melalui Financial District, terus ke Battery Park. Ramai sangat orang kat promenade di sepanjang ferry terminal yang nak ke Statue Liberty.

Gambar-gambar di sepanjang promenade di Hudson River Park, dari Battery City ke Chelsea Piers di West20th Street.