Tuesday, October 23, 2012

SelasaRabu1617062009


Selasa
Bagus aku pagi ni tadi, lepas aje breakfast terus aku pergi jogging kat playground. Cadangnya nak ke 40th Street tapi memandangkan aku selebet aje, tak jadi lah nak jogging kat situ. Aku tak mandi, tak basuh muka pun, cuma cuci muka masa ambik air sembahyang sebelum sambung balik tidur aje tadi tuh. Track bottom aku pun berbulu-bulu, t-shirt aku pakai pun yang ada kesan kena bleach, walaupun t-shirt perbuatan Calvin Klein.

Aku kena pastikan yang kalau nak jogging kat 40th Street park tuh, aku kena lawa-lawa lah sikit sebab kat situ ramai orang. Dapatlah sejam lebih sikit aku buat exercise tadi tuh, larinya dalam dua tiga belas rounds aje, selebihnya aku jalan aje pusing playground tuh.

Balik jogging, biasalah, tidur sekejap. Keletihan. Lepas aje Zohor, terus aku keluar, since tak ada tempat nak dituju, aku terus ajelah ke Forest Hills. Terlapar lah pulak, terus aje lah aku masuk restoran Thai yang dah lama sangat aku tak pergi tuh. Termakan kat luar jugak aku akhirnya.

Harinih aku kerja mood baik aje, aku jaga King Mongkut pun baik aje, buat semuanya beralus aje. Senang hati King Mongkut agaknya, bila dia tanya aku itu ini, aku jawab pun baik aje. Tak ada pun buat style, ditanya berjela-jela, aku jawab sepatah. Tak ada pun bila dia cuba buat lawak, aku buat muka serious. Tadi tuh, dia tanya aku, aku jawab panjang lebar. Dia buat lawak (yang bagi aku tak lawak langsung, aku ukirkan senyuman, aku gelak (walaupun meluatnya lah aku dengar lawak dia yang tak lawak tuh).

Tadi David beritahu yang minggu ini akan sibuk sikit kitaorang. Malam esok kawan diaorang nak datang dinner. Jumaat pulak ada jemputan dinner kat apartment di tingkat bawah. Sabtu pulak ada lunch dengan sedara-mara dia kat apartment nenek dia, sempena harijadi nenek dia yang ke 105.

Dah dekat 2 minggu aku tak ke Pinang Restaurant, so tadi aku ke sana, tapau mee goreng India. Alang-alang tadi dah termakan kat luar kan? Lagipun, korma mango aku yang aku masak ituhari entah-entah dah basi. Nak harapkan aku memasak malam-malam, sorry lah.

Semenjak dua menjak nih, masa balik kerja, aku naik train yang lain-lain. Tak naik train yang sama aje macam selalu. Saja aje nak kasi lain sikit. Kadang tuh aku turun kat station lain untuk ambik connecting train ke rumah. Tak adalah rasa bosan sangat buat macam tuh. Dulu tuh naik train yang sama, berhenti di station yang sama, itu yang buat aku rasa jenuh sangat tuh.

Tuan rumah aku, perempuan Indo tuh, tak ada kat rumah gayanya seseminggu nih. Mamat Turki di bilik sebelah tu pun lama dah tak nampaknya, dia nih selalu melepak kat rumah kawan dia kot. So I have the whole house to myself lah seseminggu nih, itu yang rasa macam best aje. Biasanya aku melepak kat bilik aku aje tapi sekarang nih aku selalu melepak kat either ruang tamu atau kat dapur.

Rabu
Semalam rajin, harinih jadi malas lah pulak. Tiga empat kali aku sambung tidur, lepas breakfast, lepas chatting kat tagboard, aku decided nak keluar merempit. Pukul 11 aku keluar, turun kat Canal Street. Mulanya cadang nak jalan-jalan kat Chinatown tu aje tapi aku terpergi ke dalam sikit, ke kawasan yang banyak bangunan-bangunan kerajaan, City Hall etc.



Aku patah balik ke Chinatown, cadangnya nak pergi cari restoran Malaysia, tapi rasa macam membazir sangat lah pulak kan, asyik nak makan kat luar aje. So aku beli tuna sandwich, beli air (itu tak diklasifikasikan sebagai makan kat luar tuh), dan aku cadang nak merempit kat East River Park. So aku terus aje jalan kaki ke South Seaport.






Gambar kat atas nih Financial District. Biasanya aku pergi ke arah situ tapi harinih aku nak ke sebelah timur pulak lah. Aku pernah dua tiga kali merayau-rayau kat East River Park Promenade tapi harinih aku nak jalan sejauh yang mampu. Tak ada lah lawa sangat pemandangannya sebab kat sebelah kiri banyak bangunan-bangunan pre-war, di seberang sungai pulak, Brooklyn, yang tak lah selawa Manhattan, kan?



Tengok tuh, berderet bas-bas kat bawah jambatan. Ini lah rupa nya bas-bas Cina yang selalu jadi kenderaan rasmi aku dulu tuh. Sekarang nih aku tak main dah bas-bas Cina nih kan? Aku naik Amtrak aje ekekekeke. Yang kecik tuh untuk long-distance, ke bandar dan States yang jauh-jauh (sebab tak ramai passengers), yang besar-besar tuh untuk ke bandar-bandar besar yang perjalanannya less than 10 hours dari New York, macam Boston, Washington DC, Baltimore, Philadelphia, Pittsburgh etc.






Bila dah sampai ke East 23rd Street, baru lah nampak lawa sikit, so aku terus aje lah jalan sebab aku belum pernah sampai ke kawasan tuh. Bila lapar dan letih, aku berhenti sekejap, makan. Then sambung semula jalan.



Bangunan ke3 dari kanan tuh Bangunan United Nation. Itu kat East 43rd Street.



Baru aku terperasan yang ada ferry ke certain parts of New Jersey rupanya, tambangnya dalam $40 return trip. Aku ada lah tengok schedule nya, hmmm, macam boleh pergi balik hari jer nih.



Lama dah aku mengidam nak ikut tour naik heli tapi kena ada Government-issued photo IDs. Tapi rasanya boleh diauta jugak kot kalau berani. Tengoklah nanti macamana.




Sampai kat UN, aku dah tak terus jalan kat promenade, aku terus ke darat, then aku jalan lagi for another 20 blocks or so. Aku ke 63rd Street sebab nak naik cable car ke Roosevelt Island, aku ambik subway ke Forest Hills dari situ.
Gila lah jauhnya aku berjalan harinih, 5 kali singgah kencing, kaki aku jadi keras gitu, rasa nak luruh telor aku. Tak kurang dari 5 miles aku jalan keseluruhannya, aku rasa ini lah paling jauh aku pernah berjalan kaki dalam sehari.
Akan datang aku nak sambung lagi menjalar kat promenade, nak ikut Hudson River Park lah pulak kot, dari Battery Park sampai ke Columbia Uni.
[Yang tanda merah tuh aku punya route perjalankakian tadi tuh.